...
" Haih kalau ikutkan hati aku, nak saja aku pergi beli sel sperma kat bank sperma luar negara. Nasiblah aku masih kenal halal haram. "
Omelan May menyebabkan teman-temannya terkejut. Habis bersembur air yang sedang diminum mereka. Melekit meja makan itu akibat semburan kasih sayang teman - temannya
" Korang ni main sembur-sembur pasal apa! Hish! Kotor baju aku. "
Tangannya laju menarik tisu yang tersua di atas meja. Segenggam terus dia rembat. Baju yang sedikit kebasahan dia lap dengan cermat. Terkejut sangatkah mereka?
" Hoi minah, mananya kitorang tak tersembur dan menyembur. Kau cakap nak beli sperma bukan beli berudu. "
Aimey, temannya yang paling rapat membidas laju. Ini bukan sekadar kes putus fius ni, ini dengan kotak suis tu terbakar! Memang pelik betul seketul Maysara ini.
" Habis tu? Kau nak aku buat hubungan luar nikah? Lagilah gila! Tu berzina nama nya. "
" What! "
" Oh my goodness! "Serentak Shelly dan Dilla berkata. Dua orang ni lagilah terkejut biawak! Silap-silap biawak masuk dalam mulut pun tak perasan.
" Bawa mengucap girls! Ni bukan aku yang jalan dulu, korang yang gol dulu. "
May berkata lagi. Terasa kelakar pula dengan reaksi semua gadis seumurnya itu. Haih, kawan, kawan, dah bendul tu memang tak boleh bergurau over the top la.
'Aku bergurau depa buat serius.' Getus hati May.
Aimey merenung May lama. Apa yang kurang ya?
" May, aku rasa skru kau dah jatuh kut. Maybe longgar kat mana-mana. "
Mencerlung tajam mata May apabila ayat terlebih cerdik dihamburkan oleh rakannya itu. Nasiblah dia tidak terpengaruh dengan drama Korea, kalau tidak ada yang berbau merah akibat mandi jus tembikai!
" Kau ni Aimey, ada jugak aku mandikan dengan air tembikai tu. Otak aku ni okey lagi, kalau tak okey alamatnya bukan duduk depan kau. Hospital tak bahagia tu yang jadi tempat aku. "
Vanilla Latte sejuk May teguk laju, panas pulak sekeping hatinya.
" Eh korang, tu bukan Harris? Senior kita dulu waktu sekolah. "
Dilla, wartawan utama sekolah mereka dahulu memang handal bab jadi paparazi tak berbayar ni. Semudah ABC dia dapat mengecat senior pujaan ramai sewaktu mereka maish bersekolah dahulu walaupun begitu ramai manusia yang ada di dalam kafe itu.
" Boleh pulak kau cam? "
Shelly bertanya lurus. May turut mengangguk sama.
" Orang buta je tak cam Harris tu, dah la handsome. Lagi satu, rambut copper dia. Siapalah yang tak cam. "
'Betul juga tu, muka Pan-Asia dengan rambut warna karat tu. Yang tak cam mesti buta tak pun rabun tahap kena tukar mata.' Gumam May di dalam hati.
" Ha! Apa kata kau ngorat senior Harris tu? Bukan mummy kau dengan mama dia satu persatuan ke? Apa tu persatuan Datin Dato Kayo! "
Shelly meluahkan buah fikirannya. Aku mengangguk faham sebelum menepuk tangan apabila satu idea menarik menjengah ke ruang fikiran.
" Akhirnya, bijaknya kau Shelly! "
Pipi Shelly yang tembam aku cubit manja. Tas tangan aku tarik lalu kaki mula melangkah.
" Hoi May, kau nak pergi mana? "
Aimey menjerit memanggil May. Terus wajahnua dia tunduk kan sebelum berpaling. Malu betul bila dapat kawan tak tahu malu. Tak reti nak cover ayu sungguh!
" Aku nak balik dulu, ada hal penting nak bincang dengan mummy aku. First week bulan Mei launching koleksi baru, korang datang tau. Pakai colour ivory and gold. "
May berjalan keluar dari kafe itu sesuai memberi pesan kepada rakan - rakannya. Mereka bertiga sekadar memandang May sekilas sebelum mengangkat isyarat okey.
" Haih, selesai satu hal. "
iPhone ditangan May selitkan di poket jeans boyfriend cut yang digayakannya.
'Lama jugak aku buang masa sembang kosong. Lantaklah, kene start buat plan. Ada misi besar ni!'
Sedikit be belah dan peringtan bermaian dalam fikiran May sebelum dia membuka mulut.
" Misi Baby Making. "
May ketawa kecil selepas berkata - kata.
'May oh May, kau gila!'
Hatinya tahu rahsia itu.
Bersambung
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...