2.

11.3K 168 11
                                    

'Aku terima nikahnya Merissa binti Abdullah dengan mas kahwinnya.."

Masih teringang-ngiang di telinganya sebaris ayat itu, walaupun sudah seminggu ianya berlalu. Statusnya juga sudah bertukar. Fea sudah menjadi madu orang. Walau bagaimanapun, Fea tidak menyalahkan suaminya kerana perkahwinan itu atas dasar kerelaannya. Fea yang mengatur segalanya untuk Ejie, kerana dia tahu, dia bukanlah bidadari yang sempurna untuk Ejie. Fea ibarat bidadari tak bersayap di matanya. Walaupun ramai yang menegah akan keputusannya kerana Ejie sangat setia padanya, tetapi dia tetap mahu bertegas dengan keputusannya.

"Mahu atau tidak, awak kena kahwin dengan perempuan lain."

"Tapi kenapa sayang? Saya tak mahu berkahwin dengan perempuan lain. Saya sayangkan awak, Fea."

"Perkahwinan kita tidak membawa makna apa-apa bagi mak awak. Mak awak mahukan cucu, saya yang menerima sakitnya di caci dengan mulut pedas mak awak, sayang."

"Tapi sayang, mak saya tak tahu apa masalah kita. Kenapa awak mesti ambil berat dengan mulut mak saya sedangkan awak tahu perangai mak saya macam mana?"

"Keputusan saya muktamad. Kalau awak betul-betul sayangkan saya, kahwin dengan Rissa. Saya akan aturkan perkahwinan awak berdua. Dan mak awak mesti suka punya."

"Sayang! Awak ingat saya ni apa ha? Barang mainan awak? Yang awak boleh jual saya dekat siapa-siapa sahaja?"

Fea menarik nafas panjang,
"Awak.. please.. demi saya.. saya tak sanggup tahan semua ni.. cukuplah mak awak hina saya, tuduh saya mandul depan orang ramai, saya tak sanggup.."

Air mata Fea mengalir deras menuruni pipinya. Ejie datang memeluk isterinya lalu diseka air mata itu. Dia tahu bahawa dia tidak boleh menidakkan kata-kata isterinya. Keputusan isterinya itu harus diikut bukan kerana nafsu, tetapi kerana kasihnya yang tidak berbelah bahagi terhadap wanita dalam pelukannya itu.

"Sayang tak menyesal dengan keputusan sayang..?" Ejie menduga isterinya lagi, mana tahu isterinya akan berubah fikiran.

"Tak sayang, Fea serious kali ni." Pelukkannya dieratkan lagi.

"Ingat sayang, saya ikutkan kehendak awak, bukan sebab saya suka, saya terpaksa. Saya sentiasa sayang awak."

"Okay sayang..."

Huh. Penipu.

KELABU Where stories live. Discover now