"Sayang, saya ada kejutan untuk sayang."
Suapan Fea terhenti. Ditatap wajah suaminya itu, menanti jawapan dari suaminya. "Kejutan?"
"Haah lah sayang, kejutan. Suprise." Wajah Ejie nampak yakin.
"Oh, okay. Apa dia sayang?"
"Hehe.." Ejie tersengih. "Riss—"
"Rissa dah ngandung, 2 minggu." Tiba-tiba muncul Merissa entah dari mana, terus melabuhkan punggungnya di sebelah Ejie.
"Oh.." Fea sedikit terlopong. Patutlah.
Patutlah tak sibuk tanya khabar aku masa aku kat kampung... sibuk memantat dengan Rissa rupanya..
"Sakan main ya.." spontan terkeluar dari mulut Fea.
"Apa sayang?"
"Ha? Apa sayang?" Fea berpura-pura tidak tahu apa-apa. Merissa pula tersedak-sedak di sebelah Ejie. "Kenapa?"
"Tak, tadi sayang cakap apa?" Wajah Ejie seakan tidak puas hati.
"Mana ada cakap apa-apa, awak salah dengar kott sayang.. Rissa, okay tak? Ni air. Minumlah." Segelas air ribena dihulur ke Merissa.
Padan muka kau, betina...
"Abang ingat, Rissa dah mengandung ni, abang nak hantar Rissa ke rumah mama." Ejie menguntumkan senyuman.
Fea mengenggam erat garfu di tangannya. Aku balik, kau tak heran, langsung tak nak teman. Tapi bila sundal ni mengandung, siap kau nak teman. Sial.
"Oh baguslah." Sepatah balas dari Fea, "Saya nak ke bilik dulu, dah kenyang." Fea mengangkat punggungnya. Sekejap sahaja ditinggalkan, sudah dengar gelak ketawa insan di dapur itu.
Pikir aku heran?
Fea menggapai telefonnya. Segera dikirim SMS kepada seseorang.
012*******
Jumpa kat café Bonjouré, skrg.
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...