9.

7.2K 131 20
                                    

Masih terasa berdenyut-denyut kesan daripada tekanan pisau pagi tadi. Tapi, Fea hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak mahu sesiapa tahu akan apa yang dilakukan pagi tadi.

Dan sudah menjadi kebiasaaan, Fea yang akan menyediakan hidangan untuk setiap waktu makan, manakala Merissa hanya menghabiskan waktu di ruang tamu, namun Merissa akan berubah apabila Ejie di rumah. Hipokrit, dan nasib aku tak ubah seperti 'orang gaji' di rumah itu.

'Tak apa lah.. kan mereka pengantin baharu.." Fea sering memujuk hatinya. Dia tahu, perkahwinan mereka sedang hangat, jadi Fea tidak mahu menjadi pemusnah kebahagiaan pasangan itu.

Tetapi, hatinya sering diusik kesunyian. Hal ini kerana, Ejie bukan sahaja mengabaikannya pada siang hari, malah pada waktu malam juga Fea menerima nasib yang malang.

Sedang Fea memotong bawang, tiba-tiba,

ZAASSS!!!!

"AUCHH!"
Darah merah terbit di hujung jari telunjuknya yang meruncing. Cepat-cepat dia membasuh lukanya dengan air suam.

"Setakat masak sikit, dah luka sana-sini." Satu sindiran hinggap di telinga Fea. Fea menoleh.

"Oh, Rissa.. Taklah, sikit je ni." Fea hanya mampu tersenyum kelat menaham sindiran Rissa.

"Patutlah Ejie cari lain, kau ni satu apa pun tak boleh pakai!" Kata-kata Rissa menikam hati Fea.

Belum sempat Fea membalas, Rissa sudah mencelah, "Mengandung tak reti, masak tak reti, jaga laki pun kau hampeh, apa yang kau reti ha? Mengangkang??!" Senyuman sinis dihadiahkan buat Fea. Fea tertunduk.

Mukanya terasa panas dengan sindiran Rissa. Matanya bagai dicucuk-cucuk supaya dapat melimpahkan cecair jernih yang seringkali disimpan. Ya, aku tahu, aku bukan wanita sempurna bagi lelaki. Aku mengaku aku hanyalah mampu melayan Ejie, tapi tidak mampu memberikan Ejie apa-apa..

Hatinya? Bagai dikoyak-koyak, dirobek-robek dengan kata-kata Rissa yang tajam bak sembilu.

"Bukan Fea yang mintak semua ni Rissa.." perlahan Fea membalas.

"Habis? Kau nak salahkan tuhan?? Woi, memang salah kau. Tu lahh, masa belajar, menggatal nak kahwin.. Bila dah kahwin? Satu apa tak boleh pakai! Tuhan pun tak suka kau lah! Haha.."

Benteng yang ditahan-tahan pecah jua akhirnya. Menitis-nitis air mata Fea membasahi apron biru lautnya. Fea betul-betul rasa terhina. Luka di jarinya lebih nikmat berbanding luka di hatinya ini. Serta-merta badannya terasa layu tidak bermaya.

"Rissa, Fea dah berkorban untuk Rissa. Apa lagi yang Rissa tak puas hati..? Rissa dah dapat abang Ejie kan.. malah, abang Ejie sentiasa dengan Rissa.." Fea terhenti kerana airmatanya semakin meluncur, lalu Fea menyambung,

" Malah, Rissa berjaya buat abang Ejie lupakan Fea.." sebaik ayat terakhir itu keluar, air mata Fea semakin laju.

Ya, aku berkorban perasaan dan kehendak hati aku demi wanita lain yang merampas satu-satunya lelaki yang menyayangiku. Lelaki yang dahulunya setia dengan aku dan melimdungi aku. Tapi, kau berjaya rampas dia, Rissa. Apa lagi kau mahu..?
"Hahahahaha.. Aku tak minta pun kau berkorban untuk aku. Ya, memang aku tak puas hati dengan kau, selagi kau tak jadi macam ni." Pisau memotong Fea diambil.

KELABU Where stories live. Discover now