May memandang kosong kearah bubur yang sedang berwap nipis. Dia tiada selera untuk makan apatah lagi kerana tekaknya yang terasa perit akibat menelan air yang mengandungi klorin. Bodoh pula terasa apabila dia sendiri yang hampir membahayakan nyawa diri dan anaknya.
“ Sayang, makan sikit. Pucat sangat muka tu. Abang suapkan.”
May hanya buat tidak dengar. Sengaja dia pekakkan telinga. Idea siapa entah yang memberitahu tentang kepulangannya. Baru sahaja dia ingin melahirkan anaknya itu dengan senyap.
“ Makan sikit. Kalau tak ada selera pun please eat for our baby. ”
May tergelak kecil dan diiringi senyuman sinis. Harris hanya diam, dia tahu isterinya sedang marah.
' Waktu ni baru nak our baby. Dulu? biarkan aku saja yang jaga diri. Hati aku tak ada dia fikir.'
May bermonolog sendirian. Tangannya yang dicucuk jarum titisan air garam terasa sedikit pedih. Akibat dia banyak muntah doktor peribadi mummynya telah memasukkan air tambahan kedalam badannya. Jam yang telah menunjukkan hampir pukul 10 malam itu agak membuatkan dirinya mengantuk.
“ Saya nak tidur.”
May membetulkan badannya sebelum cuba untuk menarik bantal ibu mengandung yang telah dibeli oleh mummynya. Tangannya yang dicucuk jarum beserta wayar itu membuatkan dia sukar untuk membetulkan kedudukannya.
“ Telan vitamin dulu sayang. Lepastu minum susu.”
Harris cuba juga memujuk May yang masih berdegil tidak mahu makan. Ini bukan sahaja mendera diri sendiri tetapi turut mendera dirinya sebagai suami. Hendak marah dia bimbang hubungan mereka yang sudah tegang akan terus putus.
“ Bagi sini.”
May berkata dengan nada dingin. Pil-pil yang diletakkan dalam bekas kecil itu dia ambil dari tangan Harris sebelum menelan dengan meneguk sedikit air. Lalu dia capai gelas berisi susu yang dihulurkan lelaki itu sebelum meneguk laju.
“ Pandai pun isteri abang ni.”
Harris mengusap rambut May sebelum tangannya ditolak lembut oleh isterinya itu.
“ Saya nak tidur.”
May menarik selimut sebelum memeluk bantal yang sudah dibetulkan posisinya oleh Harris.
“ Selamat malam sayang.”
May sekadar diam. Dapat dia rasakan ciuman hangat lelaki itu yang singgah diatas ubun-ubunnya. Seketika kemudian lampu bilik malap meninggalkan hanya lampu tidur disisi katil. May memejamkan mata dan mendengar sekeliling namun hanya bunyi seseorang berbaring diatas sofa kecil dapat dia dengar. Air matanya jatuh, sakit. Suami yang pernah dia cinta berada sebilik dengannya dan lelaki itu mula berkelakuan seperti awal pernikahan mereka namun entah kenala6dia tidak mampu untuk membuka hatinya kembali.
...
“ Sayang, bangun. Subuh ni.”
Harris menepuk lembut lengan May yang lena tidur. Selepas isterinya itu lena dia turut bangun dan tidur diatas katil. Semuanya kerana dia dapat mendengar rengekan May akibat tidak selesa. Lenguh juga tangan dan pinggangnya menjadi penghadang untuk perut besar isterinya itu. Sepanjang malam dia dapat merasa tendangan kecil daripada anak mereka.
“ Hmm.. Nanti kejap.”
May merungut perlahan. Dia letih serta mengantuk. Namun dia gagahkan juga mata serta badannya untuk bangun. Wajah Harris yang putih bersih siap berkopiah itu menyambut pandangannya. Jujur, hatinya berdegup kencang.
“ Tolong.”
May menunjukkan wayar yang bersambung dengan jarum ditangan kanannya. Harris memahami maksud isterinya itu sebelum menekan klip dihujung wayar supaya sambungan wayar itu tercabut. May mendesis sedikit tanda sakit dan Harris meniup lembut.
“ Jom abang tolong.”
May hanya menurut tanpa banyak soal. Dia perlu cepat untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajibannya. Harris memerhati gerak geri isterinya itu. Selesai May mengaminkan doa yang dibaca dia menarik lengan kiri isterinya itu agak duduk diatas katil.
“ Sayang. Abang tahu abang salah. Abang dah lukakan hati sayang.”
Harris menggenggam lembut kedua belah tangan May. Dia berhati-hati agar tidak menyentuh jarum yang masih tercucuk di tangan kanan wanita itu.
“ Abang dah ingat semuanya. Abang dah ingat macam mana kita dulu. Abang benci diri abang yang lupakan sayang. Abang tak maksudkan bila abang cakap yang abang cintakan Lara.”
May hanya diam mendengar. Satu kerana dia terkejut mendengar ucapan maaf suaminya itu. Kedua, air mata lelaki itu yang mengalir jatuh membuatkan dia kaku. May bingung. Hatinya mengatakan dia perlu memaafkan lelaki itu tetapi akalnya menyuruh dia menetapkan sempadan untuk hubungan mereka.
“ Abang jujur yang tiada yang lain dihati abang selain sayang. Pemilik hati abang cuma Maysara seorang.”
Harris berkata. Kali ini matanya merenung wajah isteri yang amat dirindui. Dia merapatkan tubuhnya lalu memeluk erat wanita yang hanya diam tidak berkutik itu. Biarlah apa yang jadi, dia nekad mahu May kembali kepangkuannya.
“ Saya nak naik atas bersiap.”
May membuka mulut selepas agak lama dirinya dipeluk oleh Harris. Agak kekok bagi dirinya bila dipeluk oleh suaminya itu. Dia sedang berperang dengan diri sendiri sama ada mahu memaafkan lelaki itu atau membawa haluannya sendiri.
“ Abang teman sayang pergi check up boleh?”
Harris bertanya dengan nada lembut. Dia tahu May mudah dipujuk jika kena dengan cara. Isterinya itu mengangguk perlahan sebelum menutup pintu bilik tetamu itu. Kaki May dilangkah naik kebiliknya. Dia bersiap sambil memikirkan hala tuju perkahwinannya. Patut atau tidak dia memberi peluang ketiga untuk perkahwinannya ini? Misi baby making yang dahulu sepatutnya tamat selepas malam pertama dua dan Harris sudah kucar-kacir. Sekarang dia terikat dalam rancangannya sendiri.
...
“ Assalamualaikum Puan Maysara, Encik Harris?”
Doktor yang bernama Siti itu memberu salam tatkala melihat wajah yang sudah dua kali menunda pemeriksaan kandungan. May tersenyum sebelum mengangguk tanda mengiakan pertanyaan dokto itu.
“ Silakan duduk.”
Doktor itu mengambil buku ditangan May lalu membuka halaman-halaman yang mempunyai tandatangan doktor lain. Dia mengimbas sekilas kandungan halaman tersebut sebelum mengarahkan May untuk bangun dan menimbang berat. Keputusan darah dari makmal dia periksa lalu mengarahkan jururawat untuk memberi air glukosa kepada May.
“ Setakat ni kandungan puan normal. Tak lama lagi boleh la jumpa Harris junior. Patutlah kaki baby panjang, papa dia tinggi.”
Kata-kata doktor itu membuatkan Harris tersenyum bangga. Dia hanya pernah melihat gambar ultrasound anaknya yang berumur lima bulan. Kimi kandungan isterinya itu sudah ingin mencecah bulan yang terakhir.
“ Kita tengok baby dah membesar sampai mana. Puan boleh baring atas katil.”
May mengikut arahan Doktor itu lalu baring diatas katil. Harris yang tersenyum disisinya dia buat tidak endah. Setelah bajunya diselak dan doktor itu mula menyapu gel lalu meletakkan alat ultrasound mulut lelaki disebelahnya itu ternganga luas.
“ Anak kita sayang.”
Tanpa sedar Harris menarik tangan kanan May yang sudah ditampal pita agar tiada darah keluar selepas jarum dicabut itu lalu dia kucup. Doktor Siti yanh sedang menggerakkan alat ultrasound diatas perut May hanya tersenyum kecil. Ini barulah suasana yang sepatutnya.
“ Kita dengar degupan jantung hero kita ni sambil saya periksa.”
Suis yang ditekan oleh doktor itu membuatkan satu bilik itu dipenuhi bunyi degupan jantung yang deras dan kuat. Harris hampir menitiskan air mata namun sempat dia seka. May pula sudah basah dengan air mata namun disapu oleh Harris.
“ Saya minta encik Harris tunggu diluar sebentar boleh?”
Secara tidak sengaja doktor Siti telah menganggu saat emosional pasangan itu tetapi dia perlu memeriksa sesuatu dan dengan kehadiran suami pesakitnya agak sukar untuk dia melakukannya.
Bersambung
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...