Kesan ni..
Zapppp!
"Ayah! Sakit! Jangan ayah!"
Zappp! Zapp!
"Bang, anak kita bang, ngucap bangg!"
"Ayah..."
"Aku tak kira! Budak ni dah buat malu aku! Menconteng arang kat muka aku! Biar budak ni rasa sakitnya hati aku ni! Kau tepi!"
Zapppp!
"Jangan!"
"Abanggg!"
ZAPPPPP!
"AYAHHHHHH!"
Fea tersentak dengan lamunannya sendiri. Diusap-usap bekas parut di lengannya itu, kesan daripada tibaian rotan buluh halus ayahnya ke atas dirinya. Parut itu pernah terbelah pada suatu ketika dahulu, memancutkan darah pekat, membuatkan dia fobia untuk beberapa tahun.
Sambil diusap, sambil itu juga air matanya mengalir perlahan-lahan. Kesedihannya pada saat itu sama seperti kesedihannya 7 tahun lepas, saat dirinya menjadi mangsa dera ayahnya yang tidak suka akan kewujudannya.
Fea merasakan dirinya benar-benar tidak diingini di muka bumi ini. Jika dahulu ayahnya yang ingin dia musnah, sekarang Merissa dan Ejie pula mengambil alih posisi ayahnya. Mereka seakan-akan lupa akan dirinya.
Fea menggenggam tangannya.
"Semua orang dah tak suka aku.. buat apa aku hidup lagi.." sebilah pisau dilihat di atas meja dapur. Fea mendekati meja itu, mencapai pisau buah.'Jangan Fea, tak baik buat macam ni.. kan ada cara lain.. kalau Ejie tahu, mesti dia sedih..'
'Eh, lantaklah. Ejie bukannya kesah kan kau pun. Entah-entah, dia memang nak kau mati. Kan dia ada Rissa. Kerat je Fea, kerat. Kau akan tenang lepas kau kerat...'
'Fea, jangan, tak baik. Dosa! Kau lupa?? Tak kan kau nak ulang apa yang dah jadi dulu? Sabar Fea, bukan ni cara penyelesaiannya.'
Dada Fea berombak-ombak, berteka-teki dengan tindakkannya. Pisau buah di tangannya semakin mendalam di pergelangan tangannya.
Ahh...sakitnya..
Darah merah pekat membasahi cadarnya. Pisau lipat di tangannya terlepas. Pandangannya pinar, terasa kebas dan sengal pada pergelangannya. Tangannya bergetar, darah memancut-mancut. Dadanya semakin sempit menahan ngilu dan sakit pada lukanya itu. Tidak disangka, cubaan membunuh diri kali ini seperti berhasil. Dan Fea tidak mahu percubaannya kali ini gagal. Wajah mak dan Ejie terbayang di fikirannya.
'Selamat Tinggal Mak, Ejie. Fea pergi dulu..'
Dadanya semakin sempit. Dia sudah merasakan dirinya di ambang kematian. Tiba-tiba pintu biliknya ditendang. Kedengaran suara mak dan Ejie, serta ayahnya.
"Ya Allah! FEA!"
Badannya dipeluk dari belakang, membuatkan Fea tersentak dan pisau itu jatuh ke lantai bersama kenangannya suatu masa dahulu.
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...