[ BAB 27 ]

10.1K 265 2
                                    


Datin Sri Diane menghempaskan pisau ditangannya diatas blok pemotong daging. Geram! Kalau boleh hendak sahaja dia mencincang lumat anak lelakinya itu.

“ Mummy, Lara kahwin dengan Dato' Shukri. Dia tipu Harris.”

Harris mengadu kepada mummynya. Baru sahaja dia berterus terang ingin berkahwin dengan wanita pujaan hatinya itu, Lara Qaira sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berjaya yang baru sahaja kematian isteri.

“ Mummy tak pernah marahkan Harris tapi harini mummy memang kecewa dengan Harris.”

Pisau ditangan Puan Sri Diane letakkan kedalam sinki sebelum dia berjalan dan duduk dihadapan anak lelakinya itu. Ini bukan sekadar kes kehilangan memori tapi entah kenala dia rasa tahap kepintaran anaknya itu turut hilang.

“ Listen here. Tujuh bulan lepas you came home crying telling me that Qaira broke the engagement. Then May says that she want to marry you.”

Puan Sri Diane menarik nafas panjang sebelum menyambung.

“ Selepas tu kamu berdua berkahwin. And yes, May lari selepas sahaja malam pertama dan mummy oun tak tahu apa yang kamu atau dia buat. Tapi empat bulan, empat bulan Harris macam kucing hilang anak duk cari mana May pergi.”

Harris sekadar mendengar kosong. Inilah kali pertama seseorang bersungguh-sungguh menceritakan kronologi memorinya yang hilang.

“ Lepas tu, kamu pergi outstation di pahang dan terjumpa May di sana. Baru sahaja sebulan kamu berdua berbaik, Harris pulak sakit sampai hilang semua memori tentang May. Sekarang ni, mummy tengok Harris tak ada effort nak ingat balik. Asyik sibuk dengan si Qaira yang dah jadi datin tu! Menantu mummy pula merajuk balik rumah mertua kamu. Sekarang mana tanggungjawab kamu Harris?”

Panjang lebar bebelan Datin Sri Diane. Sudah hampir dua bulan dia menahan rasa sakit hatinya dengan keadaan anaknya itu. Akhirnya dia meluahkan semua yang terbuku. Entah ubat apa yang perlu dia beri agar Harris kembali seperti dahulu. Kembali menjadi suami yang amat menyayangi menantunya. Malu mukanya kerana May sekarang kembali kerumah Dato' Maisarah. Mujurlah teman baik merangkap besannya itu memahami krisis anak-anak mereka.

“ I have tried mum. Tapi memori yang mummy cerita tu langsung tak ada. May tak ubah macam orang asing. Harris pun tak tahu, nak sentuh dia Harris rasa bersalah.”

Harris turut meluahkan perasaan. Dia cuba untuk mengingati masanya bersama isteri tersayang yang diberitahu kaum keluarganya namun apakan daya otak dah hatinya mengatakan tidak. Dia bingung.

“ Daddy rasa baik kamu pergi ambil isteri kamu balik. Dia tu mengandung dah nak masuk tujuh bulan. Kesian dia jaga diri seorang diri. Daddy malu dengan ibu mertua kamu, sepatutnya anak daddy yang jaga isteri dia ni tidak.”

Tan Sri Irfan yang baru pulang dari pejabat menyambung leterannya. Dari luar rumah dia dapat mendengar luahan isterinya. Keluhan berat dilepaskan. Dia kecewa dengan anaknya itu dan kasihan dengan menantunya. Dua minggu lepas May singgah kerumah mereka untuk memberi tahu dia ingin pulang tinggal bersama mummynya kembali. Walaupun berat hati mereka suami isteri membenarkannya memandangkan Harris sudah memberi kebenaran. Hati tuanya agak rindu dengan tingkah ceria menantu tunggalnya. Anak saudaranya si Ben juga sudah pulang ke Australia.

“ Harris pergi ambil dia malam ni. Lagipun dah nak maghrib.”

Harris memberi kata putus sebelum menapak naik ke biliknya. Benar, ada rasa rindu terhadap isterinya itu. Bila tiada disisi dia sering mencari kelibat wanita itu. Mungkin ikatan dia dan anaknya yang membuatkan dia sering teringat.

...

“ Assalamualaikum, mummy Mai? May?”

Ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu agak sunyi. Mungkinkah kedua-dua wanita yang dipanggilnya itu berada diatas?

“ Masuklah Harris. Mummy kat dapur dengan Cik Biah ni.”

Harris meletakkan dompetnya diatas kaunter dapur sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kedua-dua wanita yang sudah berusia itu.

“ Cik Biah dah lama balik sini?”

Harris bertanya sekadar berkelakuan sopan terhadap orang gaji ibu mertuanya itu.

“ Lama dah, nak dekat dua minggu la.”

Wanita tua itu menjawab. Ibu mertuanya yang sibuk mengeluarkan kek dari ketuhar sekadar senyap.

“ Mummy, May mana? Kat atas? ”

Spontan sahaja Harris bertanya. Cik Biah mempamerkan riak terkejut. Biar betul, menantu majikannya itu langsung tidak mengambil tahu akan kedudukan isterinya.

“ May tak ada kat sini. Mummy pun tak tahu dia pergi mana. Mummy ingat dia balik rumah Harris.”

Dato' Maisarah menjawab sedikit keras. Ingin sahaja dia ketuharkan menantunya itu. Sekarang anaknya telah hilang sekali lagi. Kemana pula anaknya itu pergi.

“ May cakap dia datang rumah mummy.”

Harris menjawab sepatah. Mukanya memerah kerana malu. Kali ini dia rasa berdosa kerana langsung tidak mengambil tahu dimana isterinya berada. Entah hidup atau tidak. Bagaimana kalau isterinya itu ditimpa kemalangan dan anak mereka?

“ My, May pergi mana?”

Hatinya rasa seperti dipagut. Takut, risau dan rasa bersalah silih berganti.

' Ya Allah, berdosanya aku. Sanggup aku biarkan isteri aku seorang diri.'

Harris merapu wajahnya. Kunci kereta dan dompet di atas kaunter dapur dia ambil dan kakinya dilangkah laju.

“ Harris! Duduk dulu sekejap.”

Dato' Maisarah memanggil kuat dan langkah Harris terhenti. Dia berpaling lalu berjalan kearah ibu mertuanya.

“ Ada apa mummy, Harris nak pergi cari May.”

“ Duduk dulu.”

Dato' Maisarah menarik tangan menantunya untuk duduk. Dia menarik nafas sebelum menepuk lembut bahu menantunya itu.

“ Harris mungkin tak ingat, tapi dulu May pernah menghilangkan diri dia. Dan percayalah cakap mummy, kalau dia menyorok memang sukar nak jumpa. Dia takkan pergi tempat yang sama. Mummy dah call keluarga Wan tanya May tapi dia cakap May tak ada kat sana.”

Harris meraup wajahnya sekali lagi. Kali ini dia betul-betul menyesal. Kenapa dia sanggup mengabaikan isterinya itu?

“ Kamu tidur sini malam ni. Bilik May tu memang untuk kamu berdua pun. Bertenang dulu, fikir apa yang baik. Jangan terburu-buru. Insyaallah May dan baby selamat.”

Dato' Maisarah bangun untuk membiarkan Harris bertenang. Sebenarnya May ada menghubunginya semalam dan sebelum ini. Anaknya itu sekamat cuma dia tidak tahu dimana keberadaannya.

“ Harris? Makan dulu.”

Pelawaan ibu mertuanya itu Harris tolak dengan baik. Kakinya diatur naik kebilik May. Inilah kali pertama dia kesini sejak dia hilang ingatan.

“ May?”

Walaupun dia tahu isterinya tiada tetapi dia tetap memanggil isterinya tatkala pintu bilik itu dibuka olehnya.

Gambar polaroid yang bergantungan disisi dinding bilik dia teliti satu persatu. Dia membaca setiap bait yang ditulis.

“ Suami tersayang. 1 syawal 2018 ”

Gambar yang sama dibingkaikan didalm biliknya dirumah. Sememangnya wajahnya didalam itu amat gembira. Adakah dia silap? Betul apa yang mummynya kata, dia sudah tidak cintakan Lara Qaira. Yang dia cinta sekarang sebenarnya Maysara. Harris melabuhkan badannya diatas katil. Dia termenung memandang syiling sebelum tertarik dengan kotak yanh terletak diatas almari kecil dipenjuru bilik. Dia bangun dan membuka kotak itu. Terdapat banyak diari lama milik isterinya. Dia buka satu persatu dan membaca isi diari tersebut.

Bersambung

MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now