"Kau okay tak ni?"
Kerusi berwarna coklat pekat ditarik keluar, lalu dilabuhkan punggungnya, lalu ditatapnya Fea. Fea membatukan dirinya.
"Sah," Ajwad menyandarkan dirinya, "Sah lah ni, ada masalah. Asal? Apa Ejie buat lagi dekat kau?"
Fea bermain dengan hujung jarinya, berteka-teki mahu berkongsi cerita atau tidak, salahkah tidak tindakkannya ini.
"Beb, aku tanya kau ni.. Apa Ejie buat kat kau..?"
"Hm," Fea menghela nafasnya, " Bukan Ejie lah, tapi—"
"Rissa?" Ajwad mencelah, dan meneka. Fea terdiam lagi. "Fea, jangan tipu boleh tak? Kan?"
Fea mengangguk perlahan dan menghela nafas berat. "Merissa dah mengandung, 2 minggu.." Senyuman tipis terukir di bibirnya. Tetapi dia tidak memandang wajah Ajwad.
"Wow." Ajwad membetulkan posisi duduknya, merapati Fea. "Kau masih boleh senyum padahal kau tengah sedih? Pelik kau ni, Fea. Tak berubah dari dulu. Seriously, kau sangat pelik."
"Apa? Bukan salah diaorang pun. Lagipun diaorang dah kahwin, salah ke? Tak kan? Bukannya dosa pun."
"Ya, memang bukan dosa, tak salah, dan tak mendatangkan apa-apa kesalahan pun," Ajwad terhenti sebentar, lalu menyambung, "Tapi ni, hati kau ni. Kenapa kau datang cari aku, kalau kau tak rasa apa-apa pasal diaorang. Kau ni.."
Ajwad tidak menghabiskan ayatnya, malah merapati telinga Fea, lalu menyambung, "Kau ni.. jealous."
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...