27.

6.3K 121 12
                                    

"NO!" Merissa keras membantah, "You tak boleh ceraikan I!"

"Aku ada hak atas perkahwinan ni! Dayus kalau aku simpan wanita yang curang dengan aku, dan tak pernah sayang aku."

Merissa mula menangis. "No, I love you biy..." tangan Ejie ditaut-taut. Ejie memandang Rissa.

"Kau cintakan aku?" Soal Ejie. Rissa yang teresak-esak mengangguk-angguk laju.

"Kalau kau cintakan aku, kau tak kan curang belakang aku, main lelaki lain, buli Fea, kau tak kan buat semua tu. Semakin hari, kau semakin lemak ya." 

"Baby please forgive me.. I know I'm wrong."

Ejie tersengih. "No chances for you anymore, Merissa binti Abdullah, aku cer-"

"Sayang jangan!" Fea berlari pantas ke arah Ejie. Ejie terkedu, begitu juga Rissa.

"Sayang?"

"Jangan, sayang. Tak baik buat Rissa macam tu, walau apapun dia tetap isteri awak, dan anak dalam kandungannya, anak awak sayang." Fea membela Rissa. Rissa terdiam, terkedu. Dalam hatinya, dia memang mahu dibela pada saat itu.

Ejie masih berdiam. Riak wajahnya seakan-akan berasa tertekan. Fea mula gerun, takut-takut suaminya mengamuk dengan tindakannya itu. Tangan Fea perlahan memegang lembut lengan Ejie. Ejie mengetap rahangnya, membuatkan Fea semakin cuak. "Sayang.."

"Leave me alone." Ucap Ejie lalu meninggalkan Fea bersama Rissa. Tangan Fea dilepaskan. Secara tiba-tiba, terbit perasaan sedih dengan tindakan suaminya.

Fea memandang Rissa. Rissa pula hanya menunduk. Fea mendekati Rissa, lalu di pegangnya tangan Rissa lembut. Namun begitu, jari Fea ditepis kuat serentak berkata, "Tak payah pura-pura baik dan tolong aku." Selepas mengelap air mata dan meredakan sisa sendu-sendan, Rissa bangun. Lalu tubuh Rissa meninggalkan Fea keseorangan. Fea termenung.

Kenapa dengan semua orang..?

Kenapa jadi macam ni?

Salah..

Aku..

Ke..?

KELABU Where stories live. Discover now