5.

8.4K 142 5
                                    

Fea tidak mampu tidur lena malam itu, matanya tersengkang luas, tidak mahu menuruti norma kehidupan seperti biasa. Seluruh tubuh dan akalnya seperti sedang menerima kejutan, penangan dek kata-kata Merissa petang tadi. Hatinya terasa diperkecilkan. Mengapa Merissa masih tidak mampu memaafkan dia? Bukan dia berniat merampas Ejie, merangkap kekasih Merissa suatu masa dahulu. Malah, dia tidak menyangka Ejie telah punya kekasih hati. 

Perkara itu sudah lama berlalu! Bukan salah Fea atas semua yang berlaku. Dia tidak boleh disalahkan 100%. Jikalau Fea tahu bahawa Ejie telah berpunya, dia tidak akan menjadi perampas.

Tangan Fea meraba rahimnya. Apakah betul kata Merissa, Ejie akan melupakannya, lagi-lagi dengan ketiadaan aset terpenting bagi wanita, tambahan pula kehadiran Merissa yang mungkin lebih membahagiakan Ejie. Fea mengeluh. Dia tiada pilihan, dia yang memilih jalan ini, dia yang rela berkorban demi kebahagian Ejie.

Bunyi kenderaan memasuki perkarangan rumah mematikan lamunan Fea. Cepat-cepat Fea turun ke bawah dan—

Langkahnya terhenti. Fea berselindung di daun pintu utamanya rumahnya. Dia mengintai di balik celahan pintu itu.

"Abang penat ya? Sini Rissa bawakan beg abang."

Mesranya mereka.

"Penat tak penat juga sayang.. Rissa dah makan..?" Ubun-ubun Merissa diusap penuh mesra. Pasangan itu tersenyum mesra.

Ejie tak tanya pasal aku pun?
Air mata Fea sedikit bergenang antara kelopak matanya. Pandangannya sedikit berkaca.

Apabila pasangan itu semakin mendekati pintu utama, Fea cepat-cepat mengatur langkah menuju ke biliknya di tingkat atas. Dia tidak mahu Ejie melihatnya dengan keadaannya begitu. Malam ini gilirannya dengan suaminya, dia perlu nampak menawan.

Sebaik memasuki biliknya, segera Fea memakai gaun merah hati tanpa celana, dengan wangian yang menusuk hidung. Sudah lama dia tidak bersama suaminya, malam ini dia perlu kelihatan sempurna depan suaminya. Air matanya cepat-cepat dilap, lalu bedak ditepek dimukanya. Fea menunggu sang suami di katilnya, dengan harapan suaminya akan segera masuk, mencarinya.

Hampir setengah jam dia menunggu, mata Fea semakin berat. Fea terfikir, mungkin suaminya sedang makan atau membersihkan dirinya. Jadi Fea mengambil keputusan untuk lelap sebentar sementara menunggu Ejie.

"Silaunya.." Fea mengesat matanya. Kenapa terang sangat ni?

Pandangannya cerah, terdengar kicauan burung. "Ha? Dah pagi ke ni?" Fea memandang ke arah jam dinding,

09.35 a.m.

"Dah pagi?" Dilihatnya pakaiannya, langsung tiada kesan diusik, apatah lagi disentuh. Diraba pula kemaluannya, tiada sebarang cairan.

Sah. Ejie tidak masuk ke biliknya malam tadi. Maknanya, Ejie juga tidak menjengahnya langsung. Air mata Fea jatuh.

Sampai hati Ejie.. Kata Fea paling utama.. tapi.. Ejie tak rindu Fea langsung pun.. tak kan lah aku kena bertolak ansur sampai macam ni..? Ni bukan bermadu, tapi tak ubah seperti aku sudah menjadi balu.

Nampaknya Merissa sungguh-sungguh mahu Ejie melupakanku. Fea memejamkan matanya rapat-rapat. Semoga aku dapat bersabar dengan dugaan ini, Ya Allah.

KELABU Where stories live. Discover now