[ BAB 10 ]

21.1K 307 12
                                    


Suasana diluar gelap gelita. Tangan yang melingkari badannya May alih dengan penuh hati-hati. Ibarat bimbang sang belang bakal tersedar dari tidur yang lena.

“ Awal lagi. ”

Tersentak May apabila suara garau Harris menyapa telinganya. Comforter dibadan dipeluk erat tatkala tangan berotot milik Harris kembali melingkar di sekeliling pinggangnya.

“ Tidur balik la. Rehat. ”

Sekali lagi Harris berkata. May hanya membatu sebelum menjawab sepatah.

“ Tandas. ”

Selepas hampir seminit barulah May dilepaskan. Harris menjenguk sedikit kearah May yang sedang memakai bathrobe sebelum masuk kedalam bilik air di en suite room ini. Akibat keletihan dan mengantuk dia menguap berulang kali. Letih menunggu si isteri yang terlalu lama didalam bilik air dia kembali menyambung tidur.

" Sorry Harris, aku gunakan kau. "

Sayu pula dia melihat sang suami yang sedang lena tidur. Kenangan malam pertama mereka berdua semalam kembali terlayar di minda.

May pasti benih lelaki itu sudah tertanam didalam rahimnya. Kalau pun itu bukan realiti, dia sudah tekad tiada kali kedua. Sekarang dia akan lari. Tak mungkin dia mahu hidup bersama dengan insan berjantina lelaki.

Sempat lagi dia menguap sebelum menutup pintu. Jujurnya dia keletihan, siapa yang tidak keletihan bila hanya dapat tidur selama 2 jam dan sedang cuba melarikan diri di pukul 4 pagi. Nasiblah encik DNA contributer sedang tidur lena. Senang sikit escape mission yang sedang dijalankan oleh May.

.....

Angin pantai yang berbau garam menyapu lembut muka wanita yang sedang duduk diatas tunggul kayu ditepi pantai itu.

“ Ya Allah, ampunkan dosaku. Aku terpaksa. Aku tak mampu untuk hidup bersama dia, dia berhak mendapat yang lebih baik. Kurniakanlah aku zuriat milik aku dan dia, biarkanlah aku yang menjadi penjaga anak yang mungkin lahir itu. ”

Tangan yang tadinya ditadah dia raup keseluruhan muka. Ternyata jarinya ibarat beku. Beku dengan segala rasa gementar serta suhu sejuk tepian pantai yang semakin mencengkam. Hoodie yang membaluti badan dia tarik serapat-rapatnya. Kedua-dua belah tangan ditekup rapat ke perut yang masih belum diketahui sama ada berisi atau tidak.

“ Assalamualaikum, cik buat apa tepi pantai pagi-pagi ni? ”

Muka yang ditundukkan sedari tadi May angkat jua. Muffler dileher dibetulkan sebelum dia membuka mulut.

“ Waalaikumussalam. ”

Seorang lelaki berkulit agak gelap mungkin akibat berjemur dibawah terik mentari berdiri tegak setia menanti ayat yang bakal keluar daripada mulut May.

“ Saya tengah mencari rumah sewa. Tapi nampaknya macam terlalu awal pula. ”

May menyambung kata. Senyuman kecil dihadiahkan kepada insan yang prihatin untuk menegurnya itu.

“ Oh begitu, saya ada bilik untuk disewa tapi terpaksa berkongsi rumah dengan 2 orang lain. ”

Berkerut dahi May ingin menghadam apa yang dipertuturkan lelaki itu. Kakinya menguis pasir pantai Batu Buruk yang halus itu.

“ Jangan risau, semua penghuni adalah perempuan. Kalau cik tak keberatan jom lah saya tunjukkan rumahnya. ”

May memandang lelaki itu lama. Bimbang dan musykil dengan identiti lelaki itu. Dibuatnya perogol habislah dia.

“ Jom? ”

Lelaki itu berpaling lalu berjalan menuju kearah sebuah rumah yang terletak agak jauh masuk ke kawasan kampung.

“ Inilah rumahnya. ”

Lelaki yang masih belum diketahui namanya itu berhenti dihadapan sebuah rumah kampung. Terdapat seorang wanita tua yang sedang menyapu dedaun di perkarangan rumah itu. Pangkin kecil dikiri rumah dihiasi cantik dengan segala jenis bunga-bungaan.

“ Assalamualaikum mak cik. ”

Sebaik sahaja melihat wajah peramah milik wanita tua yang sedang menyapu itu, May yakin bahawa inilah tempat persembunyian yang terbaik untuknya. Setidak-tidaknya ada yang arif mengenai penjagaan sewaktu mengandung dan pantang.

“ Waalaikumussalam, siapa ni Wan? ”

Huluran salam yang dihulurkan oleh May disambut mesra oleh wanita itu. Dia turut memeluk sedikit tubuh kecil May.

“ Jom lah duduk, pucat saja makcik tengok. ”

Wanita itu menarik May untuk duduk di pangkin. Sempat lagi dia mengintai leher May yang dibaluti muffler. Keningnya terangkat sedikit.

“ Azizah, datang sini kejap. ”

Wanita itu memanggil kelibat yang kelihatannya sedang mengemas rumah didalam.

“ Iya mak. ”

Tergesa-gesa gadis yang kelihatan seperti berusia lewat belasan tahun turun kebawah dan terus menuju ke pangkin.

“ Assalamualaikum. ”

Huluran tangan gadis itu May sambut. Laju sahaja dia melabuhkan duduk disebelah May.

“ Anak duduk sini dengan Azizah sekejap, makcik nak ambil sarapan. ”

Makcik yang masih belum diketahui namanya oleh May itu berlalu masuk kedalam rumah. Tinggallah dia dan gadis muda yang sedang memerhati dirinya. Lelaki yang dipanggil Wan itu juga turun beransur kedalam rumah.

“ Akak dari mana? Buat apa datang sini? ”

Petah sahaja gadis bertudung bernama Azizah itu bertanya. May tersenyum sebelum menjawab. Dia pasti makcik tadi dan lelaki bernama Wan itu sedang menyoal kedatangannya.

“ Akak dari Kuala Lumpur. Akak datang sini nak tenangkan diri. ”

Cukuplah itu sahaja yang dijelaskan. Nanti apabila ada yang bertanya lebih dia akan terangkan. Buat masa sekarang biarlah segalanya dibiarkan rahsia.

.....

“ Anak siapa tu Wan? ”

Wanita tua itu bertanya. Siapa tidak terkejut apabila tiba-tiba sahaja cucunya membawa balik seorang perempuan. Apatahlagi bukam cucu menantu yang dikenali.

“ Wan tadi joging kat pantai, ternampak dia termenung. Lama juga dia kat sana. Wan risau dia buat benda yang bukan-bukan, jadi Wan tegurlah. ”

Wan berhenti berkata-kata sewaktu Mak Imah mengacau air milo didalam teko.

“ Mak bukan apa, takut dia sedang dicari oleh keluarganya. ”

Selesai mengacau dia menyusun cawan, teko dan pinggan diatas dulang dan turun ke pangkin sambil diekori Wan yang membawa tupperware berisi mi goreng yang masih panas.

“ Jemputlah makan. Lepas ni baru kita bercerita. ”

May sekadar mengucapkan terima kasih sebelum mengunyah laju mi goreng yang dihidangkan. Entah kenapa dia amat berselera untuk menjamah makan berat dipagi hari, kebiasaannya dia hanya akan makan biskut atau cereal.

Bersambung

Jeng~~ Jeng~~ Jeng~~

the adventure begins!

MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now