23.

7K 129 10
                                    

"Good Morning isteri-isteri abang." Sapa Ejie kepada kami yang sedang duduk di meja makan untuk bersarapan dengannya.

"Hai sayang." Pendek sahaja Fea membalas, lain pula dengan Merissa, berjela-jela ayat manis dan gedik dihadiahkan untuk suaminya yang tercinta lah sangat. Tak padan dengan dah mengandung.

Fea perasan bahawa Ejie tidak mengendahkan kata-kata Rissa, malah matanya tertumpu ke arahnya. "Sayang, kenapa ambil nasi sikit sangat?" Tiba-tiba Ejie menegur Fea.

Hairan. Selalunya tak pula dia mengendahkan aku kalau di meja makan. Kenapa hari ini dia mengambil berat tentangku pula?

"Erm, Fea kenyang lagi." Jawabnya, sepatah.

"Kenyang? Sayang makan apa pagi tadi? Sarapan awal ya?" Fea memandang Ejie. Wajahnya tampak manis. Sudah lama Fea tidak merasa dikasihi begini.

"Erm.. Tadi selepas Subuh, Fea lapar.. Jadi Fea masak Maggie." Jawabnya dengan senyuman tipis. Hatinya sedikit berbunga.

Ejie mengangguk-angguk perlahan, lalu menyuap mi goreng ke mulutnya. Selepas mengunyah beberapa kali, Ejie terhenti. "Siapa yang masak sarapan hari ni?"

Fea. Ya, wajah pertama yang dipandang Ejie ialah Fea. Fea hanya diam membisu. Secara tiba-tiba, Merissa menjawab, "Hari ni Rissa yang masak, sedap tak baby?"

"Ye ke Rissa yang masak?" Ejie berpura-pura terkejut. Merissa mengangguk laju, pantas mengiyakan. Fea semakin membisu.

"Fea, saya rindu masakan awak, sedap sangat. Dah lama awak tak masakkan untuk saya, terima kasih." Ejie menguntumkan senyuman manis, yang paling manis untuk Fea. Fea yang memandang Ejie terus tersipu malu. Merissa? Padan muka dia. Malu lah tu sebab menipu.

"Rissa." Ejie bersuara selepas ketiga-tiganya senyap.

"Ya baby, what's wrong?" Merissa menjawab dengan senyuman kelat di wajahnya.

"Hari ni, abang nak keluar dengan Fea, awak duduk rumah ya."

Keluar? Keluar pergi mana?

"Ha??! You nak pergi mana??"

"Adalah." Ejie menyuap lagi mi goreng ke mulutnya.

"Habis I ???"

Menjengkelkan betul lah betina ni.

"You duduklah rumah. Kenapa? Dah tak boleh berenggang? Ingat sikit, you ni ada madu. And you ada madu, ni, Fea ni madu you."

Fea lantas memandang ke arah Ejie. Kenapa dengan Ejie ni? Peliknya?

"Okay fine." Lantas Rissa mengangkat punggungnya dan berlalu pergi dari ruang makan, meninggalkan mereka berdua.

"Sayang pergi siap-siap, saya tunggu." Ejie tersenyum manis lagi.

"Oh, okay biy."

"Awak panggil saya 'biy'?"

"Err, maaf sayang."

"Hehe, tak apa lah awak. Panggillah, saya suka. Comel." Senyuman manis itu lagi sekali menghiasi wajah Ejie. Fea terkedu.

Ke-kenapa Ejie lain sangat ni?

KELABU Where stories live. Discover now