[ BAB 23 ]

9.5K 263 0
                                    

Hari ini giliran ibu mertuanya pula yang menjaga Harris di hospital. Keadaan kesihatan May yang agak goyah membuatkan dia perlu banyak berehat. Sudah seminggu berlalu sejak dia mengetahui jantina anak dalam kandungannya namun suami tersayang masih belum sedar. Masih segar diingatannya dia bercakap seorang diri dengan suaminya yang terbaring koma.

...

“ Abang, baby kita boy. Mesti iras abang. Tadi waktu scan panjang betul kaki dia. Patutlah perut May dah besar sangat, anak abi ikut abi punya tinggi.”

Tangan Harris yang agak sejuk dia genggam erat. Mujurlah Ben sekadar menunggunya diluar bilik wad suaminya ini jikalau tidak agak kekok hendak mengadu tentang harinya.

“ May bawak gambar untuk abang tengok. Buka mata cepat sikit tau, May dan baby tengah tunggu abi bangun ni.”

May melepaskan genggaman tangannya sebelum dia bangun untuk keluar. Sejam lebih bercakap dan membersihkan badan suaminya. Masa untuk pulang, kesian driver tak berbayar yang setia menunggu.

...

“ May?”

Tidak dia sedari pintu bilik telah pun dikuak dari luar. Kelibat daddy dapat dia lihat terjenguk sedikit.

“ Hmm, daddy. Ada apa?”

May yang sedang bersandar di papan katil bertanya. Mujurlah bukan Ben yang mengetuk, kalau tidak gelabah nak sarung tudung.

“ Turun makan jom, Daddy dah belikan pizza yang May nak makan tu.”

May tersenyum nipis sebelum mengangguk lalu bangkit dari katil. Daddy mertuanya terlebih dahulu turun sementara May menyarung tudung. Ikutkan hati mahu sahaja dia balik kerumah suaminya namun keluarga suaminya itu tidak membenarkan.

“ May, mari makan.”

Sekali lagi daddy mempelawa. May mengangguk laju lalu turut duduk dimeja makan.

“ Ben tak makan ke dy?”

May bertanya sepatah sekadar memecah kesunyian. Agak kekok kalau hanya mengunyah. Sudahlah daddy yang belikan dan hidang diatas meja. Untung badan dapat bapa mertua seperti daddy.

“ Dia dah ambik sebiji bawak masuk bilik. Tengah makan la tu.”

May mengangguk faham. Asyik mengangguk sahaja kerja sudah seperti belatuk pula.

“ Daddy nak cakap sikit dengan May ni.”

Selepas suasana kembali senyap buat seketika daddy yang tadinya sibuk mengunyah akhirnya mula bersuara.

“ Ada apa dy? ”

May bertanya polos. Sudah dua keping pizza dimakan olehnya dan tangannya kini mencapai kepingan ketiga.

“ Harris.”

Satu nama itu membuatkan jantung May berdegup kencang. Kenapa dengan suaminya? Adakah...

“ Harris sebenarnya ada ketumbuhan di bahagian otak.”

Mendengar ayat yang dipertuturkan oleh daddy itu terus terjatuh kepingan pizza ditangan. Seluruh badan terasa lemah. May menarik nafas panjang sebelum kembali mengangguk sedikit tanda dia akan terus mendengar.

“ Pembedahan haritu bukan untuk buang darah beku sahaja. Tapi doktor buang ketumbuhan kat otak Harris.”

Tan Sri Irfan meneguk air sebelum menyambung. Agak sukar hendak berterus terang memandangkan menantunya itu sedang berbadan dua dan tidak sepatutnya stress.

“ Jadi, sebab penbedahan nak buang ketumbuhan tu, sebahagian otak Harris terjejas dan perlu masa untuk pulih. Dia tak ingat banyak perkara.”

May menarik nafas sebelum beristighfar. Dugaan apa pula ni.

MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now