Epilog

8.7K 181 45
                                    

Buku diari berkulit merah jambu berona cair milik Fea, ku selak. Satu persatu kenangan Fea dapat ku tatap, dan ku baca. Menitis air mataku kerana kehidupan Fea kelam dan sunyi selepas bermadu. Air mata ku jatuj di helaian terakhir tinta Fea tercatit. Harapannya untukku tidak melepaskan Rissa sungguh kuat, sehinggakan dia sudah merancang kehidupan untuk kami berdua.

Maaf, sayang.. Awak tidak mampu mengaturkan hidup saya..

Aku keluarkan pen dari poketku, dan ku mulakan catatanku di diari isteriku yang tercinta, tanda rinduku padanya. Tanda aku melepaskan segala sebak di dada selepas dia pergi meninggalkanku. Bidadari tak bersayapku akhirnya pergi meninggalkanku. Setelah mengelap air mataku, aku mulakan catatanku;

Sudah seminggu Fea pergi tinggalkan saya. Sunyi.

Ya, saya sunyi tanpa awak, sayang.

Permintaan Fea untuk saya bernikah semula dengan Rissa, tidak dapat saya laksanakan. Ejie tak cintakan Rissa. Ejie tidak pernah menyentuh Rissa. Mana mungkin Ejie bisa menyintainya?

Tanah kubur Fea masih merah, namun ibu mendesak untukku mencari pengganti Fea. Tapi sayang usah risau, Ejie terus membantah permintaan ibu. Ejie tak sanggup untuk menikahi wanita yang Ejie tak cinta. 

Sayang,
Rissa sudah ditangkap dan pihak polis serta hospital mengesahkan bahawa Rissa menghidap penyakit mental. Dia sudah dikenakan tindakan undang-undang dan Ejie akan pastikan yang Rissa akan dapat hukuman secukup-cukupnya. Ejie tak kan pernah memaafkan perbuatan dia terhadap sayang.

Sayang,
Kenapa awak tinggalkan saya? Saya tunggu awak 2 tahun sayang.. Saya rindu awak, Fea. Awak tahu, hari itu awak sudah mula tunjukkan respons yang positif, awak mula gerak-gerakkan jari awak bila saya main-mainkan jari awak. Tapi.. kenapa awak berputus asa, sayang..?

Tembok airmataku semakin pecah dan berderai air mataku membasahi pipi dan helaian itu. Aku lap air mataku. Dalam esakkan, aku menyambung;

Saya rindu awak, sayang... Saya rindu awak.. Saya rindu dengan suara awak, panggilan awak terhadap saya, muka awak bila awak panggil saya 'biy'.. Saya rindu semua itu, sayang. Saya rindu masakkan awak yang superb, saya rindu belaian awak sebelum saya tidur, saya rindu dengan pelukan hangat awak, saya rindu dengan alunan suara halus awak yang sering mengiringi saya ke mimpi saya, saya rindu bila awak kejut saya dengan senyuman. Saya rindu apabila kita bersama, saya rindu apabila melihat wajah awak tertidur kerana keletihan. Saya rindu ketawa kecil awak dan pipi awak kemerahan. Saya rindu bau awak, sayang. Saya rindu.. Saya rindu semua itu bersama awak, sayang.. Semua perkara itu tidak sama jika dilakukan bersama orang lain. Perasaan itu berlainan apabila bersama awak, Fea. Awak berbeza, sayang..

Awak berbeza..

Lagi sekali aku tewas dengan perasaanku. Air mata yang jatuh semakin lebat mengalir. Kenapa aku dapat ujian sebegini? Aku tak tahan, Tuhan. Aku tak tahan. Aku mahukan Fea..

Personaliti awak berbeza sayang.. Tersangat beza. Awak sangat taat kepada suami, awak tidak pernah egois dalam membuat keputusan, awak tidak pernah memberontak apabila berlaku sesuatu yang menyedihkan awak, sayang. Tapi mengapa, mengapa jodoh kita begitu singkat, sayang..?  Kenapa awak tinggalkan saya begitu cepat..? Saya tidak kisah dengan kekurangan awak, sayang.. Tapi kenapa awak tinggalkan saya secepat ini, sayang..?

Kali ini, memori-memori lepas berligar di kotak fikiranku pula.

Oh ya! Awak masih ingat tak masa awak kelar tangan awak, sayang? Masa di hospital, awak dah janji dengan saya, supaya tidak meninggalkan saya. Awak dah janji mahu sehidup semati dengan saya. Awak ingat tak sayang? Ingatkan sayang? Tapi kenapa awak mungkir, sayang..?

Oh ya! Ingat tak masa awak merajuk dengan saya sebab saya pinjam buku awak, dan saya lambat pulangkan. Dan sebab itu awak merajuk dan tak nak pandang saya. Lalu saya pujuk awak dengan ice-blended perisa green tea dan muffin coklat, saya datang rumah awak. Mula-mula awak tidak mahu keluar, tetapi bila awak dengar saya hidupkan enjin motor saya, awak meluru keluar dan terus datang kat saya, dengan muka konon-konon merajuk, padahal nak senyum. Mahu sahaja saya cium awak sebab muka awak comel masa tu, sayang. Hehe. Awak janji awak tak nak merajuk lagi dengan saya dan awak kata kalau nak pujuk awak, bagi ice-blended perisa green tea dan muffin coklat favourite awak.

Rasanya, kalau sekarang saya pujuk awak dengan ice-blended green tea dan muffin coklat kegemaran awak, awak nak bangun tak sayang?

Air mataku semakin tumpah. Awak nak bangun tak, sayangku Fea..?

Ke.. awak nak ulang balik apa yang awak dah buat dekat saya masa di Tingkatan 4, awak curang dengan saya. Awak curang dengan pemain hoki sekolah kita. Remuk hati saya, sayang. Rasa nak bunuh diri, macam yang awak buat. Tapi saya sayang awak dan nyawa saya, jadi saya tak buat. Tapi, awak ulang balik ke apa yang awak buat dulu..? Awak betul-betul nak tinggalkan saya ke?

Bodoh. Fea memang betul-betul dah tinggalkan aku. Selama-lamanya.

Saya minta maaf sayang sebab tak dapat bahagiakan awak seperti Ajwad buat dekat awak. Tapi sekurangnya, saya tidak akhiri perhubungan kita dengan fitnah, kan sayang?

Aku semakin sebak. Dadaku semakin sesak dengan senduku. Helaian itu sudah lembap dengan air mataku. Kolar bajuku pula sudab penuh dengan hingusku. Aku lap air mataku yanh tidak mahu berhenti dari tadi.

Sayang.. Saya dah tiada semangat nak hidup lagi sayang.. Apalah hidup kalau awak dah tiada di sisi saya. Sayang, boleh izinkan saya pergi juga? Saya tak tahan rindukan awak. Saya tak tahan nak jumpa awak, sayang. Fea, tunggu Ejie nanti ya sayang. Ejie datang tak lama lagi. Kejap lagi Ejie sampai ya sayang..

Ejie rasa, Ejie dah tak larat nak teruskan menulis, apatah lagi hidup tanpa Fea. Ejie berhenti di sini dulu. Tunggu Ejie ya sayang,

Ejie datang, Fea..

Pena ku jatuhkan. Buku nota itu tidak ku tutup, sebaliknya aku capai pencukur di tepi diari itu.

Hidup tiada erti lagi bagiku. Cinta tiada lagi erti tanpamu, Fea. Biarlah aku ikut terbang bersamamu sayang. Biarlah hanya kau merasa cintaku, dan aku merasa cinta kau, sayang.

Dengan pencukur di tanganku, aku pejam rapat-rapat mataku. Aku tarik nafas dalam-dalam.

Selamat tinggal dunia.

"Tunggu Ejie, Fea."

-------

KELABU Where stories live. Discover now