Fea termenung.
Sampainya hati Rissa? Kenapa tergamak sangat dia buat begitu? Curang dengan suami aku?
Aku bodoh. Aku bodoh sebab satukan Ejie dengan Rissa, padahal langsung tak bahagia. Apa aku dah buat?
Sekarang, aku dituduh disebabkan kecederaan Rissa. Hanya Ejie yang tahu salah siapa, iaitu Merissa. Salah dia.
Arghh!
Meja ditumbuk. Fea melepaskan geramnya. Terasa ngilu di buku limanya. Apabila dilihat,Darah.
Tapi langsung tak dihiraukan olehnya. Fea masih termenung.
Kenapa aku tak pernah terfikir yang Rissa licik? Dan jahat? Kenapa perangai dia macam haiwan? Jadikan Ejie kambing hitam? Tergamaknya!
Sedang Fea termenung, ada seseorang mendekatinya.
***
"Sayang pasti boleh batalkan pertuduhan tu?" Fea menyoal Ejie, menunggu respons suaminya. Ejie mengangguk.
"Ya sayang, saya akan buat sehabis yang baik-" Ejie mendekati Fea, "-demi awak sayang.."
Air mata Fea bergenang. "Awak ceraikan Rissa, kan?" Lantas tangan Ejie digenggam.
Sekali lagi Ejie mengangguk, "Saya sayang awak seorang sayang.." lalu Ejie mengelap air mata Fea. Fea meleset di tapak tangan suaminya. "Thanks sayang.."
***
Fea sedang mengelap meja dapurnya, sebelum didatangi seseorang di belakangnya. "Sayang, awak balik-"
"Ni aku."
Suara ini seperti selalu didengari. Fea menoleh ke belakang,
Merissa. Rissa. Madu ak-
"Apa kau nak, Rissa??" Soal Fea cuak. Merissa tersenyum sinis.
"Saje, nak jumpa madu aku buat kali terakhir." Senyum Rissa dengan parut yang masih basah di bibirnya. Sungguh mengerikan.
"Aku tak nak jumpa kau, pergi dari rumah aku!" jerit Fea. Fea takut diapa-apakan.
"Jangan macam ni, penat aku datang jauh-jauh."
"Kau dah tak ada hak lagi dekat dalam rumah ni! Pergi!!"
"Jangan takut, sayang.. Aku tak buat apa-apa pun dekat kau."
"Aku tak nak tengok muka kau!" Fea semakin menjerit. Merissa ketawa terbahak-bahak.
"Kau nak jerit, buat apa? Tak ada sesiapa dengar. Aku tak buat apa-apa pun." Ujar Rissa sambil tangannya dilayangkan, membuat isyarat tangannya kosong, tanpa memegang apa-apa objek yang mencederakan.
Namun, itu bukanlah tiket untuk membuat Fea mempercayainya. Fea semakin menjauh. "Kau nak apa ha betina?!"
Rissa ketawa mengilai, lalu memandang Fea, "Nak main-main dengan kau."
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...