Fea memandang sepi ke arah pasangan di sofa merah baldu. Pasangan itu nampak bahagia, dan seolah-olah mereka terlupa akan kewujudan insan ketiga yang sedang memerhatikan gelagat mereka, iaitu Fea. Fea semakin memencil di mata suaminya. Fea menyorok di balik tembok dinding dapurnya. Pasangan itu saling bergurau senda, bercium-ciuman, dan bergelak ketawa.
"Aku pun nak macam itu..lagi.." Fea bermain-main dengan kakinya. Ternguis-nguis kakinya, terasa kekosongan mengisi ruang hatinya.
Kini, sudah 3 bulan Fea menjalani kehidupan keseorangan seperti ini. Dia sunyi. Ejie semakin melupakannya. Fea kembali hidup seperti zaman kanak-kanaknya. Kekosongan menyelebungi hidupnya kembali.
Fea menapak perlahan-lahan menuju pintu belakang rumahnya. Fea duduk menyimpuh memandang taman yang menghampari tanah di belakang rumahnya. Air matanya tumpah, hatinya bagai disiat-siat. Perlahan-lahan memori kanak-kanaknya berlegar di kotak ingatannya.
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...