Hari minggu yang ditunggu telah tiba. Semua pekerja yang diupah sibuk berulang-alik menyiapkan tempat. Makanan yang ditempah turut tiba satu persatu.“ Harris, mummy cari May dia ada kat mana ni? ”
Suara mummy nya yang memanggil membantutkan pekerjaan yang sedang disiapkan. Harris segera mencari kelibat si isteri yang tadinya dilihat sedang mengunyah buah-buahan kering di hadapan televisyen.
“ Sini mummy. ”
Harris menggamit mummy nya yang sempat membetulkan letak duduk perhiasan diatas meja makan walaupun sedang sibuk mencari menantu kesayangan yang bakal dimarahi mungkin.
Susuk tubuh yang sedang tidur meringkuk diatas sofa itu Harris tenung. Bahu kurus itu digoncang perlahan untuk menyedarkan lena si isteri.
“ Sayang, bangun? Mummy sampai tu, dia nak jumpa sayang. ”
“ Hmmmm.. ”
Tubuh yang meringkuk tadi sekadar bergerak sedikit namun mata tetap tertutup rapat.
“ Amboi, look at her. ”
Marah, memang itulah yang sedang Datin Sri Diane rasakan. Sudahlah menghilangkan entah kemana, majlis untuk menyambut 'kepulangan' si menantu tersayang itu ibarat tidak penting oleh menantu tersayangnya yang sedang lena tidur.
“ Mum, shhhhh.. ”
Harris meminta mummy nya agar senyap sedikit kerana takut May terjaga. Tidak sampai hati mengganggu tidur si isteri yang nampak begitu lena.
“ Mummy tunggu sekejap, Harris angkat May naik atas sekejap. ”
Harris bangun lalu tunduk untuk mencempung tubuh isterinya yang tidur umpama bayi siap memeluk perut lagi. Tangga dipanjat dengan berhati-hati. May pula ibarat diulik, semakin lena tidur.
“ Sedihnya hati seorang ibu ni. Ku sangka bahagia datang, rupanya tetap hati anakku terseksa. ”
Air mata yang hampir jatuh Datin Sri Diane lap sedikit. Belakang badan anaknya yang sedang mencempung isteri kesayangan itu dia renung sehingga hilang di balik dinding.
.....
“ Mai, nasihat Maysara untuk I. I takut kalau I nasihatkan nanti dia merajuk dan lari pula kesian Harris. ”
Puan Sri Diane menutur kata sebaik mungkin. Dato' Sri Maisarah besannya itu hanya mampu tersenyum.
“ I tak tahu nak cakap apa. May... Sekali dia nekad memang dia akan buat, I tak tahu yang dia sanggup lari tinggalkan Harris. ”
Tangan rakan baiknya itu Dato' Sri Maisarah usap lembut. Letih memikirkan hal anak-anak.
“ Tak apalah, kita biarkan diorang berdua selesaikan apa yang patut. ”
.....
“ Mummy. ”
Huluran salam yang dihulurkan oleh May disambut elok oleh Puan Sri Diane. May tersenyum kekok. Nampaknya memang ibu mertuanya itu agak terasa hatinya dengan tindakan melarikan diri. Nasib baiklah kenduri doa selamat hari ini tidak diletakkan banner yang menandakan kepulangan menantu Puan Sri Diane.
“ May sihat? ”
Atas bawah Mummy mertuanya itu memerhati. Seram sejuk pun ada.
“ May, makin berisi daddy tengok. ”
Laju sahaja May menghulurkan salam yang disambut lembut oleh lelaki itu. Nasib baiklah daddy mertuanya datang kalau tidak makin lama lah dia kena hadap muka cemberut mummy.
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...