" Jadi akak kena balik la ni? "Suara bernada sedih itu membuatkan May rasa bagai nak nangis. Sudahlah emosi memang tak stabil sejak berbadan dua.
" Nak buat macam mana, encik suami boleh muncul tiba-tiba kat sini. "
May cuba membuat lawak walaupun dia sebenarnya sedanh bersedih. Tidak sanggup nak balik ke bandar. Namun selepas perbincangan dia dan Harris sebentar tadi dia akur. Takkan nak jadi isteri derhaka dari neraka pulak...
" Tapi akak tak pernah pun cakap yang suami akak mat saleh! Hensem betul! "
Ternyata muka Azizah sedang memerah. Tak malu langsung mengaku dan memuji suami orang hensem.
" Kenapa cakap kat akak? Pergilah bagitahu kat encik Harris tu. "
Muka May memuncung panjang. Tangan yang sedang melipat baju kedalam bagasi sengaja diperlambatkan. Rancangan misinya adalah untuk lari sehingga anak didalam perutnya dilahirkan, namun nasibnya memang malang. Zombie mat saleh berjaya menangkap dia yang tidak sempat menaiki tren ke Busan.
' Tokk Tokk '
Bunyi pintu diketuk menyebabkan hati May semakin berdetak laju. Mujurlah kandungannya yang berusia 15 minggu itu masih belum menunjukkan kehadirannya.
Cuma perut yang dahulunya kempis mula menampakkan lemak diluar.
" Siap dah? "
Pertanyaan yang dihulurkan Harris May jawab dengan muncung yang menunjukkan kearah bagasi yang sudah di zip rapat.
" Jom, dah lewat ni nak balik KL jauh lagi. "
Harris menarik bagasi sederhana besar milik May sebelum tangan isterinya itu turut ditarik. Lebih baik tarik daripada lepas, nanti entah kemana lari pun tidak dia tahu.
" Terima kasih Mak Imah tolong jagakan Sara ni. "
Memerah muka Harris apabila mengucapkan terima kasih itu. Bukan apa, malu terasa apabila isteri sendiri lari dan tinggal di rumah orang lain. Nasib baiklah dia tahu untuk menjaga aib mereka berdua jikalau tidak mahu diusung terus balik ke Kuala Lumpur tanpa bertegur sapa mahupun mendengar penjelasan si isteri yang membuatkan dirinya termimpi-mimpi.
" Harris, bincang elok-elok la dengan Maysara tu. Perempuan ni kadang-kadang angin dia tu tak kira masa taufan menimpa. "
Wan bersalaman dan sempat lagi memberi sedikit nasihat kepada temannya. Sebagai orang yang sudah mempunyai anak dah sudah tiga tahun berkahwin dia amat faham dengan emosi wanita. Lagilah jikalau perut sedang berisi, makin bertambah angin dia tu.
" Jom? "
Harris berkata setelah melihat May sudah mengelap air mata yang jatuh bercucuran. Dengan orang lain bukan main sayang, yang suami ni dia tinggal selamba badak sumbu je.
" Tidur la kalau letih, sampai nanti abang gerak. "
Sebaik sahaja menaiki kereta yang sedua menanti Harris menyapa Kay yang sedang menguap. Entah sengaja ataupun betul, yang penting isterinya itu sudah ada di pangkuannya dan tidak boleh lari, takkan!
...
" Sayang? Sayang? Bangun, asar dah ni. Bangun. "
May yang sedang tidur dalam kedudukan bayi didalam kandungan itu mencuit hati Harris.
Comel!
" Sekejap... hmmmm.. "
Merengek May apabila tidurnya yang leba diganggu. Tilam yang lembut itu ibarat memujuknya untuk terus tidur.
' Wait? Tilam? '
Terus terbuka luas mata May sewaktu dia menyedari yang dia bukan lagi berada didalam kereta.
" Dah sampai? "
Harris tersenyum melihat muka terkejut si isteri.
" Pukul empat lagi dah sampai. Dah bangun mandi dan solat, abang tak tunggu sayang sebab abang nak keluar kejap lagi. "
May sekadar mengangguk sebelum melangkah ke dalam bilik air. Kain tuala yang terlipat elok dia capai lalu masuk kedalam bilik air.
" Abang balik lewat malam ni, makanan dah ada cuma panaskan. Dalam peti ais ada ais krim vanilla dan chocolate sauce pun ada kat dalam kabinet. "
Sempat Harris memesan sebelum dia beransur keluar. Tak ada salam pun.
...
" B, you tahu tak yang I nak balik awal? Tak boleh ke you settle sorang? "
Sedikit keras nada yang digunakan Harris. Sakit pula hatinya bila dipaksa keluar sedangkan isteri yang baru dijumpai berada di rumah. Nasib baiklah dia sudah meletakkan pengintip untuk memerhatikan si Mrs Harris yang unpredictable tu. Kalau tidak mati pun dia tak keluar rumah.
" Habis tu? You nak biar I sorang? I berkorban tau untuk kebahagiaan you! Tak boleh ke you tolong kurangkan kesedihan I? Susah? "
Insan yang duduk dihadapannya itu memuncung panjang.
'Haduh, nampak buruk betullah si B ni bila merajuk. Dengan muka baby face dia tu.'
Desas hati Harris. Tisu di tepi katil dia ambil. Sudah seminggu si B ni duduk Hotel, alamatnya esok lusa botak dia hendak membayar.
" Nanti balik duduk rumah mummy. I cakap dengan dia. "
Tisu yang diambil Harris beri kepada si B yang sedang menangis. Hati tisu ni memang susah nak jaga, nasib baik muda lagi so agak comel.
" I balik dululah. "
Baru sahaja Harris hendak melangkah, badannya dipeluk erat oleh B yang sedang menangis.
' Naik bulu roma aku, dah la berduaan ni. '
" Ehem, B, I balik dulu. "
Pelukan B dikeliling pinggangnya Harris leraikan. Dia berpaling lalu mengelap air mata B yang bercucuran itu.
" Esok I datang ambil and hantar you rumah mummy. Nanti I terangkan kat mummy hal yang sebenar. No more crying. "
B mengangguk lembut lalu baring diatas katil. Harris berjalan ke pintu sebelum dia berpaling untuk memeriksa buat kali terakhir keadaan.
" Haih dugaan. "
Bersambung
Sorry tak update last weekend. Tetiba ada seminar pula then asal balik ke kelas ada latihan so tak sempat nak finish it all.
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...