8 - Hardwork

1.2K 165 21
                                    

[Soeul pov]

Seperti biasa, aku akan masuk ke dalam rumahku tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Sebab, dalam rumah ni aku hanyalah bayangan sahaja. Aku tak pernah diperdulikan oleh sesiapa, kecuali Jin oppa.

Tiba di bilikku, aku terus menukar pakaianku dan terus bergegas keluar untuk ke restoran tempat aku bekerja.

Aku hanya berjalan ke restoran tersebut kerana jaraknya dengan rumah aku tidaklah jauh, cuma mengambil masa 5 minit berjalan kaki untuk sampai ke sana.

Memandangkan hari ini hari pertama aku bekerja di situ sebagai pekerja separuh masa, aku kena datang awal. Kalau aku dibuang kerja nanti, macam mana aku nak sara hidup aku ni??

Kini, aku berada tepat dihadapan restoran tersebut. Cuma nak masuk sahaja lagi.

Pintu restoran tersebut dibuka dan aku menyapa pekerja2 yang berada di restoran tersebut. Mereka menyambutku dengan senyuman yang manis membuatkanku berasa sedikit gembira.

Kemudian, seorang perempuan mendekati aku.

"Awak mesti Soeul kan?? Nah, awak perlu guna pakaian seragam ni." Katanya sambil menghulurkan aku sepasang pakaian seragam yang sama seperti pekerja di restoran tersebut pakai.

"Nae." Jawabku lalu melangkah ke bilik persalinan yang terdapat di hujung restoran ini.

"Eo, saya Lee Hana. Saya rasa, saya lebih tua daripada awak. Jadi, awak boleh panggil saya eonni." Beritahunya sebelum aku sempat melangkah masuk ke dalam bilik persalinan.

"Nae. Banggapseumnida." Kataku sambil tunduk hormat ke arahnya.

Aku masuk ke dalam bilik persalinan tersebut dan menukar pakaianku dengan cepat. Kemudian, aku pun melangkah keluar dari bilik tersebut dengan menggunakan pakaian seragam yang lengkap.

Pakaian seragam tersebut berwarna biru langit dan mempunyai riben berwarna hitam yang diikat kemas pada kolar baju tersebut. Baju,tersebut dipadankan dengan seluar,slack yang berwarna hitam.

Tidak lama selepas itu, pelanggan mula datang ke restoran ini dan aku pun memulakan tugasku sebagai pelayan di restoran ini.

---

Jam sekarang sudah pun menunjukkan jam 9 malam. Pelanggan mula berkurang. Jadi, aku duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di restoran itu kerana aku berasa sangat penat. Kakiku terasa sakit akibat berdiri terlalu lama.

Tidak lama kemudian, seseorang masuk.

Aku memandang ke arahnya, memerhatikannya dari atas ke bawah. Dia juga begitu, memandangku dari atas ke bawah.

Kemudian, dia melangkah mendekatiku dan aku hanya memerhatikan setiap gerak-gerinya. Apabila dia semakin dekat denganku, mukanya kelihatan lebih jelas dan aku amat kenal dengan wajahnya.

Dia Minghao.

"Apa kau buat kat sini??" Tanya Minghao sebaik sahaja dia,berada di hadapanku.

"Sepatutnya, aku tanya tu kat kau. Apa kau buat kat sini? Kan dah lewat. Omma kau tak marah ke?"

"Ini restoran omma aku. Kenapa pulak kau ada kat restoran omma aku ni??" Tanyanya.

Mataku membulat kerana terkejut dengan pernyataannya. Ini restoran omma dia?? Heol, aku tak tahu pun.

"Kau ..... bekerja kat sini ke??" Tanyanya lagi.

Aku mengangguk tanda mengiyakan kata2 nya itu.

Tiba2 dia mengukirkan satu senyuman yang tak dapat ditafsirkan. Kenapa pulak dia tiba2 senyum??

"Eo, Minghao. Kamu dah sampai." Suara seorang wanita kedengaran mendekati kami.

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now