"Sayang, hari ni saya balik lambat. Awak tolong tengokkan Rissa ya, jaga dia. Mungkin saya balik dalam pukul 3 pagi. Ada banyak kerja nak dibereskan ni."
"Oh, okay."
Merissa juga yang disuruh jaga, aku? Aku pula hanya perlu menjaga Merissa , sehinggakan kalau apa-apa terjadi, aku perlu menggadaikan diriku?"Sayang, dengar tak?" Suara halus ditalian itu memecahkan lamunan Fea.
"Ha? Apa sayang?"
"Haih, awak ni. Berangan je, gigit kang baru tahu."
"Oh."
Baru sahaja hati Fea mahu bermonolog sendirian, suatu baris ayat mematahkan niatnya, "Sayang, saya sayang awak sangat-sangat."
"Oh.. Fea pun, sayang Ejie sangat-sangat juga."
Talian diputuskan. Fea melangkah turun, mencari madunya untuk memberi tahu perihal Ejie yang pulang sedikit lambat.
Susuk tubuh yang sedang di dapur dihampiri. "Rissa, abang Ejie-"
"Aku tahulah. Dia dah bagitahu aku awal daripada dia bagitahu kau." Sekilas jelingan tajam dihadiahkan untuk Fea. Fea hanya terdiam.
"Huh, macam mana lah si Ejie tu boleh sayang sangat kat kau ni? Dahlah bodoh, mandul, perampas." Tubuh itu melewati tubuh Fea. "Tapi jangan risau, aku ada untuk pandaikan Ejie semula."
"Kenapa Rissa buat Fea macam ni? Rissa, Fea sanggup gadaikan perasaan Fea suruh Rissa kahwin dengan Abang Ejie, tapi kenapa Rissa macam ni?"
"Haha, kenapa? Sebab kau pernah ambil Ejie dari aku. Sekarang, dengan diri kau yang dah tak ada rahim tu, aku pasti, Ejie mesti lalaikan kau, dan benci kau." lalu menyengih, "lagi-lagi kalau ada aku yang boleh bahagiakan dia lebih daripada kau."
Fea terdiam. Dia kaku, tidak tahu mahu berbuat apa. Kata-kata Merissa ada juga betulnya.
Sayang.. cepatlah balik.. saya perlukan awak..
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...