Soeul pov.
Sudah beberapa minggu berlalu, aku dan Minghao masih juga belum menjumpai Jun. Ujian akhir tahun pun sudah berakhir.
Aku risau ada apa2 berlaku kat Jun. Aku risaukan dia sebab dia juga kawan aku. Dan aku juga lah penyebab kepada semua masalah ini.
"Ming, kita cari Jun lagi hari ni nak tak??" Cadangku sambil mataku ralit memerhatikan kakiku yang melangkah pantas menuju ke luar sekolah.
"Eul-ah ... mianhaeyo. Hari ini aku tak dapat nak temankan kau cari Jun sebab petang ni omma pergi dinner dengan kawan2 dia. Jadi, aku perlu jaga rumah. Mianhae Eul-ah." Beritahu Minghao.
"Ahhh, gwaenchannayo. Esok kan masih ada. Aku harap kita dapat jumpa Jun secepat mungkin. Aku tak nak apa2 berlaku kat dia."
"Eo, omma aku dah sampai." Minghao menghadap ke arahku. "Mianhae Eul-ah ... rasanya aku perlu balik sekarang. Mian sebab tak dapat temankan kau balik hari ni." Minghao memandangku dengan wajah yang bersalah.
"Aye .. tak apalah. Lagipun, Jin oppa jemput aku hari ni." Ok tipu. Aku memberikannya satu senyuman yang manis agar dia tidak berasa bersalah terhadapku.
"Geurae??" Akhirnya, dia tersenyum juga. "Kalau macam tu, hati2 tau tunggu oppa kau. Aku tak nak apa2 terjadi kat kau nanti. Tunggu sini je. Arasseo?!"
"Mwoya?? Kau ni, melebih-lebih pula macam oppa aku. A-ah, macam oppa aku. Haha." Ejekku.
"Jji, jaga diri tau. Aku balik dulu. Annyeong." Dia sempat menyerabutkan rambutku sebelum berlari ke arah kereta ommanya.
Aku sempat memberikannya satu jelingan tajam sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Yalah, dia tu memang tak kasihankan aku. Macam mana aku nak ikat rambut ni lagi??
Ok ... sekarang, aku terpaksa berjalan seorang diri ke rumah. Tahu tak, susah payah aku halang oppa daripada menjemputku di sekolah semata-mata nak balik bersama dengan Minghao.
Tapi, aku tetap tak dapat balik dengan Minghao hari ni. Dan yang paling teruk, aku terpaksa berjalan seorang diri ke rumah aku. Ish, dahlah hari dah nak gelap. Aku seorang diri pula tu.
Aku ni sebenarnya ... emmm tak lah berani sangat seperti penampilan aku yang kasar. Aku ni takutkan gelap. Hehe.
Ok, tak apa. Soeul, kau boleh lakukan ni.
Aku menggenggam penumbukku sebagai pemberi semangat kepada diriku sendiri.
Jadi, dengan itu aku pun melangkah menuju ke rumahku dengan hati yang berdebar? Mana taknya, aku takut kot. Haish ... menyesal pula aku tak suruh oppa jemput aku.
Semakin jauh aku berjalan, semakin kuat rasa takut menyelubungi aku. Aku pun bercadang untuk mendengar lagu melalui earphone aku. Aku sengaja memasang lagu itu dengan kuat agar ketakutan yang berada di dalam diriku hilang. Taklah aku dapat dengar bunyi yang pelik2 kan??
Ok, oleh kerana lagu 'Boom Boom' daripada kumpulan bernama Seventen mula berkumandang di earphone aku, rasa takutku terus hilang menyebabkan aku tiba2 menari tarian tersebut sambil berjalan. Lagipun, situ mana ada orang. Jadi, taklah aku rasa malu sangat.
Sedang asyik aku melayan diri aku dengan lagu tadi, seseorang tiba2 menarikku dengan agak kasar membuatkanku tersungkur di jalan tersebut.
Aku mengaduh kesakitan sebelum aku berteriak dengan suara yang agak nyaring. "Yah!! Apa ni?!?! Sakit tahu tak?! Main tarik2 je."
Aku cuba berdiri sambil menggosok skirtku yang kotor. Dan pada masa yang sama, seseorang menolakku ke arah dinding, memerangkapku di situ.
"Y-yah ... nu--nuguseyo?? K--kenapa awak bu--buat macam ni??" Sekarang perasaan takut mula menyelubungi aku.
Seorang lelaki berdiri tepat di hadapanku dengan sebelah tangannya yang menahanku pada dinding tersebut. Oleh kerana jalan tersebut agak gelap, aku tidak nampak wajahnya. Lagipun, dia menggunakan mask di mana ianya menutupi separuh daripada wajahnya.
"Heh, kau akan tahu tak lama lagi."
---
Minghao pov.
"Nampaknya, kamu langsung tak nak dengar cakap omma eh?? Kamu masih lagi nak rapat dengan perempuan tu. Kenapa dengan kamu ni Minghao?? Kenapa kamu pentingkan perempuan itu daripada omma kamu sendiri??" Omma mula bersuara sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kereta.
"Omma ... Soeul bukannya budak jahat pun. Dia tu baik. Dia juga yang tolong Minghao semasa Minghao nak hadapi peperiksaan hujung tahun tu. Tanpa Soeul, mungkin markah Minghao akan jatuh." Kataku, mempertahankan Soeul.
"Kamu ingat omma tak tahu tentang rekod kesalahan Soeul tu?? Tahu tak, dia tu selalu ponteng kelas. Selain itu, dia juga sering berkasar dengan cikgu dan satu lagi dia pernah ditangkap merokok di sekolah. Minghao nak ke berkawan dengan perempuan macam tu??"
"Itu dulu ... sekarang dia dah berubah. Susah sangat ke nak terima Soeul tu atas kesalahan yang dia pernah lakukan?? Soeul pun manusia. Kita semua manusia ..." aku tiba2 teringatkan tindakan aku kepada Jun sehingga dia jadi macam sekarang ni.
"Huhh ... Minghao, omma tak tahu nak buat apa lagi untuk elakkan kamu berdua berjumpa. Dah macam2 omma buat, kamu masih juga tak nak dengar. Kalau ada apa2 berlaku kat kamu nanti, jangan nak minta tolong omma. Ingat tu." Omma mula mengugutku. Itulah dia, omma aku. Dia pun guna taktik yang sama sewaktu omma bergaduh dengan appa.
"Jangan risau, Minghao takkan cari omma kalau ada apa2 berlaku nanti."
Aku memandang ke luar. Nampaknya, hari sudah semakin gelap. Agak2 nya, Soeul sudah tiba ke rumahnya ke belum??
Entah kenapa aku tiba2 rasa tak sedap hati. Seolah-olah ada sesuatu yang berlaku terhadap Soeul. Harap2 taklah.
Tapi ... aish, lebih baik aku call dia untuk pastikan dia tak apa2.
Panggilan yang pertama, Soeul tidak menjawabnya menyebabkan aku berasa sedikit risau. Jadi aku memanggilnya buat kali kedua.
"Yeoboseyo??" Aku terus bersuara setelah panggilanku dijawab.
Semuanya sunyi. Mana Soeul??
"Soeul-ah ... kau ok ke tak?? Ada apa2 masalah ke??"
Tiba2 aku terdengar suara orang tengah bergelut? Harap2 aku salah dengar.
"Minghao ... heh."
Eo?? Siapa ni?? Kenapa suara dia garau?? Oppa Soeul ke??
"Ini Jin hyung ke??" Soalku sebab aku tak nak fikir benda yang negatif sekarang ni.
"Tch. Suara aku pun kau dah tak kenal. Apa punya kawan lah kau ni-- eo, baru aku ingat. Aku bukan kawan kau." Kata suara tersebut. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas suaranya sebab dia bercakap dengan sangat perlahan.
"Nu--nuguya??" Soalku. Sejujurnya, aku agak takut sekarang ni. Takut kalau Soeul diapa-apakan.
"Woah ... kau memang tak ingat aku lagi rupanya. Tak guna. Aku takkan beritahu siapa aku. Biar kau sendiri yang teka. By the way, jangan cari Soeul lagi. Kalau kau cari pun, kau takkan jumpa dan aku takkan benarkan kau jumpa dia. Arasseo. Kalau kau buat macam tu, Soeul selamat. Kalau tak ... aku tak tahu apa yang aku akan buat terhadap Soeul nanti--" panggilan tamat.
"Yeoboseyo?!?!" Teriakku pada handfon milikku.
Malangnya, tiada sesiapa yang menjawabnya.
=====
Smth happened to Soeul???
Who is dat guy??
Haha. Enjoy yrself.
YOU ARE READING
Good Day || Xu Minghao (Completed)
Teen Fiction"Hidupku hanya dipenuhi dengan kekecewaan, keperitan dan penderitaan. Aku mahukan kehidupan yang lebih baik." #Seventen The8 Fanfic