'Kenapa Ejie tak cari aku ya? Langsung tak tanya khabar berita aku dekat sini?'
Telefonnya digapai. Fea mendail nombor Ejie. Namun sebelum dia membuat panggilan, Fea terhenti.
'Perlu ke aku cari Ejie? Ke, nak tunggu Ejie cari aku dulu?'
Fea menatap nombor yang tertera di atas skrin itu. Tiba-tiba hatinya berteka-teki. Mahu, atau tidak?
"Hm..Tak nak lah."
Ya, mungkin berdiam pada waktu ini lebih baik. Apa salahnya dia menunggu Ejie mencarinya? Mungkin Ejie sibuk, sehinggakan tidak sempat mencarinya. Ya, aku mesti berdiam diri dahulu.
"Kamu buat apa tu?" Su menegur anaknya yang sedang khusyuk dengan telefon pintarnya.
"Tak de apa-apa, mak." Cepat-cepat disimpan telefonnya itu, "Mak suruh Fea ke kedai kan tadi? Beli apa mak?" Sekuntum senyuman dihadiahkan untuk emaknya.
'Aku tak nak mak tahu masalah aku.'
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...