[Soeul pov]
"Eo, oppa ..."
Kataku apabila ternampak oppa di hadapan bilikku.Oppa ....... seseorang yang paling aku sayang dalam dunia ni. Tiada orang lain yang layan aku dengan baik kecuali oppa. Ya, oppaku iaitu Kim SeokJin atau nama manjanya, Jin.
"Soeul-ah, boleh oppa masuk."
Aku mengangguk dan oppaku melangkah masuk.
Jin oppa terus menuju ke katilku manakala aku masih berdiri di pintu bilikku selepas menutup pintu. Aku hanya tertunduk, tidak mahu memandangnya.
"Soeul-ah, mari sini."
Oppa menepuk-nepuk katilku menyuruhku duduk di sebelahnya.Dengan perlahan, aku mendekati oppa. Dan, aku pun duduk di sebelahnya dengan kepala yang masih tertunduk.
Kepalaku diusap lembut oleh oppa.
"Soeul, kenapa ni?? Oppa tahu Soeul ada masalah. Soeul cerita je kat oppa. Mana tahu oppa boleh selesaikan."Airmataku jatuh satu persatu di pipiku. Ianya perit, sukar untukku menahannya. Tak mungkin oppa dapat selesaikan masalah aku.
Kemudian, oppa menarikku ke dalam pelukan. Pelukan yang sangat erat dan hangat. Di dalam pelukan oppa, aku menangis sekuat hatiku. Aku membalas pelukan oppaku dengan lebih erat.
Alangkah baiknya kalau aku dapat peluk omma dan appa seerat ni. Aku teringin sangat nak peluk omma dan appa. Aku teringin untuk merasa pelukan mereka.
"Beritahu oppa, apa yang berlaku."
Kata oppa yang masih memelukku.Aku mengesat airmataku.
"O-oppa, b-boleh tak o-oppa datang k-ke s-sekolah esok??"
Kataku tersedu-sedu."Wae?? Soeul buat masalah lagi ke?? Itu ke yang buat Soeul sedih?."
"A-aniya. S-soeul sedih s-sebab o-omma marah S-Soeul. I-itu je ..."
"Kenapa omma marah Soeul??"
"Sebab Soeul beritahu omma pasal Mr. Kim suruh omma ke sekolah."
Tipuku."Ooohhh. Ingatkan apa tadi. Dah, jangan nangis. Esok oppa datang ke sekolah k??"
Oppa mengesat airmataku yang tertinggal.Aku tersenyum ke arah oppa lalu memeluknya.
"Gomawoyo oppa ......."Oppa membalas pelukanku.
"Nae~"Aku takkan beritahu oppa perkara sebenar yang berlaku kepadaku .......
---
"Soeul-ah, Soeul dah siap ke??"
Jerit oppa di pintu bilikku."Sikit lagi."
Jawabku sambil mencapai blazerku. Blazer tersebut dipakaikan kemas padaku.Tiba2 seseorang memegang kedua belah bahuku.
"Dah siap??""Mmm."
Aku menoleh, memandang oppa sambil tersenyum."Dah, jom pergi."
Oppa menarik tanganku menuju ke luar rumah terus ke kereta miliknya.Kereta itu dihidupkan dan terus meluncur laju ke sekolahku.
Kan oppa setuju nak ke sekolah harini. Jadi, aku berasa sangat seronok walaupun oppa dipanggil disebabkan masalah disiplinku.
Sebenarnya, oppa ada kerja penting hari ni. Tapi, dia sanggup ambil cuti semata-mata nak ke sekolah aku. Hebat betul oppa aku. Untunglah,perempuan yang dapat dia. Kalau aku bukan adik dia, dah lama aku cuba pikat hati dia. Haha.
"Mana pejabat Mr. Kim??"
Tanya oppa sebaik sahaja kami melangkah masuk ke sekolahku."Kat bangunan depan tu je. Tingkat 2."
Aku menunjukkan jalan untuk oppa ke bilik Mr. Kim. Lagipun, aku perlu bersama-sama dengan oppa untuk berjumpa dengan Mr. Kim.
![](https://img.wattpad.com/cover/72617803-288-k304941.jpg)
YOU ARE READING
Good Day || Xu Minghao (Completed)
Teen Fiction"Hidupku hanya dipenuhi dengan kekecewaan, keperitan dan penderitaan. Aku mahukan kehidupan yang lebih baik." #Seventen The8 Fanfic