[ BAB 32 ]

15K 354 10
                                    


“ Encik Harris, Puan Maysara, apa yang bakal saya beritahu ini ada hikmah disebaliknya.”

Doktor Siti menarik nafas agak dalam sebelum meletakkan dua keping gambar sonar yang dicetaknya sebentar tadi.

“ Ini adalah kedudukan bayi dalam kandungan Puan May sekarang. Saya baru teliti yang tali pusat bayi membelit leher. Risiko untuk melahirkan secara normal boleh membahayakan ibu dan anak. Jadi saya cadangkan C-section untuk mengurangkan risiko.”

Penerangan daripada Doktor Siti itu membuatkan Harris beristighfar. Dugaan lagi buat mereka suami isteri.

“ Memang tiada pilihan lain? Kalau boleh saya nak cari jalan yang paling kurang risiko untuk isteri dan anak saya.”

Harris mencapai tangan May yang sedang bermain dengan hujung tali beg tangan. Dia tahu wanita kesayangannya itu sedang gugup.

“ Setakat ini, pilihan terbaik kita adalah pembedahan.”

Harris mengangguk faham terhadap penerangan Doktor tersebut. Dia bangun mengikuti langkah isterinya yang jelas tidak bermaya.

...

“ Sayang? Makan dulu, muka pucat dah tu.”

Harris meletakkan mangkuk buah-buahan serta yogurt kegemaran isterinya diatas meja kecil disebelah katil. Sejak pulang dari hospital tengah hari tadi May tidak menjamah langsung makanan.

“ Abang. May banyak buat salah dengan abang kan? May tak dengar cakap abang, May selalu marah, semuanya abang yang kena.”

Raut wajah isterinya itu Harris renung tenang. Langsung tidak menunjukkan apa-apa emosi. Dia turut duduk diatas katil dan merangkul tubuh isterinya itu dari belakang. Tangannya menggosok lembut bahu dan lengan wanita itu.

“ Abang dah maafkan semua, kita lupakan masalah lama. Kita mula hidup baru. Kita bertiga.”

Tangan Harris direhatkan diatas perut May. Sesekali dapat dirasakan anak mereka menendang perlahan.

“ May takut. Takut sangat. May tak sanggup hilang dia.”

May berpaling menghadap Harris. Dia memeluk erat suaminya itu. Terasa ibarat ada kekuatan yang mengalir masuk kedalam dirinya tatkala dia didalam dakapan suaminya itu. Dia rindukan perasaan ini. Perasaan selamat dan tenang.

“ Kita cuba yang terbaik. Abang percaya dugaan ini hanya sekejap dan kita mampu.”

Harris merasakan dadanya hangat dengan titisan air mata May. Dia mengucup ubun-ubun isterinya itu. Bukan hanya May yang berasa takut, jujurnya dia turut takut. Takut kehilangan kedua-dua insan itu.

“ Kalau May pergi dulu abang kena jaga anak kita. Abang kahwin lain dan berikan keluarga yang sempurna untuk dia. May tak mahu anak kita kesedihan.”

Kata-kata itu diluahkan dengan lancar oleh May membuatkan Harris sebak. Dia tahu saat yang paling menakutkan untuk seorang wanita adalah sewaktu melahirkan. Nyawa mereka mungkin dicabut pada bila-bila masa tetapi seorang ibu lebih memikirkan akan kesejahteraan anak yanh dilahirkan.

“ Siapa cakap Sara pergi dulu? Kita pergi sama-sama tapi kita jaga anak kita bersama.”

May menangis lebih kuat. Dia sedang menyembunyikan sesuatu daripada Harris. Keputusannya untuk memilih C-section bagi komplikasi kandungannya adalah kerana peluang anaknya selamat adalah lebih tinggi. Jikalau tiada rezeki untuknya melihat perkembangan pembesaran anak yang dikandungnya itu dia redha. Cukuplah tempoh sembilan bulan dia sentiasa ditemani anaknya itu kemana sahaja.

“ Dah nangis. Makan dulu, Sayang kena kuat untuk anak kita.”

Harris mencapai mangkuk berisi buah dan mencucuk buah yanh siap dipotong dengan garfu lalu dia ingin menyuap May. May tidak membuka mulutnya dan hanya menuangkan yogurt berperisa beri biru kedalam mangkuk berisi buah-buahan. Dia mencapai sudu lalu menceduk sedikit campuran yogurt dan buah lalu disuakan kepada Harris.

MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now