30.

6.4K 124 0
                                    

"Kenapa tak makan sayang?" Ejie menyoal Fea. Fea hanya terdiam.

"Sayang.. makanlah sikit, awak tak makan dari semalam."

"Tak ada selera."

"Sayang.."

Fea tidak menjawab.

"Saya suap awak ya sayang.." Ejie duduk di sebelah Fea, mengambil sepotong sandwich lalu menyuap ke mulut Fea. Fea hanya menggigit secebis rotinya sahaja.

"Saya rasa lebih baik kalau awak teman isteri awak tu." ujar Fea.

Ejie terkedu. "Sayang, please jangan cari pasal, boleh?"

"Salah ke apa yang saya cakap? Tak kan? Dia isteri awak juga, lagipun,-" Fea terhenti, namun menyambung "-lagipun saya yang sakitkan dia. Buat apa awak teman pembunuh macam saya."

"Sayang, boleh tak kalau awak-"

"Dia mengandung. Pergilah."

Ejie terdiam. Perlahan-lahan mukanya diraup, sebelum keluhan berat dilepaskan. "Sayang, itu bukan anak saya."

"Tidak. Itu anak awak, anak biologi awak."

"Sayang.."

"Saya nak tunggu di atas. Jom naik." Fea bangun dari tempat duduknya.

"Sayang, sebenarnya, awak nak apa?"

Fea memandang Ejie. "Apa maksud awak?"

"Awak nak apa sebenarnya? Tengok sini, saya tahu awak sedih bila saya kahwin dengan dia, awak sorang-sorang bila Rissa wujud dalam perkahwinan kita, then sekarang saya nak ceraikan Rissa tapi awak tak bagi, apa yang awak nak sebenarnya ni? Bila saya dah tak nak Rissa, awak macam, awak seolah-olah tak nak saya lepaskan Rissa. Sayang, saya tak pernah sayang Rissa, dan untuk pengetahuan awak, saya dan Rissa-"

"Saya tak nak dengar apa-apa. Saya tak mintak pun awak ceraikan Rissa. Jadi apa masalahnya sekarang? Saya tak paksa awak pun, saya tak pernah timbulkan apa-apa isu pun tentang perkahwinan kita, and saya tak mintak apa-apa langsung pun."

"Saya tak pernah sentuh Rissa."

Pengakuan Ejie buat mata Fea membulat. "Apa?"

"Sayang.. saya tak boleh dengan perkahwinan kami. Saya tak sanggup lagi duakan awak."

"Apa awak merepek ni?"

"Look, I've-"

"Habis, anak tu anak siapa??" Fea mendesak Ejie.

"I've told you already, darling. Bukan saya punya."

Hi guys! Maaf lambat update, ada masalah sikit! Harap update kali ni mencukupi utk korang! ;) always love you all, huns!

KELABU Where stories live. Discover now