“ Harriz!”Muka putih kapas yang merah kemerahan itu comot dengan kesan coklat yang digomolnya. Dia ketawa terkekek-kekek melihat Uncle Ben yang menggeleng kepalanya.
“ Not nice boy, uncle is sad.”
Bulat mata anak kecil itu tatkala pakcik kesayangannya merajuk. Kanak-kanak berumur 3 tahun 8 bulan itu berlari mendapatkan pakciknya yang sedang mencangkung sambil berpura-pura menangis.
“ No, no, cry no.”
Anak kecil itu mula memuncung ibarat hendak menangis. Ben yang mulai cuak terus mendepakan tangannya untuk memeluk tubuh kecil itu.
“ Uncle Ben is not crying. Come here baby bear.”
Harriz terus memeluk erat tengkuk pakciknya itu. Tubuhnya diangkat tinggi ke udara sebelum digeletek.
“ No, no! It tickles.”
Petah sungguh mulut kecil itu berkata-kata. Jemari halus dan lembut milik Harriz melekat elok dikedua-dua belah pipi pakcik sepupunya. Ben yang mendukung anak sepupunya itu terasa agak tersentuh, teringin juga hendak menjadi seorang bapa dan mempunyai seorang zuriatnya sendiri suatu hari nanti.
“ Abi is not home. I also miss umi, Abi did not take me to see umi anymore. Abi pergi sorang.”
Ben yang mendengar luahan hati anak kecil itu tersentuh. Baru berumur kurang empat tahun tetapi anak kecil itu sudah tahu menilai aoa yang berlaku disekeliling. Ben meletakkan Harriz diatas kerusi di meja makan, dia duduk disebelah anak itu.
“ Later Abi will come home. Do you want to hear a story? ”
Pertanyaan ringkas Ben dijawab dengan anggukan bersungguh-sungguh oleh Harriz. Tidak lupa juga mengunyah biskut yang berbaki dan susu yang sudah sejuk di hirup perlahan oleh anak itu.
“ The story goes like this, once upon a time, there live a big boy named Harriz. This Harriz ada kembar, the name of his twin is Harris.”
Harriz mengangkat tangan kecilnya tanda dia mempunyai soalan.
“ Harriz is my name and kenapa nama twin Harriz is Harris? Cannot use different name?”
Ben yang tadinya serius mula ketawa. Dia mengangkat tangan tanda mengalah. Soalan yang agak luar kotak.
“ They are special like you that's why nama mereka sama macam Harriz.”
“ Owh it's true.”
Tangan kecil Harriz menyapu dagunya ibarat sedang berfikir. Dia menyuruh pakciknya itu menyambung cerita.
“ This Harriz with a Z letter, he likes to play jokes. Another Harris with a S letter always have to deal with him. Oneday, a girl mistook Z Harriz, dia ingatkan yang Harriz tu Harris. So that girl say I love you to him.”
“ Euw! It's a love story.”
Komen spontan oleh si kecil Harriz membuatkan Ben ketawa besar lagi. Dia cukup terhibur dengan segala idea dan kata-kata yang terkeluar dari mulut anak kecil itu.
“ The Z Harriz rejected the girl because he thought that the girl likes him, but he did not know the real person that the girl likes is his twin brother.”
Tenang sahaja Ben menyambung ceritanya sebelum komen spontan daripada Harriz sekali lagi muncul.
“ It's a sad love story. Kesian girl tu.”
Tanpa mengambil kisah komen anak kecil itu, Ben menyambung ceritanya.
“ So the girl avoided the real Harris after the incident but she eventually got married to him.”
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...