“ Sayang. Sayang, abang cari ni. ”Penuh keterujaan Harris apabila tiba di rumah selepas seharian penat bekerja. Boleh dikatakan hampir 12 jam tidak mendengar suara isteri tersayang. Teringat lagi kenangan malam semalam. Selepas berita gembira mengenai kandungan isterinya terbongkar dia memulakan rutin bacaan Al- Quran disisi isterinya agar anak mereka menjadi rapat dengan agama sejak awal.
“ Assalamualaikum! Bahh! ”
May menyergah Harris dari belakang namun tiada riak terkejut pun yang ditunjukkan oleh suaminya itu.
“ Tak best. Buat la terkejut. ”
May menarik muncung. Naik kejang kaki dia duduk tercongok dibelakang pintu boleh pula suaminya itu tidak terkejut?
“ Hahaha, Waalaikumussalam sayang. Sayang sihat harini? Anak Abi sihat? ”
Harris ketawa kecil sebelum mendakap erat tubuh May yang semakin montel. Tangan kanannya diletakkan diatas perut si isteri yang mula membujur. Pelik, sebelum dia tahu bahawa isterinya itu mengandung, tidak pula matanya nampak perubahan saiz perut wanita tersayang itu.
“ Sayang, bila next appointment? Abang tak sabar nak tengok anak kita dah besar ke belum. ”
May sekadar menjongket bahu. Malas memberitahu tarikh-tarikh appointment. Tiba hari dan masa dia akan mengajak suaminya itu secara mengejut nak uji sejauh mana kesanggupan insan bernama Muhammad Harris Evan.
“ Mana durian? ”
Garang bunyi suaranya. Harris tersengih seperti kerang busuk.
“ Tak beli la sayang, kan dah makan semalam. Kalau makan everyday nanti kencing manis. ”
Harris menegang erat kedua-dua belah tangan May. Muka May jelas menunjukkan rajuknya. Dah dia rasa nak makan. Selama ini sepanjang hidupnya mana dia makan durian disebabkan baunya. Tetapi lepas dah berbadan dua ini dia dapat menahan bau durian malah lebih berselera.
“ Mummy Dee ajak kita dinner rumah sana. Bermalam sekali sebab katanya esok pagi nak ajak sayang bersenam sikit. Boleh? ”
Tiada jawapan, hanya mata yang menjeling tajam dan senyum ketat yang diberikan.
‘ Aku minta belikan durian tak beli, kalau aku tahu aku drive sendiri pergi beli. ’
Merajuk, memang amat-amat merajuk. Tidak putus-putus May bermonolog sendirian. Langsung tidak dia hiraukan pelawaan suami yang setia menunggu jawapan keluar dari mulutnya.
“ Sayang? Jom bersiap, nak pergi rumah mummy dan daddy ni. Jom. ”
Harris memimpin tubuh isterinya yang membatu itu. Akibat May yang tetap membatu, dia mencempung tubuh montel itu naik ke bilik.
“ Lepaslah! Tak suka la buat macam ni! ”
May meronta agak kuat. Namun disebabkan suaminya yang sedang menaiki tangga dia akur dan diam. Bimbang sekiranya suaminya itu tersalah langkah, nyawa anak dalam kandungannya akan berada dalam bahaya. Tidak mahu merasai pengalaman keguguran anak pertama dan terakhir.
“ Dah pergi siap. No sulking. Nak pergi rumah mummy dan daddy or nak terperap dalam bilik ni dengan abang. Your choice. ”
Harris mencapai kain tuala yang tersangkut lalu masuk kedalam bilik air untuk mandi. Letih semalaman berjaga menyiapkan urusan dipejabat. Mujurlah isterinya dirumah tidak melarikan diri selepas ditinggal sebaik sahaja matanya dipejam.
.....
“ Mummy Dee, Harris tak belikan May durian. Nak makan sangat ni, craving. ”
Sebaik sahaja tiba dan menyalami kedua-dua mummy dan daddy mertuanya, May terus mengadu. Mukanya yang cemberut cuba dikekalkan ibarat tidak dapat langsung merasai raja buah tersebut.
“ Harris....! ”
Panjang meleret Datin Sri Diane memanggil anak lelaki tunggalnya itu. May tersenyum kecil melihat mummy mertuanya itu menyebelahi dirinya. Maklumlah, ibu mengandung privilege yang diberi lebih.
“ Tapi mummy, nanti kena kencing manis la kalau makan durian banyak. ”
Harris membela diri. Bukannya tak sayang isteri tapi sayang pun perlulah berpada-pada jangan sampai memudaratkan.
“ Tak apa May, nanti daddy pergi belikan. Kita makan puas-puas tapi kena janji lepas ni kontrol sikit makan durian tu. Nak baby sihat kan? ”
Kini giliran Daddy mertuanya pula yang memujuk. Sesungguhnya dia rasa disayangi dalam keluarga kecil ini.
“ Jom daddy, tinggal je Encik Harris Evan ni. Kontrak baru diantara May dan daddy je plus mummy Dee bonus. ”
May menarik tangan daddy dan mummy mertuanya itu dan meninggalkan Harris untuk mengangkut beg besar milik mereka berdua. Entah baju apa yang dibawa oleh May sehingga memerlukan beg yang begitu besar.
“ Harris naik atas jap simpan beg. ”
Walaupun tiada yang memberi perhatian tetap juga Harris memberi tahu. Haih, apabila anak sendiri di anak tirikan. Untung badan si menantu tu.
“ May dah tahu baby girl atau baby boy? ”
Soalan cepumas daripada mummy mertuanya itu May jawab dengan gelengan laju.
“ Belum lagi my, nanti 20 minggu baru nak check sebab waktu tu baru jelas sikit. ”
Sempat May mengusap perutnya yang ternyata semakin membesar. Sebelum dia berterus terang tentang kandungan itu, perutnya hanya sedikit buncit namun sejak 2 minggu dirumah terus seperti belon cuma belum ditahap ingin meletup.
“ Elok juga tu, boleh beli barang sikit. ”
Sampuk daddy yang sedang ralit membaca surat khabar. May turut mengangguk setuju sambil mengunyah salad buah.
“ Eii, gigihnya dia mengunyah. ”
Harris yang geram melihat wajah comel May mengunyah mencubit lembut pipi tembam milik isterinya itu.
“ Sakit la! Mummy, see him. ”
Ternyata tidak salah lagi tekaan Harris bahawa May adalah anak manja. Begitu mudah dia mengadu kepada mummy Harris umpama dia adalah anak kandung Datin Sri Diane dan Harris pula adalah menantu.
“ Don't disturb her, she's eating right now. ”
May menjelirkan lidahnya sedikit namun tidak dilihat oleh kedua-dua mertuanya. Hanya Harris yang tertawa geli hati dengan kerenah kebudak-budakan isteri kesayangan itu.
“ Harris pergi kejut sepupu kamu. Dari subuh tadi mummy ketuk pintu masih tak dibuka. ”
Arahan mummy membuatkan Harris pening.
“ Biarlah dia nanti dia keluar la. ”
Harris cuba mengelak. Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini dengan manusia berambut perang paras bahu didalam bilik tetamu itu.
“ Do it. Boleh May kenal, suruh dia mandi dan pakai baju elok sikit tak payah nak seksi. ”
Giliran Tan Sri Hanafi pula yang memberi arahan. May hanya menjadi pendengar setia.
‘ Sepupu? Owh yang tak dapat datang kitorang kahwin tu kut. Tapi biar betul, pompuan mana yang pukul 12 tengahari masih berselimut??? ’
Desis hati May namun muka yang manis tetap dia tayangkan. Bimbang tersilap tafsir tidak ke malu?
Bersambung
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...