“ Assalamualaikum abang, May datang ni. Abang tak letih ke asyik tidur je? Bangun sekejap je, May rindu nak dengar suara abang. Baby pun dah tiga hari tak dengar Abi baca Al Quran.”May duduk dikerusi bersebelahan katil yang menempatkan Harris. Tiga hari lepas suaminya itu telah menjalani pembedahan di bahagian otak. Doktor terpaksa membuka tempurung kepala suaminya itu untuk membuang darah beku di otak. Tanpa sedar air matanya mengalir lagi.
“ Abang, May minta maaf sangat. Lepas ni abang bangun, May janji akan dengar semua cakap abang. May jadi isteri yang baik untuk abang.”
Tangan Harris yang disambungkan dengan wayar untuk tranfusi air May usap perlahan. Dia mengambil kain tuala bersih yang dibawa dari rumah lalu masuk kedalam. bilik air yang tersedia di bilik kelas pertama yang didiami suaminya sejak tiga hari lalu.
Tangan May lincah membasahkan tuala itu sebelum meletakkannya didalam besen kecil. Matanya merenung muka pucat dan sepasang mata yang memandang kosong kearahnya. Tangan kanannya diangkat lalu pipinya disentuh. Pipi pau yang selalu dicubit oleh Harris semakin hilang akibat seleranya yang turut tidur bersama suaminya.
“ Kau kena kuat May. Dia perlukan kau dan baby pun perlukan umi dia. Sabar, Harris bangun nanti.”
Selesai bermonolog sendirian May membawa besen berisi tuala basah tadi lalu keluar dari bilik air. Bibirnya dipaksa senyum dan dia membersihkan tubuh Harris sambil bercakap. Doktor telah memesan kepadanya bahawa Harris hanya koma dan mampu mendengar suara sekeliling. Mereka akan memantau keadaan suaminya itu dan Harris dijangka akan sedar dalam masa seminggu.
' Tokk Tokk '
Bunyi ketukan di pintu menyedarkan May dari lamunanya. Jam didinding dia kerling. Sudah waktu melawat. Sejak semalam ramai orang datang melawat suaminya itu. Keluarga, sahabat handai dan pekerja di syarikat suaminya turut datang.
“ Masuklah. Aku ada ni.”
Tidak seperti semalam, May hanya menjemput dengan suara. Dia sudah tahu siapa yanh datang melawat.
“ Assalamualaikum May. Aku dengan Kay datang ni.”
May bangun dan memeluk erat tubuh sahabat baiknya itu. Salam yang diberi dijawab perlahan. Dia hanya memeluk erat tubuh Aimee yang sudah agak lama tidak bertemu.
“ Sabar May, kau kuat. Aku datang nak tengok how our baby mama doing. Dah duduk.”
Aimee memesan sebelum mengubah suaranha kepada ton yang lebih ceria. Dia tidak mahu sahabatnya terus kesedihan dan stress.
“ May, nanti Harris bangun kau tak boleh tunjuk sedih-sedih. Jadi senyumlah, letih tau aku kat kedai tunggu kau.”
Kay yang tadinya hanya berdiam diri kini membuka mulut. Sakit, hatinya sakit melihat wanita yang mempunyai tempat istimewa dalam hatinya itu kesedihan.
“ Harris ni pun satu. Kenapa tidur lama sangat, kan aku culik kau bawak lari baru dia menyesak tidur lama-lama.”
Suara kelakar yang dibuat oleh Kay membuatkan May tertawa. Aimee menepuk kuat peha Kay kerana bimbang May akan terasa.
“ Kau ni kenapa pompuan, sakitlah! Letih je aku jadi chauffeur kau harini.”
Bebelan Kay menambah lagi tawa May.
“ Kau ni Kay, ada saja idea kau tu. Aimee, nanti balik kau belanja mamat ni makan. Kalau tak ada jugak dia campak kau tepi jalan.”
May berkata sebelum dia bangun untuk menekan pelembab udara. Sudah masuk tengahhari maknya sekejap lagi jururawat akan datang untuk menyuntik ubat.
“ Duduklah duhai Ceo Boyot. Perut kau tu besar betul untuk usia lima bulan. Kembar ke?”
Teguran Kay membuatkan pehanya ditampar sekali lagi oleh Aimee.
“ Aku tinggal jugak kau Aimee. Sakitlah!”
May menggeleng kepala sambil berjalan untuk duduk kembali di sofa bersama dua sahabatnya itu.
“ Takyah layan mamat ni May. Dia ni mulut tak ada insuran langsung.”
“ Aku tak ambil hati pun. Aimee, esok teman aku pergi check up.”
May mempelawa sahabatnya itu. Tetapi sekadar ajakan kosong kerana esok adalah hari kerja jadi sahabatnya itu pasti bekerja. Lagipun temujanjinya adalah pada pukul 9 pagi. Ini bermakna mungkin Aimee tidak boleh menemaninya.
“ Esok? Maaf May, aku kena pergi Kuantan esok, syarikat ada meeting jadi aku kena ikut Dato' pergi sana.”
May mengangguk faham, dia sudah agak Aimee mungkin tidak daoat mengambil cuti. Setiausahan kenapa seorang usahawan berjaya sememangnya sibuk.
“ Aku free esok, tak ada hal penting kat kedai. Nak aku teman?”
Giliran Kay pula bertanya. Dia tahu agak tidak manis jika dia yang menemani May untuk melakukan pemeriksaan tetapi keadaan darurat sekarang. Tidak sampai hati membiarkan wanita itu bersendirian.
“ Aku ajak Aimee sebab tak ada yang sama jantina. Esok sepupu Harris yang akan jadi driver aku. Dia sekarang ada kat Malaysia.”
Kay mengangguk tanda faham. Tetapi kenapa mummy May tidak menemani anaknya?
“ Mummy busy ke?”
Pertanyaan Kay dijawab dengan satu anggukan oleh May. Jikalau ada orang yang tidak sibuk tak adalah dia mengajak Aimee. Kedua-dua mummynya dan mummy dee sibuk dengan persatuan mereka esok. Mensyuarat akhir tahun, jadi tidak dapat menemaninya. Lagipun dia juga tidak mahu menyusahkan.
“ Kalau macam tu esok aku teman kau. Jumpa kat hospital kau buat check up. Siap check up aku hantar kau kat sini balik.”
May tersenyum nipis. Agak bagus juga cadangan Kay itu. Tidaklah kekok dia menyuruh Ben menunggu.
“ Bagus jugak. Okey nanti aku bagi location. Aku bukan apa, kekok juga nak minta tolong sepupu Harris tu. Macam dia tak ada kerja pula jadi driver aku.”
Sebenarnya dia boleh sahaja meminta driver mertuanya hantar dia ke hospital. Namun apakan daya, mummy Dee mengatakan lebih baik jika Ben yang menemani dirinya.
“ Eh dah lama gak kita kat sini. Jom balik, aku kena masuk sekejap petang ni.”
Ajakan Aimee untuk pulang Kay iyakan sahaja. Redha apabila menjadi driver tak berbayar, nasib dah kenal lama.
“ Jaga diri kau tau, Harris Doktor dah jaga, kau pun juga, jadi jaga diri kau dengan baby.”
Aimee memesan lagi. Kay pula pergi untuk melihat keadaan Harris sebelum pulang.
“ You are lucky bro. Wake up already.”
Kay merenung sekejap sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku diatas katil itu. Wayar berseliratan, kali pertama dia merasakan dirinya menang. Tetapi kemenangan yang tidak jujur. Dia sanggup menjaga wanita milik lelaki yang terbaring itu sekiranya jodoh mereka pendek.
“ Aku doakan kau cepat sembuh Harris. Bangun cepat, nanti aku culik May bawak lari barulah kau menyesal.”
“ Dah la ugut suami aku. Nanti dia bangun habis kau.”
May berkata sekadar bergurau. Dia tahu Kay ikhlas mendoakan yang terbaik untuk dia dan suami.
“ Baby, jaga your mama. She's a tough one.”
Kay menunduk sedikit dan berkata sebelum dia berlalu keluar. Aimee pula mengusap lembut perut May yang sememangnya jelas menunjukkan ada insan kecil sedang menumpang didalam tubuh sahabatnya itu.
“ Tak sabar auntie nak jumpa baby. Jaga mama baby tau. Bye babe.”
May memeluk Aimee sekali lagu sebelum sahabatnya turut pulang meninggalkan dia dan suaminya.
“ Abang dengar tu? Kay nak culik May. Jadi abang kena bangun cepat. Esok May nak tengok baby kita.”
May mengucup dahi Harris yang berbalut kain. Dia duduk menunggu untuk jururawat bertugas masuk dan menyuntik dos ubat harian Harris. Sehari lagi dia di hospital.
Bersambung
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...