"Awak.." Fea menyapa suaminya yang melintasi biliknya, kebetulan Fea hendak keluar dari biliknya.
"Oh, sayang. Kenapa? Ada sakit ke?" Ejie memandang wajah isterinya.
Fea memegang tangan suaminya. Ejie kelihatan terkejut, tetapi segera disembunyikan perasaan terkejutnya itu. "Kenapa ni sayang? Ada hal penting ke?"
"Awak, kalau awak izinkan, boleh tak saya nak balik rumah mak..?" Fea memandang wajah suaminya, "Dah lama saya tak jenguk mak.."
"Oh, terkejut abang. Fea nak balik berapa hari?"
"Sebulan..?"
"Ha?? Sebulan??"
Fea tidak menjawab, namun dia menatap wajah suaminya. Keterlaluankah permintaannya?
"Oh, okay okay. Boleh sayang, lagipun ada Rissa, dia boleh jaga makan minum abang."
Kau harapkan Rissa? Sedangkan korang makan pun aku yang masak.
"Terima kasih abang.." Fea menunduk, "Awak tak yah hantar saya.."
"Haih? Habis siapa nak hantar awak sayang?"
"Saya dah book teksi. Saya naik teksi je. Nanti kalau Rissa tahu, mengamuk kang dia."
"Fea.." Ejie memanggil isterinya. Fea memandang matanya. "Ya awak, ada apa?"
"Sayang okay kan dengan semua ni..?"
Fea terdiam. Hatinya mahu berkata tidak, namun otaknya mencadangkan ya. Dia buntu.
"Awak okay kan, Fea..?"
Fea melepaskan tangan Ejie, lalu berlalu pergi, namun dia sempat berbisik, "Terima kasih, sayang.."
YOU ARE READING
KELABU
Short StorySayang manusia, berpada-pada. Macam kau buat baik dekat orang, pun berpada-pada. Cerita ini mungkin mengandungi jalan penceritaan yang tidak sesuai bagi pembaca berumur 18 ke bawah. Sebarang adegan ganas, lucah, dan kekasaran perlulah dipantau bagi...