“ Morning~~ ”Bingit telinga May tatkala terdengar suara bernada tinggi menegur. Mak aih, suara kalah perempuan tengah abc.
“ Morning. ”
Membulat mata May melihat perempuan seksi dibelakangnya itu. Biar betul?
‘ Suami aku pergi gerak minah ni? Pakai seluar paras peha, singlet longgar pula tu. Hmmm lelaki semuanya sama. ’
“ Tutup mata sayang. ”
Serentak dengan ayat yang dituturkan Harris menutup kedua-dua belah mata May. Dosa kering saja tengok aurat lelaki lain, baik tengok urat biru merah hijau kuning dibadannya.
“ Apa ni! Janganlah tutup mata May. ”
Tangan si suami yang menutup matanya itu dia leraikan. Mata mencerlung tajam menjeling Harris. May mencebik panjang.
“ Ha muncung-muncung, nanti abang kiss depan mummy ngan daddy baru tahu. ”
Harris mengurut bahu isterinya yang kelihatan keras. Marah agaknya.
“ Eh, kamu tu silalah pergi mandi pakai baju sopan sikit. ”
Giliran Daddynya pula membuka mulut. Naik berbulu mata menatap kelibat anak saudaranya yang satu itu. Nak kata perempuan terperangkap dalam badan lelaki tidak, tapi fesyen pelik yang terdedah sana sini itu yang digemari. Tidur dalam aircond pun pakai baju singlet nipis dan seluar pendek. sudah lah pilihan warna pun agak ke perempuanan.
“ Yes, uncle. Bye baby girl. ”
Sempat lagi jemari lembut milik sepupu Harris mencuit pipi May yang hanya terkedip-kedip akibat terkejut. Suka hati saja cuit pipi isteri orang.
“ Ben, the typical ben. Sayang jangan layan sangat si Ben tu. ”
Sejurus Harris memesan May ketawa terkekeh-kekeh, lawak betul, nama pompuan tu Ben?
“ Her name is Ben? ”
Mendengar soalan yang keluar daripada mulut May giliran 3 sekeluarga itu pula yang ketawa. Dato' Sri Harraz lagilah, siap menepuk-nepuk sofa!
“ He is not a girl. Nampak je macam perempuan. That is a man. ”
Memerah muka May. Astaghfirullah, tersalah sangka.
“ Sorry, ingatkan dia perempuan.”
May tersengih kecil. Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa pening. Lengan baju encik suami dia tarik sedikit.
“ Kenapa? Ada tak selesa kat mana-mana? ”
May merenung dua pasang mata yang jelas kelihatan sedang risau. Rasa bersalah yang mencengkam hatinya membuatkan dia turut pening.
“ Pening sikit ni. Okey je.”
Harris terus duduk mencangkung. Sudahlah isteri sedang pening, boleh pula dia biarkan May mendongak memandang mukanya.
“ Jom naik atas. Sayang rehat dulu takut tekanan darah turun.”
Bukannya Harris tidak tahu yang isterinya itu mempunyai tekanan darah rendah apabila penat atau sakit.
“ Ha baiklah tu. Harris bawak May rehat, nanti dah okey baru turun.”
Mummynya yang melihat keadaan May agak pucat terus memberi cadangan. Harris patuh sebelum mencempung isterinya yang jelas semakin pucat. Dirinya turut mula berpeluh sejuk akibat cuak. Takut apa-apa berlaku terhadap isteri dan anak dalam kandungan isterinya itu.
...
Sampai sahaja didalam bilik Harris melabuhkan May diatas katil.
“ Tskkk... Tsk.... Abang...”
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...