Kakinya kebas, sejak usia kandungannya mencecah lapan bulan May mulai termengah-mengah. Baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dia merasakan seperti sudah berhari-hari dia kembali ke bandar tempat dia menetap selama ini. Dua bulan di Johor amat membantu menenangkan fikirannya. Dia hidup tanpa telefon bimbit selama sebulan lebih kerana telefonnya hilang. Terus terputus hubungan dengan mummy. Tetapi ada baiknya, dia dapat merumuskan kesimpulan hubungannya dan Harris.“ Kau betul tak nak balik rumah mummy kau?”
Sherry bertanya. Dia sanggup memandu untuk menghantar temannha yang sedang sarat itu tetapi boleh pula temannya itu tidak mahu pulang kerumah.
“ Kau nak balik pergilah, aku naik grab je nanti.”
May menjawab. Selesai membeli telefon baru serta memasang kembali sim lamanya dia boleh bergerak solo di Kuala Lumpur. Pejam mata pun dia tahu hendak kemana.
“ Boleh pulak. Aku betul-betul balik ni.”
May melambai sambil menolak Sherry untuk masuk kedalam kereta. Beg galas berisi sedikit bajunya dia pikul dah dia menunggu grab yang telah dipesan. Dia melambai Sherry yang mula memandu keluar dari parkir pusat beli belah itu.
“ Sampai pun.”
May melambai kearah Myvi kuning yang tertera nombor plat pendaftaran seperti dalam aplikasi grab. Dia masuk dan memberi salam kepada wanita melayu yang memandu itu.
“ Waalaikummussalam.”
Mesra pemandu grab itu menjawab.
“ Berapa bulan akak?”
May tersenyum sebelum menjawab senang.
“ Lapan bulan lebih dah ni.”
May menjawab pertanyaan biasa yang dia terima sejak membawa perut ini. Gadis pemandu grab itu membuat muka terkejut dan bergurau. May tertawa mendengar usikan gadis yang memandu grab itu.
“ Terima kasih dik.”
Selesai mengucap sama-sama grab itu beredar. May pula melangkah masuk kedalam kedainya. Kay yang sedang memeriksa stok terkejut dengan kehadiran temannya itu.
“ May! Kau hilang pergi mana dua bulan ni. Risau aku!”
Bebelan Kay itu tidak diendahkan oleh May. Dia berjalan masuk kebilik pejabat dan duduk dikerusinya lalu membuka dokumen diatas meja.
“ Yang ini untuk koleksi raya tahun ni?”
May bertanya. Sedar tak sedar tahun 2018 sudah dua bulan berlalu. Dia kini mengira hari kelahiran anaknya. Jangkaan doktor anaknya bakal lahir pada 19 haribulan tiga 2019. Lagi beberapa minggu sahaja.
“ Tak payah sibuk dengan menda tu raya lambat lagi. Kau pergi mana?”
Kay merampas dokumen ditangan May lalu duduk bertentangan wanita itu. May mengalah dan membuka mulut menceritakan keadaannya selama dua bulan dia menghilang. Kay hanya mendengar dengan tekun dan sekali-sekali menyampuk.
...
“ Ni kau nak balik rumah siapa? ”
Kay bertanya kepada May yang sedang selamba hippopotamus menghirup slurpee. Habis cawangan 7eleven mereka kunjungi untuk mencari slurpee berperisa limau nipis. Nasin baiklah malam belum larut jikalau tidak pasti naiya dia esok hari hendak bangun ke pejabat.
“ Hantar aku balik rumah mummy. Aku nak tidur sana.”
May menjawab selamba. Kay hanya menurut perintah dan memandu secara selamat menuju rumah mummy temannya itu. Dahulu sering juga dia tumpang tidur disana pada awal empayar MaiMay ditubuhkan. Semuanya kerana kerja last minute yang sering dilakukam oleh May. Last minute nak tambah order, last minute nak ubah itu ini.
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...