Pagi-pagi lagi May sudah bersiap untuk pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kandungannya. Segala dokumen penting telahpun dia simpan didalam tas tangan besar yang dibawa. Dia memakai pakaian kasual bagi memudahkan urusan pemeriksaannya sekejap lagi." You balik dulu la Ben, kejap lagi kawan I sampai. Dia akan hantar I balik lepas I siap."
Jam baru menunjukkan pukul 8:45 pagi. May dan sepupu suaminya itu tiba sedikit awal.
" It's okay, I'll wait."
Lelaki berambut panjang yang diikat di belakang itu menjawab. Kalau bukan disebabkan tubuh yanh agak sasa dan tinggi lampai sudah pasti orang akan menyangka lelaki itu adalah perempuan. Namun suara yang agak garau menampakkan lelaki itu seperti Mak Nyah atau lebih tepat Jentayu.
" But, I'm okay. You balik je dulu menyusahkan je kalau tunggu lama."
Ben yang ralit meneliti telefonnya terus menekan butang off lalu memasukkan IphoneX kedalam poket seluar. Dia berpaling memandang May yang sedang memegang buku pemantauan kandungan ditangan.
" Kalau I balik pun, tetap tak ada orang dekat rumah tu. Lagipun uncle dan auntie percayakan I suruh teman you datang sini. Apa pula mereka cakap nanti?"
Ben berkata sambil menghadiahkan senyuman lebar. May sekadar mengangguk faham sebeluk dia menekan kekunci di skrin telefon untuk menyuruh Kay agar tidak datang.
" May?"
Suara yang amat dikenali oleh May itu membuatkan dia tidak jadi untuk menghantar mesej yang telah siap ditaip. Kepalanya diangkat dan Kay yang berpakaian kasual dapat dilihatnya.
" Awalnya kau sampai."
Ayat yang dituturkan May kedengaran seperti satu ayat penyata. Entah kenapa dia berasa kekok berada di ruang menunggu dengan dua lelaki ayu, opps!
" Ni ke kawan you?"
Pertayaan yang diutarakan oleh Ben May jawab dengan anggukan sebelum Kay menghulurkan tangan untuk berjabat.
" Khalish."
" Ben."
May menarik nafas lega apabila melihat kedua-dua lelaki disebelahnya itu saling berkenalan. Tidak perlulah dia menjadi orang tengah.
" Puan Maysara, sila ikut saya ke bilik Doktor."
Suasana yang mulai sepi dicelah oleh suara jururawat yang memanggil May untuk masuk.
" I ikut you."
" Aku teman kau."Serentak sahaja kedua-dua lelaki yang sedang duduk tadi telahpun berdiri. May bangun lalu menggeleng.
" Tak perlulah, bukan ada apa pun lagipun It's personal for me."
Mereka berdua hanya terdiam dan membiarkan May berlalu pergi mengikuti langkah jururawat tadi.
" Betul ke kau hanya kawan dia?"
Ruang menunggu yang senyap menjadi kekok apabila satu soalan cepu emas dikeluarkan oleh Ben.
Kay hanya tertawa kecil lalu menjawab.
" Dah tu? May business patner aku. MaiMay Jewellery tu kitorang co-founder."
" Owh."
Hanya sepatah yang dijawab oleh Ben. Kay mengerutkan dahinya. Dia ingatkan penampilannya yang kemas dan menggemari warna bertona lembut ini sudah dianggap sebagai pondan. Tapi lelaki yang duduk bersebelahannya itu lebih teruk. Rambut diparas bahu dan siap diikat kebelakang.
" I think you liked her or still do like her."
Terbuntang luas mata Kay mendengar tebakan Ben yang selamba sahaja bermain game. Mulut lelaki ayu itu agak pedas.
" Yes, as a friend."
Kay berlagak selamba sedangkan hatinya sudah berombak. Jantung juga berdegup kencang.
" Okay then. Kau balik je la dulu. Biar aku je hantar May balik, lagipun rumah yang sama juga kitorang tuju."
Ayat biasa namun penuh makna. Kay hanya diam, dia tahu sepupu Harris itu sedang memberi amaran agar menjaga batasan sebagai seorang kawan.
" Aku tunggu May siap. Lagipun aku dah ambil cuti."
Kali ini Ben pula yang terkejut. Benarlah sangkaannya bahawa lelaki yang duduk disebelah kirinya itu mempunyai perasaan kepada isteri sepupunya. Dia diam tidak menjawab. Biarlah, dia tahu isteri sepupunya itu setia.
...
" Tengok, tu dia."
Pakar sakit puan bernama Doktor Siti itu menunjukkan kearah skrin. Kelihatan seorang bayi yang mulai jelas ciri-ciri wajahnya.
" Baby sihat, panjangnya kaki dia. Mesti ikut papa dia ni."
Air mata May jatuh tatkala melihat skrin yang terpapar gambaran anak didalam kandungannya. Terus dia teringatkan Harris di hospital. Lelaki itu ingin menemaninya ke temujanji kali ini namun tidak kesampaian.
" Kita tengok baby boy ke baby girl."
Usia kandungan May yang sudah mencecah lima bulan itu memudahkan Doktor Siti untuk mengetahui jantina bayi.
" He's a healthy big boy."
May menutup mulutnya. Terharu namun dalam masa yang sama sedih dan agak terkilan. Walaupun dulu dia sudah membayangkan akan melalui perkara ini sendirian, tapi setelah dirinya jatuh cinta kepada Harris dia mahu lelaki itu sentiasa ada disisi.
Tiba-tiba bilik itu bergema dengan bunyi degupan jantung.
" Laju degupan jantung baby."
" Hmm.."
Senyuman nipis terbit dibibir May. Sempat dia membuka aplikasi rakaman dan merakam bunyi degupan jantung anaknya. Matanya masih tidak beralih daripada skrin.
" Semua okey. Puan boleh bangun."
Doktor itu berkata sebelum dia berlalu ke mejanya dan menulis didalam buku pantauan kandungan yang tadinya dibawa oleh May. Satu gambar sinar dipinkan bersama dimuka surat bertarikh hari ini sebelum Doktor itu menandatanganinya.
" Terima kasih doktor."
May berkata setelah Doktor itu selesai.
" Puan kena kuat. Saya dah bagi preskripsi dan ini gambar sonar baby. Jaga diri puan, baby sihat tapi kalau ibu yang mengandung sakit nanti akan memberi kesan kepada kandungan."
Nasihat yang diberikan May hadam sepenuhnya. Tidak sabar mahu ke hospital dan menunjukkan gambar serta memberi Harris mendengar bunyi degupan jantung anak mereka.
Keluar sahaja dari bilik doktor itu dia terus ke farmasi dan membayar kos rawatan sebelum berjalan kearah ruang menunggu. Dari jauh dia dalat lihat kelibat dua lelaki yang menunggunya itu.
" May, dah siap? "
Ben yang berpaling kearah kiri terlebih dahulu sedar akan kehadirannya. Kay pula bangun dan memberi ruang untuk May duduk.
" Kay, kau balik la. Aku pergi hospital dengan Ben je. Lagipun menyusahkan kau nak pusing jauh."
Kay hanya mengangguk. Agak kecewa tapi apakan daya dia orang lain punya.
" So macam mana? Baby sihat?"
Kay mengubah topik. Ben pula sudah bangun dan mengambil beg tote yang dibawa May. Kelihatan seperti dia pula adalah suami wanita itu.
" Baby sihat je. Tak apalah Kay, aku pergi dulu, nanti lewat pula."
May berkata tatkala melihat Ben yanh ibarat sudah tidak sabar mahu pulang. Inilah yang dia malas meminta tolong sepupu suaminya itu. Kalau sudah homebody, memang susah mahu berenggang dengan bilik dan rumah.
" Aku pun nak balik dah, tunggu kau keluar je takut apa-apa."
Kay menghulurkan tangannya kepada Ben yang disambut oleh lelaki itu. Agak kuat tangannya digenggam oleh Ben.
" Terima kasih datang."
Ben pula berkata bagi pihak May sebelum mereka bertiga berjalan keluar dan berpisah ke destinasi masing-masing.
Bersambung
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...