“ Ermm May balik rumah je lah. Tak perlu kut tinggal rumah aunty, eh mummy. ”
Laju sahaja tangan aku menepuk mulut. Eii, kenapa susah sangat nak panggil Auntie Diane ni mummy? Tak sampai sebulan lagi nak kahwin dengan Mat Saleh separuh kat tingkat bawah tu kut!
“ Apa pula? Maisarah dah pesan suruh mummy tengok-tengok May. Kalau May sakit nanti mummy juga yang susah, kamu tu tengah darah manis. ”
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Alamak... apasal mummy pergi pesan kat mummy baru ni?
“ Duduk saja sini, bukannya orang lain pun. Nanti kena balik rumah mummy juga. Harris tu bukan boleh berenggang dengan mummy. ”
Mata aku alihkan mencari kelibat si galah panjang yang sedang bermain game. Dua hari di hospital dua hari aku tak berpuasa. Nasiblah pagi tadi dah dapat greenlight untuk puasa. Tak sanggup nak tinggalkan puasa lama-lama. Yang kena ganti aku juga.
“ May rehatlah dulu dekat nak berbuka mummy panggil. ”
Aku terus bangun mengekori mummy si Harris ni. Malu pula datang rumah orang bergoyang kaki. Kalau cik abang kat bawah tu tak apalah. Untung jadi lelaki tak perlu masuk dapur tak ada yang nak mengata.
“ May ikutlah, bosan asyik terperuk atas katil. ”
Lengan mummy itu aku paut. Terubat sedikit rasa rindu kepada mummy yang berada ditanah suci.
.....
“ Mummy masak gulai tempoyak? ”
Aku separuh bertanya. Ini yang lemah ni, bau tempoyak, durian and whatever lah.
“ Haah, Harris nak makan. May kena belajar tau nanti dah kahwin senang. ”
Laju sahaja bakal mak mertua aku ni ingatkan. Aduhh kenapalah si mat saleh ni minat tempoyak?
“ Alah kalau Harris teringin nak makan Harris datang rumah mummy. Tak ada yang boleh lawan cara mummy masak. ”
Selamba badak saja si tubuh tinggi lampai itu berkata selepas selesai mengangkat segala dulang yang berat. Makanan yang dimasak oleh Mummy Diane ni macam keluarga ada 10 anak. Aku rasa Harris tu lone ranger!
“ Assalamualaikum! ”
Suara lelaki yang agak garau mengejutkan aku yang sedang duk tilik lauk pauk atas meja.
“ Daddy. ”
Susuk tubuh yang rendah sedikit daripada si encik bakal suami mengintai ke ruang makan. Aku sekadar tersenyum membalas pandangan bakal daddy mertua yang sememangnya nampak cool. Pergh kalau Harris ni tak ada, daddy dia pun boleh jadi calon. Even dah tua still hensem!
“ How are you? Still sick? ”
Lelaki yang berambut lebat dan berkulit sawo matang itu bertanya sebaik sahaja melabuhkan duduk. Muka melayu tapi hidung agak mancung, maybe dah ada kacukan. Memang patutlah si Harris ni hensem.
“ Totally fine! ”
Aku menjawab ceria. Iyalah dah dapat puasa.
“ Iyalah tu padahal jalan pun senget-senget lagi. ”
Sempat telinga aku menangkap suara sumbing yang memerli. Eh mamat ni tak sayang mulut betul!
“ Ha, tunggu apa lagi tu Harris dah nak azan ni. Baca doa. ”
Mendengar arahan mam besar Diane, terus sahaja si Harris ni angkat tangan lalu membaca doa. Selesai mengaminkan doa azan berkumandang maka bermulalah sesi melantak oleh mamat gergasi tak cukup 2 cm nak cukup 2 meter tu.
“ Mummy, sudukan ikan patin tu. ”
Selamba sahaja pinggan diangkat oleh Harris. May yang duduk setentang dengannya itu sudah ingin muntah.
Eii gelinya aku, boleh dia makan bertambah-tambah? Aku nak habiskan bubur ayam ni pun tak sanggup sebab terbau tempoyak dia. Nasib baiklah aku ada alasan still kena makan bubur kalau tak mampus nak menjawab itu ini sebab tak makan tempoyak.
“ May, kami dah bincang. Kalau kita langsung nikah dan nanti baru buat reception apa kata May? ”
“ Hukk Uhuk!! ”
Tersembur bubur yang sedang aku kemam dari tadi. Euww gelinya!
“ Kamu ni Dee, kesian budak tu. Kalau iya pun tak sabar nak menantu tunggu lah dia telan habis dulu makanan dalam mulut. ”
Daddy si Harris menegur. Pak cik tu pula buat muka selamba. Siap boleh makan puding jagung lagi. Kalau aku sah tak dapat telan makanan dah. Gila kut, orang baru lepas sembur bubur yang nampak macam muntah. Boleh mamat tu chill makan puding jagung tu?
“ Ermm May rasa tunggu dulu kut. Tak sedia lagi nak galas tanggungjawab seorang isteri. ”
Aku menjawab jujur. Almaklumlah, bukannya aku tak sedia tapi rahim aku yang belum sedia. Aku dah kira ngam-ngam kut bila waktu subur. Suplemen pun baru start makan. Kalau nikah awal and mamat ni terkam aku tak pasal-pasal terjerat.
“ Kalau macamtu tak apalah. Mummy bukan apa, tak sabar nak ada menantu, boleh buat jadi peneman mummy. Harris dengan Daddy dia ni bukannya layan mummy pun. ”
Wanita berwajah Irish itu berkata. Siap dengan duckface kau tau! Kalau mummy aku Dato' Maisarah tu yang buat, mahu aku gelak sakan!
“ Okeylah mummy, May naik rehat dulu. Skip terawih malam ni. ”
Terasa membahang muka ni bila sampai part skip terawih. Kali ni dah tiga kali aku skip in a row. Bukan apa takut duk terawih tiba-tiba jatuh tersungkur. Tak pasal-pasal kenduri arwah menantu pula mummy si Harris ni, tak jadi kenduri sambut menantu.
“ Eloklah tu, rehat. Wajib jaga kesihatan lagi daripada buat terawih. ”
Daddy or should I say future father in law dah berkata, ayuhlah kita naik terbongkang atas katil selepas selesai hal yang wajib.
“ Isyak dulu sebelum tidur. ”
Sempat aku dengari pesanan ringkas penuh makna bakal imam aku. Well sorry but not sorry, I only want your one particular cell that can do magic for me. I need a child that need half of your DNA duhai Muhammad Harris Evan.
Bersambung
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...