[ BAB 3 ]

17.5K 394 18
                                    


“ Biar betul mummy? ”

Muka mummy yang kaku itu aku tilik dalam-dalam. Ni bukan setakat 'no kidding' memang tak main langsung ni!

“ Hooray!!! ”

Aku terus bersorak kuat, gaya 'fist pump' aku layangkan ke udara.

“ Sebut Alhamdulillah May, lagi baik dan afdal. ”

Mulut aku tutup dengan kedua tapak tangan. Aih kenapalah boleh lupa, tak bersyukur langsung!

“ Maaf mummy, over excited. ”

Tangan aku tadah sebelum aku mengucap syukur. Nota minda aku tinggalkan supaya melakukan sujud syukur. Kalau ikutkan hati mahunya aku buat kenduri doa selamat terus!

“ So bila Harris nak masuk meminang? ”

Dengan selamba badak sumbu aku bertanya. Mummy yang ralit menghirup teh jernih didalam cawan hampir sahaja tersedak.

“ Kamu ni! ”

Tak semena-mena peha kanan aku dicubit, sakit dia tu ya ampun! Sampai peha kiri pun terasa pedih.

“ It's hurt lah mummy. ”

Laju sahaja jemari runcing aku menggosok perlahan tempat yang dicubit mummy.

“ Kamu ni pun, kalau betul tak sabar nak kahwin kena ada plan. Takkan nak kahwin koboi gitu je. ”

Aku mengangguk kecil sebelum tertawa. Kenapalah otak aku ni bernas?

“ Bukanke Auntie Diane dah siap tempah segala macam untuk menantu tak jadi dia? Guna ajelah apa yang ada tak baik mrmbazir. ”

Selesai berkata aku beralih sedikit jauh daripada mummy. Sayang peha oii, nanti ada cop purple free.

“ Memanglah tak membazir tapi mahu ke kamu teringat yang perkahwinan kamu nanti adalah persiapan kahwin tak jadi suami kamu? ”

Aku mengangguk sedikit sebelum membuka mulut untuk menjawab. Terus terang aku cakap, aku tak jeles langsung bukannya aku cinta hidup mati pun dengan Harris tu. Aku cuma nak anak lelaki yang sehensem dia!

“ I don't care mummy, yang penting next year May ada baby dalam pangkuan May. Harris nak kahwin empat pun okey. ”

“ Maysara!! Benda macam ni jangan nak doakan. Mummy taknak kamu menderita, buatnya betul-betul si Harris tu kahwin 4 kamu yang duduk tepi dinding jadi bini tua. ”

Kedua belah tangan aku hulur tanda minta maaf. Aku ni pun satu, dah sah mummy sensitif part poligami ni boleh pulaj terlepas cakap.

“ Mummy maafkan. ”

Senyuman terus terukir dibibir merah aku yang pecah. Ya, aku bukan buat lawak memang pecah, semalam aku berlatih boxing dengan girls aku. Boleh pulak satu hamba Allah ni tersilap punch muka aku yang cantik ni. Astagfirullah, ujub la pulak.

“ May naik atas dulu mummy, muka ni berdenyut je rasa. ”

Pipi mummy aku cium kedua belah. Baru sahaja aku hendak melangkah telefon di dalam poket berbunyi. Apa lagi, kita tengok! Siapa agaknya malam-malam buta baru nak send chat.

*

unknown |

> Assalamualaikum

> Awak free?

> Sy Harris

> If you don't mind, I'm video calling you.

✓✓ seen

*

Bluetick....

Itu yang aku buat.

Alah kalau dia nak call, dia akan call jugak. Tak sangka pulak si Harris ni nak video call. Setahu aku dia ni pemalu dengan perempuan tapi kalau dengan lelaki bukan main mesra. Dulu waktu sekolah aku label mamat ni spesis yang songsang.

Jahat gila aku waktu tu. Alhamdulillah lepas dah umur 21 tahun ni aku tinggal semua perangai jahiliah dahulu kala.

* incoming video call *

Skrin telefon aku tenung sejenak sebelum aku mencapai hoodie. terus sahaja aku pakai dan zip serapat-rapatnya. Sempat aku ikat reben lagi tali hoodie supaya hanya muka yang kelihatan.

Aku ni bukannya bertudung litup tapi takkanlah aku nak tunjuk baju tidur kat Harris kang pengsan anak teruna orang naiya.

“ Waalaikumussalam. ”

Belum sempat dia berkata apa-apa laju sahaja aku menjawab salam yang di hantar secara chat.

“ Betul ke yang awak pinang saya? ”

Muka ketat Harris yang terpapar di skrin aku renung sejenak.

‘ Aik.. nampak macam tak suka je, ke kena paksa dek Auntie Diane? ’

“ Yes. And no kidding. ”

Aku menjawab selamba. Ini Maysara lah, juara pidato ni!

“ Then Let's meet. I have to know who my future wife before I jump into this crazy deal. ”

Aku sekadar mengangguk kecil. Dia dan aku sama-sama membuang pandang ke arah lain.

Apa kes video call tapi tengok benda lain, tapi bagus juga tu menunjukkan dia menjaga pandangan dia.

“ Alright. Esok saya free untuk lunch. ”

Aku berkata selepas keadaan sunyi seketika.

“ Saya send location nanti. ”

Laju sahaja aku mengucap salam sebelum mematikan panggilan. Alah dia send location buat apa nak cakap banyak buat meluat je. Tapi cair la juga tengok dia masih berbaju melayu, maybe baru lepas solat isyak.

Nombor si Harris aku save.

Nak bagi nickname apa ekk?

Hubby?

Ok....

[ MY Baby's contributer ]

saved!

bersambung





MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now