“ Aduh susah pula butang baju melayu ni. Kenapalah aku bawak sepasang je? ”
Terkial-kial Harris hendak membetulkan kedudukan butang baju melayu cekak musang yang mencekik lehernya itu. Inilah susah bila seorang diri nak minta tolong pun tiada yang akan membantu.
‘Ting Ti Ting Ting Ting Ting Ting’
Ringtone telefon yang berbunyi menjadi penunjuk bagi Harris untuk mengalah. Dia hanya membiarkan butang teratas tidak berbutang sebelum meletakkan butang yang susah untuk dipakai tadi kedalam poket.
“ Waalaikumussalam Wan, iya aku dah siap, nak turun ni. ”
Dompet yang tersadai dia capai sebelum mengeluarkan sampul untuk memasukkan sedikit wang. Hadiah untuk si bayi bertuah.
.....
“ Assalamualaikum. ”
Jelas memerah muka Harris bila semua tetamu yang hadir berpaling memerhati. Maklumlah, mamat saleh rambut karat datang bertandang.
“ Waalaikumussalam, ha Harris! Masuk jom, sila-sila. ”
Wan yang memang sedang menanti kedatangan kawannya itu segera menjemput Harris naik. Belum sempat dia turun suara May memanggil kedengaran membuatkan langkahnya untuk ke bawah terhenti.
“ Abang Wan, Ais tak beli lagi ni. May tak ingat nak suruh pekerja resort belikan semalam. ”
Wan yang mendengar mengangguk faham sebelum menggamit May untuk datang kepintu. Dia ingin memperkenalkan kawannya kepada adik angkat yang dikenali empat bulan lepas.
“ May datang sini jap. ”
May menurut tanpa bantahan. langsung tidak dijangka bahawa ada seraut wajah yang menanti dirinya.
“ Ada apa? Harris... ”
“ Sara. ”Serentak mereka berdua berkata. Mata May ibarat hendak tercabut daripada soketnya tatkala terpandang wajah suami yang ditinggalkannya beberapa bulan lalu.
“ May kenal dia? ”
Pertanyaan yang dihulurkan Wan dijawab dengan anggukan sahaja oleh Maysara.
Terkejut beruk!
“ Wan aku nak cakap dengan May kejap. ”
Laju sahaja Harris menarik tangan si isteri yang kelihatan seperti sedang mencari jalan untuk lari. Betul tekaan hatinya yang isterinya itu sememangnya berada disini selama ini.
“ Harris, May ni isteri orang kau tak boleh buat dia macam ni. ”
Harris menahan amarah yang sedang membuak dalam dirinya.
‘ Memanglah isteri orang, isteri aku yang lari! ’
Desis hati Harris.
Tangan Wan yang menahan di turunkan perlahan-lahan. Muka dia cuba maniskan.
“ Mungkin kau rasa aku ni gila, tapi Maysara ni isteri aku. Nanti aku jelaskan, sekarang boleh bagi kami masa untuk berbincang? ”
Harris berkata dalam nada bertanya walhal dia tetap akan membawa May bersama biarpun dihalang.
“ May ikut Harris jap Abang Wan. ”
Kakinya dilangkah sedikit laju untuk menyaingi langkah si suami yang laju serta besar. Termengah-mengah juga dia lagilah apabila tidak sempat minum ais batu akibat kekeringan ais!
“ Get in the car right now. ”
Harris cuba mengawal suaranya agar tidak ditinggikan. Dia hendak meminta penjelasan namun dia tahu bukan secara paksaan.
“ Duduk situ senyap-senyap. ”
Harris berkata sebelum menutup pintu apabila May masuk dengan akur. Pelik, tadi muka macam pelanduk masuk jerat sedang usaha melarikan diri, sekarang ibarat kucing yang mengikut tuannya dengan rela.
“ Jangan nak bawa saya balik KL. ”
Harris mendengus perlahan mendengar amaran yang diberikan oleh isterinya itu. Ikutkan hati nak saja dia culik bawak balik KL terus.
“ Kita bertenang dulu, kejap lagi banyak yang awak kena jelaskan dekat saya 'sayang'. ”
Sengaja Harris menguatkan perkataan sayang itu agar isterinya yang sedang membatu itu tahu apa yang sedang dia rasakan sekarang ini.
.....
“ Kenapa? ”
Pertanyaan yang diucapkan oleh Harris May hadam separuh sahaja.
‘ Entah. ’
Kalaulah sebegitu senang hendak menjawab pertanyaan Harris itu.
“ Dah memang dalam misi saya. ”
Selamba sahaja ayat cerdik itu meluncur laju keluar dari mulut May. Merah padam muka lelaki yang sedang berdiri memerhati tajam wanita bermuka selamba dihadapannya itu.
" Awak gila! Lari dari saya? Ni dah terbalik, patutnya saya yang lari sebab awak yang nak kahwin dengan saya ni tidak! Sampai hati awak cabut pagi first night kita. "
Jelas sekali amarah Harris. Mukanya yang putih bersih berubah kemerahan. Kalau bukan kerana hati dah mula sayang sah dicerai mentah-mentah wanita yang sedang memandang kosong ke arahnya itu.
‘ Akhirnya, terlepas juga amarah aku. Astaghfirullah. ’
“ Saya tak gila dan saya tak nak balik. ”
Sekali lagi May menjawab tapi nada suaranya mendatar.
“ Whether you like it or not, we're going back home. Our home and please cooperate because everyone have been searching for you. ”
Suara Harris yang tadinya tinggi telah perlahan. Dia tak mahu dilabel suami yang dayus dan diktator walaupun kalau ikutkan dia berhak untuk memukul sebagai ajaran.
‘ Ting Ti Ting Ting Ting Ti Ting ’
Telefon yang berbunyi meminta perhatian membuat Harris memberhentikan segala agenda yang telah dirancang dalam kepalanya.
“ Waalaikumussalam Wan, haah? Okey, aku datang. ”
Maysara hanya duduk membatu. Dia malas, sudahlah dirinya terasa letih ya amat bila ditarik secara paksa rela tadi.
“ Jom, Wan cakap majlis nak mula. ”
Harris menarik tangan isterinya itu umpama mereka adalah suami isteri normal.
“ Perlahan sikit jalan tu boleh tak? Saya ni pakai sandal tapi jalan atas pasir.”
Sedikit pedas May menegur. Iyalah, kaki dah lenguh!
“ Maaf tak sengaja, kaki sayang pendek. ”
Harris berkata sambil ketawa kecil. Dia bingung, langsung hilang segala amarah yang terpendam selama empat bula dia ditinggalkan. Satu perbezaan yang dapat dia lihat adalah, tubuh isterinya yang dahulu sekeping makin berisi. Pipi yang dulu hanya roti dah jadi pau! Comel!
“ Tahu tak baby geram dengan sayang sekarang ni? ”
Sambil berkata sempat Harris mencuit hidung mancung milik si isteri. Apa lagi, juling la mata Maysara.
“ Ha juling la nanti dah tak betul mata tu baru tahu. ”
Harris menegur sekadar bergurau namun diambil serius oleh May.
“ Lepaslah! Jahatlah awak ni! ”
May meronta ingin menarik tangannya kembali namun pegangan erat Harris tidak mampu dia lawan.
“ Never. You are mine forever. ”
Tenang tetapi tegas.
May hanya menggigit bibir. Dia sudah terperangkap, macam manalah abang Wan boleh kenal si Harris ni?
Bersambung
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...