"Kita nak ke mana ni, Ajwad?"
"Hehe," Ajwad memutar-mutarkan stereng keretanya, lalu menyambung, "Tempat special yang kau mesti suka punyalah."
"Tapi beb, dah malam ni. Aku takut lak—"
"Tak lah. Dia tak kan marah punya. Kalau dia marah, kenapa dia tak halang kau keluar tadi? Padahal dah Maghrib? Ahh pedulikan dia. Kita enjoy malam ni."
Fea tidak membalas. Takut, teruja, gementar dan tertanya-tanya, semuanya bercampur-baur di benaknya. Ke mana Ajwad nak bawak aku ni?
Ajwad memberhentikan keretanya.
Mata Fea segera melilau ke luar tingkap.
"What? Wait!"
Fea menahan Ajwad yang mahu keluar dari perut keretanya. Ajwad kelihatan sedikit terkejut. "Asal?"
"Pub?"
"Ya, why? Anything wrong?" Ajwad menjawab dengan muka selambanya.
"Hello? Are you have gone mad? Kau sedar tak yang kau bawak aku pergi pub?"
"Of course aku sedar, Fea. Come on, Fea! Kita bukan buat apa-apa pun, kita just nak happy je, salah ke?"
Fea terdiam. Seumur hidupnya tidak pernah dia mengunjungi tempat tidak bermoral sedemikian. Ikut atau bantah?
"Laki kau tak kan marah, dia sendiri tak reti nak bahagiakan kau. Ni, aku ada. Biar aku bahagiakan kau, i will make you a very-very lucky girl tonight."
"Err.."
Fea masih terdiam. Dia membuat perhitungan dalam diam. Mahu atau tidak? Kalau dia ikutkan kehendak nafsunya, dia takut dia akan merana. Tetapi, apa pula bakal terjadi jika dia menolak. Sudahlah dia seorang diri, di saat malam-malam buta bukannya mudah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Timbul perasaan menyesal kerana berjumpa dengan Ajwad."Fea?" Tangan Fea dipegang.
Fea masih berdiam lagi. Dia semakin buntu. Mahu, atau tidak? Setia dengan Ejie atau bahagia dengan Ajwad?
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...