[ BAB 5 ]

18.2K 381 7
                                    


“ Tolong aku Kay... nak mati dah aku rasa. ”

Khalif memandang kosong kearah bos lembiknya itu. Baru masuk seminggu berpuasa dah mengadu nak mati. Start hari ketiga puasa dia asyik membebel. Selalunya bulan puasa minah lembik ni tak masuk office. Tapi disebabkan mummy si May ni tiada di rumah gatal pulak budak lembik ni nak datang office.

“ Kau ni May, berbuka lambat lagi kut. Yang drama sappy sangat ni apahal? Kau miss sahur ke? ”

Buku design ditangan Khalif letak diatas meja. Bos lembik yang sedang terlentok diatas sofa dia perhatikan. Pucat.

Tapi minah ni memang everyday pun pucat!

“ Aku just minum air dan kurma je. Perut aku tak bagi benda lain masuk. Dah tiga hari aku berbuka dengan kurma beb. ”

Membulat mata Khalif. Ini dah masuk kes serius ni! Patutlah muka pucat semacam.

“ Dah tu? Berbuka je lah. Nanti memudaratkan diri berdosa. ”

May menggeleng laju. Ikut sedap jiwa je suruh aku berbuka. Yang kena ganti aku!

“ Dah tu? Kau nak makan apa berbuka harini? Aku belikan even kena beratur panjang aku sanggup. Kalau kau mati aku jugak yang rasa bersalah sebab kau spend waktu-waktu akhir kau dengan aku tau! ”

Besar kecik je muka si Khalif ni. Ikutkan rasa nak je aku sepak. Tapi kalau ikutkan tenaga ni nak maki pun tak larat.

“ Aku nak... ”

Belum sempat May menghabiskan kata tubuh itu terjelepuk jatuh ke lantai. Khalif yang tadinya statik terus panik!

“ Weyh minah!!! Tolong!! Anis, masuk dalam kejap! ”

Pekerja mereka yang menanti diluar pejabat segera berlari anak masuk. Memang pintu pejabat terbuka luas andai mereka berdua sama-sama di dalam.

“ You tolong papah Cik May, I call tunang dia. Kita bawak pi hospital. ”

Anis tanpa banyak soal terus memapah bos keciknya itu. Iyalah dia bertubuh tinggi dan sedikit gempal, manakala bosnya itu hanya 158cm dan kurus.

.....

“ Waalaikumussalam. Ya? Okey saya gerak. ”

Telefon ditangan terus disumbat ke dalam poket. Kerja-kerja pejabat yang sedang disiapkan dia tinggal begitu saja.

“ Ayu, saya off untuk petang ni. My fiancee in hospital. ”

Harris berjalan laju. Tipu kalau kata dia tidak bimbangkan si tunang yang hanya bersua muka seminggu lepas. Walaupun belum ada erti suka atau cinta, sedikit sebanyak gadis cilik yang berani itu mencuit hatinya.

“ Macam manalah boleh pengsan. Ingatkan kuat sangat sebab berani pinang aku, rupanya lembik. ”

Setelah sampai di parkir hospital dia menghantar pesanan ringkas kepada mummy dirumah. Manalah tahu jika Puan Sri Diane nak melawat bakal menantu kesayangan. Dia baru tahu bahawa mummy sangat berkenan dengan si May tu. Selama ini tidak pula mereka dikenalkan.

.....

“ So sekarang ni macam mana? Nak berbuka dah ni. I pun nak balik. ”

Khalif yang tadinya hanya berbual kosong dengan tunang makcik yang masih tak sedar-sedar dalam ward berkata.

“ You baliklah. I tunggu dia, lagipun kejap lagi mummy I sampai. ”

Harris menilik jam tangan. Sejam sebelum berbuka. Dia pun sudah tidak sabar. Pagi tadi tak sempat sahur!

“ Kalau macamtu baguslah. I gerak dulu. Lepas May sedar tell her that she didn't have to come to work for a while. ”

Khalif bersalaman dengan Harris. Pergh memang hensem mamat ni, patutlah si May pilih dia buat laki.

“ Happy Iftar. ”

Harris mengucap sepatah yang dibalah sepatah jua oleh Khalif. Sebaik sahaja susuk tubuh rakan sekerja tunangnya itu menghilang dia duduk kembali. Sekadar menanti diluar ward. Bahaya berdua-duaan even cop tunangan dah rasmi.

“ Nampaknya tak jadilah nak jumpa nanti hari nikah. Kuat betul tarikah jodoh aku dengan dia. ”

Harris mengusap muka hingga ke rambut. Lengan kemeja dilipat  hingga kesiku. Lambatnya mummy!

“ Rissy!!! Mana menantu mummy? ”

Harris hampir terkejut, hampir. Boleh mummy menjerit di lorong hospital ni. Buat malu je.

“ Mummy. ”

Tangan dihulur untuk bersalaman lalu dia mengucup pipi mummy ala kadar.

“ Mana May? ”

Harris menjulingkan matanya. Nampaknya aku dah turun pangkat.

“ Ada kat dalam tadi belum sedar lagi. ”

Puan Sri Diane laju melangkah masuk kedalam ward. Bakul berisi juadah berbuka dia tinggal diatas kerusi diluar. Pandai-pandailah Harris mengangkutnya.

“ Astaghfirullah, pucatnya budak bertuah ni. Rindu mummy dia ke sampai jadi macam ni? ”

Puan Sri Diane mengusap lembut dahi May. Pucat sungguh!

“ Hmmmm... ”

Mendengar bunyi yang keluar dari bibir biru milik gadis yang kaku itu menyebabkan senyuman Puan Sri Diane lebar.

“ Tengok ni, dia tahu bakal mummy baru dia datang. May? Bangun jom, dah nak berbuka ni. ”

Ayat yang dipertuturkan mummynya membuatkan Harris mencebik. Dengan Qaira dulu tak ada macam ni. Dilayan acuh tak acuh adalah. Yang budak ni pun satu, masa nak berbuka lah sedar tadi tidur mati, doctor gerak pun tak bangun.

“ Ehh... ehh?? Auntie? ”

May yang baru tersedar terus tegak duduk namun jatuh kembali apabila kepalanya sakit.

Shit..

Macam mana bakal mertua aku ni boleh ada kat sini? Kat mana ni?

Terkebil-kebil mata May memerhati sekeliling. Kemudian dia kaku.

Alabapak! Mamat ni pun ada sekali, malunya sah muka tak semengah.

“ Ha sedar dah, baguslah kejap lagi nak berbuka. Kami berbuka kat sini. ”

Wanita yang berumur 50-an itu laju sahaja berceloteh sambil dengan cekapnya menghidangkan juadah berbuka di meja kecil yang tersedia di sudut bilik. Yang anaknya pula berdiri serupa patung.

“ Eh kamu ni Harris! Tolonglah May tu, tak nampak dia nak turun katil tu. ”

Marah Puan Sri Diane. Kenapalah anaknya ini hati batu kering kontang? Dulu ada lah juga sweetnya. Atau anaknya itu masih tak redha dengan takdir yang tersurat?

“ Tak apalah Auntie, boleh je turun ni. ”

May melangkah turun dengan perlahan. Perit je rasa tangan yang dicucuk jarum. Nampaknya kena ganti puasa sehari dah! Nak nangis pun ada rasanya.

“ Saya tolong. ”

Harris melapik tangannya dengan tuala kecil sebelum dia memegang lengan gadis itu. Kesian pula tengok jalan terhuyung-hayang macam nak tumbang. Bukan nak ambil kesempatan, just nak tolong.

“ Ha tunggu apa lagi? Makanlah. ”

Paun Sri Diane yang menyedari May hanya menjamah air kosong dan kurma sibuk mencedok nasi.

“ Auntie, arr Mummy dengan Harr eh Abang jelah makan. May gastrik kalau makan nanti termuntah susah pula. ”

Harris buat selamba. Dia tak nak makan dia rugi. Mummy punya masakan power tau! Dah serupa melayu celup pun ada!

“ Ish apa pula. Mummy siap masak bubur lagi. Kalau tak makan sekarang kejap lagi makan. ”

Mendengar kata-kata tegas bakal mertuanya itu May mengangguk kalah. Alahai muntah pula aku malam ni. Sempat lagi dia mencuri mata memandang Harris yang sedang kusyuk makan. Lapar gamaknya.

Asyik tersasul je panggil dia Harris and panggil mummy Diane tu Auntie. Mummy... I miss u soo damn much!

May tersenyum melihat dua orang keluarga barunya itu. Mujurlah bakal bapa mertuanya tidak turut sekali ke rombongan Puan Diane berbuka di hospital!

Bersambung

MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now