Ejie melangkah keluar daripada kamarnya, kamarnya bersama Merissa. Sebaik tombol pintu dikunci, tangannya direntap keras. Merissa yang sedang tadi mengejarnya menyoal dalam nada separuh keras, "You nak pergi mana?!"
Oleh kerana terperanjat, tangan itu dilepaskan serta-merta sebelum menoleh, "Oh, I nak pergi bilik Fea."
"For what?!" Dengan riak wajah menjengkelkan, Rissa seakan-akan lupa bahawa dia itu bermadu.
"Making love with her." Jawab Ejie lantas berpaling daripada Rissa. Sebelum itu, sekuntum senyuman dihadiahkan untuk Rissa. Rissa dengan hati yang sakit lantas menghempas pintu biliknya.
***
"Sayang, kenapa? Awak gaduh dengan Rissa ke? Sebab tadi saya dengar-"
"Dah sayang, tak payah cakap pasal dia lagi. Biarlah dia tu."
"Sayang, tak baik tau buat dia macam tu. Kan dia-"
"Dia bukan mengandung anak saya."
"WHAT???" Fea melopong mendengar sebaris ayat itu. "Bukan anak awak?? Apa maksud awak ni? Saya tak faham!"
Ejie menghela perlahan nafasnya, sebelum mendekati Fea yang sedang duduk katak di atas katil bercadar merah jambu cair, dengan rambut panjang paras dada mengibas-ngibas pipi dan mukanya.
"Awak, jawab lah apa yang saya tanya ni!" Fea semakin tidak sabar. Apakah kebenaran ini? Banyakkah penipuan dan rahsia yang disembunyikan darinya?
"Sayang sentiasa yang pertama.." Jawab Ejie sepatah. Fea semakin tidak keruan.
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...