[ BAB 26 ]

10K 251 2
                                    


Air pantai yang menyapu pepasir itu sesekali menyentuh kakinya. May termenung menghayati permandangan matahari terbit. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Mu.

“ Akak!!! Rindunya! ”

May berpaling mendengar suara yanh dikenali serta dirindui sejak dua bulan lalu. Tangannya dia depakan untuk menyambut pelukan yang diberi oleh adik angkatnya itu.

“ Akak pun rindu Izah juga. Amboi makin berseri sekarang, ada cik abang ke?”

Pipi gebu Izah May cubit manja. Mereka berdua berjalan kearah tunggu kayu besar lalu melabuhkan punggunh diatasnya. Agak lama mereka diam sekadar menghayati suasana matahari terbit.

“ Akak datang sorang je?”

Azizah yang bingung dengan ketiadaan suami kakak angkatnya itu laju bertanya. Sudahlah dia keluar rumah pagi ini hanya memberitahu hendak ke pantai. Mujurlah nenek serta abangnha tidak banyak bertanya jikalau tidak sudah pasti sukar untuk menjawab.

“ Sorang je, Abang Harris kerja. Akak rindu pantai ni, itu yang akak datang sampai ke pahang ni.  Lagipun akak datang dengan kawan akak.”

May menjawab dilapisi satu penipuan. Dia memang rindukan pantai ini dan Sherry yang menemaninya kemari, tapi bahagian Harris biarlah rahsia.

“ Dah besar dah baby ni. Tak sabarnya acik nak tengok baby.”

Azizah mengusap perut Kay yanh sememangbya sudah 5 kali ganda saiz asal. Jikalau mengikut pengiraannya, umur kandungan itu bakal memasuki tujuh bulan.

“ Kan, sekejap je masa berlalu. Nanti akak datang pantang kat rumah Mak Imah boleh?”

Pertanyaan May membuatkan senyuman terbit dibibir Azizah. Bary sahaja dia hendak menyuarakan Idea itu tetapi kakak angkatnya sudah bertanya.

“ Boleh, boleh sangat. Yeay boleh main dengan baby! Tapi suami akak bagi ke?”

Gembira memang gembira tetapi perasaan dan izin encik suami kakak angkatnya itu perlu diambil kira. May tersenyum kecil sebelum mengangkat bahunya sedikit.

“ Entah. Boleh kut?”

May menjawab dengan satu pertanyaan. Azizah hanya tertawa dan tidak menangkap maksud dalam dua yang dituturkan oleh nya.

' Dia tak tahu pun Izah. Entah-entah dah gembira dengan si Lara kesayangan dia.'

Desis hati kecil May. Dia masih ingat memori dua hari sebelum dia datang ke pahang harini.

“ Abang nak kahwin dengan Lara, May benarkan?”

Tenang. Cukup tenang suara suaminya itu bertanya. Baju bayi yang baru dibelinya selepas pulang daripada makan sate bersama Khalif tadi dia genggam kuat. Sakit betul hatinya. Tegar benar hati Harris. Walaupun memori Harris hilang itu bukan tiket untuk melupakan perasaan cinta yang pernah lelaki itu ungkap.

' Semua lelaki sama. Baru aku tahu kenapa mummy marah sangat bila aku cakap aku rela diceraikan atau dimadukan.'

May berdehem untuk menghakang suaranya berbunyi seperti hendak menangis sebelum dia bersuara.

“ Ikut abanglah. Itukan hak abang.”

May berkata sepatah sebelum dia menarik selimut untuk tidur. Harris hanya berdiam diri. Sejak mereka pulang kerumah milik Harris ini, jarang sekali mereka tidur sekatil. Jika tidur sekatil sudah pasti jarak sedepa jauhnya. Mungkin Harris rasa berdosa jika menyentuh dirinya. May memejamkan matanya rapat. Malas memikirkan permintaan suaminya itu. Dia sudah letih, rasa ingin mengalah.

...

Akibat daripada pertayaan cepu emas dari Harris, May akhirnya tekad. Dia perlu menjauhkan diri. Keesokannya selepas suaminya itu menyuarakan hasrat ingin mengahwini bekas tunangnya May kembali ke rumah mummynya. Disitu dia menelefon Sherry yang sekarang bekerja di Johor untuk bertanya mengenai rumah yang dibeli rakannya itu jika ada bilik kosong. Sherry gembira kerana May mahu tinggal sebentar bersamanya sementara tunang perempuan itu berada diluar negeri.

“ Akak? Kuatnya mengelamun.”

Azizah yang ralit memerhati pemandangan matahari terbit turut perasan yang kakak angkatnya itu mengelamun jauh memandang pepasir pantai.

“ Haah tengah fikir masa depan dik oi.”

May menjawab sambil tertawa. Dia bangun lalu menepuk pasir dibajunya. Azizah turut bangun sama.

“ Akak balik chalet dulu. Kawan akak tunggu nak sarapan sekali.”

May menyambut huluran tangan Azizah lalu mereka berjalan beriringan sebelum berpisah ke haluan masing-masing. May berjalan ke chalet yang didiami dirinya dan Sherry sejak sehari lepas. Temannya mengajak mereka ke pantai dan oleh kerana May merindui suasana di Cherating dia mengajak Sherry kemari.

“ May, lamanya kau kat luar. Tu aku dah belikan sarapan. Lepas makan kita siap dan bertolak balik.”

Sherry berkata sambil sibuk menyapu jem pada roti. Dia adalah seorang vegetarian jadi tiadalah sarapan nasi lemak atau roti telur.

“ Allen di Sabah berapa bulan beb?”

May bertanya ingin tahu. Iyalah dia menumpang dirumah milik Allen dan Sherry. Tidak pelik jika pasangan bukan Islam itu duduk bersama sebelum berkahwin yang peliknya kalau yang Islam duduk bersama.

“ Dia disana lama juga lah, aku suka sangat bha kau nak tinggal dengan aku. Lagipun jimat bil api air aku kau bayar juga.”

Terkeluar sedikit longhat Sabah temannya itu. Mujurlah mereka sudah lama berkawan jadi May sudah masak dengan penggunaan kata longhat Sherry.

“ Bilik kau sudah ada arah kiblat. Aku sudah upah sorang kawan muslim pasangkan. Biasalah bila ramai kawan Islam datang melawat.”

May tersenyum mesra. Untungnya mempunyai kawan bukan muslim yang sensitif seperti Sherry. Setiap kali mereka keluar bersama pasti Sherry akan mengikut jadual mereka yang muslim keran mengikut dia, dia tiada tanggungjawab terhadap agama kerana dia tidak menganut apa-aoa agama. Ikutkan hati hendak sahaja Kay memujuknya memeluk Islam tetapi apakan daya selepas sekian lama mereka berkawan namun hati Sherry masih belum terbuka. Ia bertambah sukar apabila Sherry bertuanang dengan Allen yang beragama Kristian. Sudah tentu gadis itu akan menganuti Kristian.

“ Terima kasih bha Sherry.”

Sherry ketawa besar mendengar May cuba meniru longhatnya. Dia tahu temannya itu mempunyai masalah dan dia sudi menolong.

“ Nanti dirumah aku kau boleh guna semua benda kecuali cawan dan gelas. Nanti aku keluarkan set yang aku guna untuk kawan muslim aku.”

May mengangguk faham. Kedua-dua Sherry dan tunangnya adalah vegetarian oleh itu tiada daging yang haram mahupun halal dimakan oleh pasangan itu tetapi tetap sahaja mereka minum arak. Oleh itu Sherry mempunyai peti ais berasingan untuk menyimpan bir dan satu peti yang sememangnya hanya khas untuk bahan organik dan halal.

“ Aku duduk sekejap saja. Dalam sebulan, lepas tu aku nak balik kerumah mummy aku.”

May berkata jujur. Dia tiadak mahu menumpang lama. Sekadar menunggu suaminya selesai berkahwin atau apa sahaja dan dia akan kembali ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama mummynya. Sudah lama tidak menghabiskan masa bersama mummy tersayang.

“ Aku faham May. Kau nak datang bila-bila pun boleh. Kalau Allen ada pun aku suruh dia pergi lain.”

Sherry menjawab dengan nada serius. Mereka sememangnya sahabat sejati. Friends before boys, tagline squad mereka sentiasa tapi sekarang sejak seorang demi seorang mempunyai man of her dreams, squad mereka kurang meluangkan masa bersama. Apatah lagi bila dia sudah mahu bergelar ibu.

Bersambung

MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now