[ BAB 20]

12.1K 276 4
                                    


“ Bangunlah, bangun. I'm bored. Abang, can you wake up now? ”

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi namun encik suami kesayangan May masih belum bangun. Pelik. Biasanya jika ada hari cuti lelaki itu memang akan tidur sebentar selepas subub tetapi tidaklah sampai pukul 10. Paling lewat sebelum jam mencecah 9 pagi lelaki itu sudah bangun dan sibuk dengan segala aktiviti disekeliling rumah.

“ Abang bangun.”

May menggoncang halus badan suaminya yang tidur tertiarap. Dia yang kelaparan sudah turun kebawah namun ke dua-dua mertuanya sudah keluar.

“ Abang? Abang??! Please, please don't do this. Bangunlah!”

Suara May mula bergetar apabila merasakan Harris hanya kaku. Dia sedaya upaya mencuba untuk membalikkan badan suaminya yang kaku seperti mayat.

“ Abang? Harris, jangan bergurau dengan May.”

May terkejut. Sememangnya suaminya itu kaku namun nadinya masih ada. Dia segera menekan telefon.

“ Hello, tolong datang ke alamat saya. Suami saya!! Dia tak sedarkan diri. Cepat!”

Selesai menelefon dia cuba menyedarkan Harris. Habis cara dicubanya.

“ Abang. Wake up please. Our baby want to hear your voice. Please?”

Setitik demi setitik air mata May jatuh. Namun dia hanya senyap. Tidak mahu menjerit. Mulutnya hanya mampu berdoa disamping tangannya memastikan Harris masih bernafas dan jantung lelaki itu berdegup.

“ Mummy!”

Hampir sepuluh minit dia menanti barulah teringat akan mummynya.

Telefon dicari lalu dia mendail laju. Serentak itu dia terdengar bunyi siren ambulan. Hatinya berbelah dua diantara ingin meninggalkan suaminya bersendirian dibilik untuk turun atau tidak. Pasti pasukan penyelamat akan naik.

“ May, why?”

Dato' Sri Maisarah yang mengangkat panggilan pantas bertanya. May mula menangis teresak-esak. Dia takut!

“ Mummy, tolong teman Harris. May nak turun sekejap.”

Telefonnya diletakkan bersebelahan kepala suaminya sebelum dia berlari laju turun ke tingkat bawah dan membuka pintu untuk pasukan penyelamat yang bergegas naik keatas.

“ Puan, bertenang. Duduk dahulu biar kami uruskan.”

Hampir sahaja May jatuh terduduk tatkala lengannya ditarik untuk duduk dan berehat.

“ Saya nak naik ambil telefon saya. Lagipun suami saya kat atas tu.”

May berkata dalam nada tenang. Kesan air mata dia kesat dengan tangan.

“ Saya faham puan risau. Tapi saya lagi risaukan keadaan puan. Saya teman puan keatas.”

Petugas perempuan itu berjalan mengiringi May untuk naik keatas. Sesampainya mereka di bilik suami isteri itu Harris sudah pun diletakkan diatas pengusung dan lelaki itu turut dipasang alat bantuan pernafasan.

“ Puan ambil dokumen penting suami puan dan ikut kami naik ambulans.”

Petugas yang bertugas memberi pertolongan kecemasan kepada Harris memberitahu sebelum dia dan rakan setugasnya mengusung lelaki itu ke bawah. May pula hanya mengangguk dan mencapai beg dompet suaminya dan beg tangannya sendiri sebelum mengambil kedua-dua iPhone diatas katil. Tudung sarung yang senget tidak dibetulkan. Langsung tidak kisah akan penampilannya.

“ Jom.”

Sepatah sahaja yang keluar dari mulut May sebelum dia mengikut petugas perempuan tadi. Pintu rumah sempat dikunci sebelum dia turut menaiki ambulan. Sepanjang perjalanan dia hanya mampu berdoa disamping menggenggam erat tangan suaminya yang masih tidak sedar. Nasib baik keadaan suaminya itu tidak semakin kritikal dan mereka sempat sampai ke hospital.

MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now