"Sayang, saya dah balik." Ejie melangkah masuk ke dalam ruang tamunya. Dia hairan, mengapa sepi sahaja? Di mana Fea? Kalau keluar, kenapa tidak memaklumkan kepadanya? "Sayang, saya dah balik ni. Awak di mana?"
Masih senyap.
"Sayang.." Ejie menuju ke dapur. Eh, pintu belakang terbuka! Mungkin Fea sedang di belakang rumahnya. "Sayang, awak dekat bela-"
Kata-kata Ejie terus terhenti apabila ada sekujur tubuh terbaring berlumuran darah di kepalanya. Ejie tergamam. Insan yang dicari rupanya sedang terbaring, dengan keadaan darah mengalir membasahi jubin putih dapurnya. "Sayang!!"
Ejie berlari pantas mendapatkan isterinya. "Sayang, kenapa ni?! Bangun sayang!"
Mata Fea terbuka sedikit, tetapi dalam keadaan yang sayu dan kesakitan. "Sayang..."
"Sayang, beritahu saya siapa buat awak macam ni?!"
"R-riss...a.." dan Fea terus terkulai.
***
Gelap. Aku di mana?
Biy..
Tiada sahutan?
"Doktor, isteri saya akan pulih ke doktor?"
Suara Ejie. Biy!
Tiada sahutan.
Kenapa Ejie langsung tak menjawab panggilanku?
Biyy!!
Senyap. Terdengar suara teresak-esak disebelahku. Aku menoleh-
Eh! Ke-kenapa.. kenapa dengan aku?! Kenapa tak boleh bergerak??!
"Doktor, tolong selamatkan isteri saya!!"
Sayang, jangan mengamuk...
Kenapa aku tak boleh gerak ni??!! Arghh!
"Sayang, bangun.. tolong sayang.. saya merayu.."
Ya sayang, saya ada di sini. Saya bangunlah, awak. Kenapa ni?
Basah tapak tanganku.
"Tolong bangun sayang, terlalu lama awak tidur. Jangan tinggalkan saya. Tolong berjuang seperti semalam. Keadaan awak dah baik semalam, tetapi kenapa awak teruk pula hari ini? Tolong sayang.. saya merayu.. tolong sayang..."
Apa ni? Apa yang dah jadi ni?
"Bangun dari tidur lama awak ni, sayang.. Saya tak sanggup lama-lama, sayang.. Dah lebih 2 tahun awak tidur.."
2 tahun? Tidur? Apa ni? Aku semakin tidak faham!
"Saya dah ceraikan Merissa.. demi awak.. saya dah buat semuanya demi awak.. jangan merajuk lagi, sayang.. bangunlah sayang.." Esakkannya semakin kuat dan kerap. Air matanya semakin membasahi tanganku.
Cerai dengan Merissa? Siapa Merissa? Apa dah jadi dengan aku dan Merissa? Apa kaitan kami?
"
Awak.. bangun.."
Kelar.
"Bangun awak.."
Sakitnya.
"Jangan tinggalkan saya.."
Darah mengalir.
"Fea, Ejie rindu sayang.. bangun sayang.."
Lepaskan aku!
"Biy.."
Jangan pukul aku betina!
"Sayang, hari ni ulang tahun kita-"
Rissa jangan!!!!
"Sayang, hari ni birthday awak. Saya bawakkan kek, dah 2 tahun awak sambut birthday dekat hospital. Awak tak bosan ke? Saya rindu kat awak tau!"
Sayang.. saya tak tahan.. sakit.. bila awak nak balik.. Rissa pukul saya.. saya tak dapat tahan.. sayang.. kalau awak tahu, awak cinta terakhir saya. rujuk semula dengan Rissa. Itu anak awak.. saya relakan hubungan kalian. Sebab saya tak tahan.. saya tiada guna lagi dalam kehidupan awak.. saya parasit. Sakitnya sayang.. saya tak tahan.. sayang.. cepatlah balik..
"Sayang, permintaan saya sempena hari lahir awak yang ke-2 dihospital ni cuma satu je.."
Saya tak tahan.. izinkan saya-
"..Bangunlah sayang.."
-pergi.
-TAMAT-
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...