15.

7K 141 8
                                    

Gincu jingga cair dioles di bibirnya, membuatkan wajahnya tampak segar, Fea melangkah keluar daripada rumahnya. Sebelum keluar, Fea sempat disoal oleh Ejie, mahu ke mana. Tetapi Fea hanya menjawab mahu keluar sebentar, tidak mahu suaminya tahu ke mana destinasinya.

Fea menahan teksi di bustop yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Sengaja dia tidak mahu meminjam kereta suaminya, agar jejaknya tidak dapat dihidu oleh Ejie.

Dalam teksi, Fea mendapat SMS daripada Ejie. Dengan separuh kaget, Fea membuka mesej tersebut.

Hubby♡
Hati2 ya syg, jgn balik lmbt. Love u.

"Okay." Balas Fea perlahan, sekadar di bibirnya.

Jangan pura-pura sayang aku kalau bukan aku yang ada dalam hati kau.

Fea leka dengan telefonnya, sehinggakan dia sampai di hadapan café yang dijanjikan sebentar tadi dengan individu misteri sebentar tadi.

Setelah selesai pembayaran dengan pak cik teksi, Fea segera melangkah masuk ke café tersebut. Ada juga mata-mata yang memandang ke arahnya saat tubuhnya melepasi pintu utama café itu. Lumrah manusia, jakun.

Tempat paling tepi diambil, supaya dapat lebih privasi. Mata Fea melilau mencari kelibat insan yang sudah berjanji mahu berjumpa, tapi masih belum ketemu. Fea bersandar lemah di kerusinya.

"Cari saya ke, Puan Seffyia?"

Fea terkejut kerana sepotong ayat itu hangat menyapa telinganya. Lantas di tolehnya ke belakang, lalu Fea tersenyum. "Kau sebut nama aku pelik."

Satu lirikkan dan senyuman nakal dihadiahkan untuk Fea, senyuman yang cukup membuatkan Fea cair, dari dahulu lagi..

Menyesal aku tak pilih kau dulu..

KELABU Where stories live. Discover now