12.

6.7K 139 0
                                    

"Betul ke mak..?"

Su terdiam. Dia tidak mampu menjawab pertanyaan anaknya. Soalan itu begitu rumit baginya. Su memandang wajah anaknya, lalu dagu anaknya di bawa memandangnya.

"Semua tu kuasa Allah sayang.." Su pasti, sepotong ayat ini mampu meredakan soalan hangat anaknya itu.
Tetapi Su sudah salah perhitungan.

"Tipu. Semua ni bukan kuasa Allah. Kalau Allah berkuasa, kenapa Allah tak bagi Fea bahagia? Kenapa Allah ambil rahim Fea? Kenapa Allah tak bagi Fea anak?" Bertubi-tubi soalan cepumas di ajukan kepada emaknya.

Su terdiam. Tergamam dengan apa yang sudah terpacul dari mulut anaknya. Anaknya sudah tidak percaya kuasa Ilahi ke?

"Tak sayang, semua ni mesti ada hikmahnya.. Mak percaya Allah uji-"

"PENIPU!!"

Tergamam Su sebentar. Benar, mesti ada yang tak kena dengan anaknya ini, sehinggakan anaknya itu seakan-akan hilang pegangan terhadap Yang Satu.

"Ejie buat apa kat kamu ni Fea?"

Fea terdiam. Dia sudah terlepas laku, sedangkan pada awalnya dia tidak mahu membuka apa-apa cerita. Tapi nampaknya dia sendiri sudah tercerita.
"Tak ada apa-apa."

Su menggelengkan kepalanya. Sudah masak benar dia dengan ragam anaknya ini.

"Dah, Fea rehat dulu. Nanti kalau dah okay, dah sedia nak kongsi, mak ada dengan kamu." Diusap kepala Fea dan dicium. Dalam hati kecilnya berharap agar tiada sesuatu yang buruk jadi pada rumahtangga anaknya.

KELABU Where stories live. Discover now