"Fea, apa dah jadi ni? Fea bangun Fea.."
"Sayang! Apa yang awak nak buat ni?! Awak dah hilang akal ke apa??"
Jelas. Dua intonasi yang berbeza, walaupun kedua-dua keadaannya sama.
Fea pandang pergelangan tangannya. Parut itu memerah. Fea memandang pula Ejie yang sedang mengutip pisau buah di lantai mozek dapur mereka. "Awak kenapa, sayang..?"
Ejie mahu memeluk Fea, namun ditolak perlahan olehnya,"Pergilah dengan Rissa. Mesti dia cari awak."
"Sayang...awak kat mana..? Lambatnya ambil air?! Cepatlah sini awak, dah nak start ni..."
"Kan saya dah cakap.. pergilah.. saya okay." Fea menunduk, menyembunyikan wajahnya.
"Sabar, sekejap babe..!" Laung Ejie.
Oh, dengan Rissa dah panggil babe pula? Dengan aku tidak pula?
"Sayang.. kalau awak tak sihat, ada apa-apa, bagitahu saya. Jangan sembunyikan apa-apa dari saya."
"Hm.."
Fea menunggu pelukan dari Ejie seperti selalu, namun hampa. Tapak kaki ejie menghilang dari ekor matanya. Fea mengangkat wajahnya.
Sampai hati.. langsung dah tak nak sentuh aku. Dah jijik sangat ke dengan aku? Bukan hidup bermadu seperti ini aku mahukan..
Kenapa tak biarkan aku mati sahaja tadi? Kenapa mesti halang aku seperti dahulu? Sedangkan dulu kau sayang aku, dan kau berhak halang, tapi sekarang..?
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...