[ BAB 2 ]

19K 332 8
                                    

Another hell of a morning.

Mata yang sembab akibat berjaga semalam Dia gosok sedikit kuat. Kaki terasa berat, malasnya nak pergi pejabat.

" May, bersiaplah cepat nanti lambat pula mummy. Ke May nak drive sendiri? "

Dato' Maisarah yang sudah cantik berpakaian jubah moden berwarna baby pink dengan selendang manik hot fix berwarna putih berkata lembut. Anaknya itu memang liat nak bangun awal!

Kepala yang tidak gatal May garu perlahan. Jam di dinding di kerling sejenak. Lapan pagi.

Alah masuk lewat sikit lah harini. Gumam May dalam diam.

" Mummy pergi dulu lah, May drive sendiri. Kesian Pak Abu nak hantar dua kali, tak jimat pun minyak. "

Mummy yang sedang menanti mencebik sedikit.

" Lain kali inform lah awal, ni tidak. Pagi ni baru nak bagitahu, kalau mummy tahu May nak masuk lewat mummy dah pergi pukul 7 tadi. "

Aku tersengih kambing. Manalah aku tahu yang mood harini nak masuk lewat. Lagipun tinggal final details je nak siapkan.

" Sorry mummy, May rasa letih pula harini. "

Tangan Dato' Maisarah yang dihulurkan pantas disambut May. Dia mencium pipi mummynya itu.

" Eii masamlah, pergi mandi. Breakfast dah siap, mummy goreng Char Kuew Teow. "

Senyuman lebar terus aku ukirkan buat mummy. Ni yang sayang lebih ni!

" Thank you mummy, love you! "

Laju sahaja aku melompat turun dari katil. Tangga aku turuni dengan laju, berdebar pula rasa! Char Kuew Teow mummy is the best in the world!

" Mummy ada launch dengan Datin Diane, nak mummy tanya pasal anak teruna dia? "

Suara mummy yang kedengaran sayup-sayup aku beri perhatian sepenuhnya. Mummy nak pinangkan betul-betul!

" Mummy tanyalah, lagipun mesti Datin Diane tu teringin nak menantu. Setahu May, tahun lepas Harris putus tunang. "

Aku menjawab laju. Mummy yang sedang memakai stilletto putih tergelak kecil. Kepalanya tergeleng-geleng, takkanlah nak buat tarian Bollywood pula?

" Cepat je May siasat. Tak habis-habis lagi sikap curious tu! "

Mummy berkata sebelum dia melambai lembut. Kagum.

Itulah perasaan yang sering aku rasakan setiap kali melihat raut wajah mummy yang yakin. Walaupun telah banyak dugaan yang ditempuh, mummy tetap tabah. Kekayaan yang dimilikinya tidak pernah digunakan untuk kepentingan, sebaliknya mummy amat gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

" Mummy pun dah pergi, time to clean up! "

Pinggan yang kotor aku basuh sebelum aku berlari keatas untuk membersihkan diri dan mandi. Rasanya kena pergi salun petang ni, kerinting rambut dah lurus, dye pun makin hilang. Nak dye warna apa agaknya?

Belum sempat aku memulas tombol pintu, getaran halus didalam poket seluar menarik perhatian.

Aku terus menyeluk poket untuk mengambil objek yang sedang berjoget ala-ala goyang dumang.

Kay.

Nama yang tertera aku baca perlahan. Memang anugerah pemanggil terbanyak dimenangi oleh Kay.

" Waalaikumussalam, ada apa? "

Telinga yang sudah mulai pedih aku tadahkan untuk mendengar omelan Kay dihujung talian.

" Kejap lagi aku sampai. Nanti aku bagitahu final decision. Rileks la, tak lari kemana pun. "

Setelah selesai berkata aku mematikan talian. Memang aku nampak seperti tidak serius, namun apabila mengaitkan kerjaya dan urusan peribadi aku amat serius orangnya.

Tuala yang tersangkut di penyangkut aku ambil sebelum kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik air. Sayangnya, kalau masih awal sudah jadi badak berendam aku hari ni!

Apakan daya, Kay dah bising. Jadi ada baiknya aku cepat!

Bersambung

MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now