[ BAB 25 ]

10K 246 1
                                    


Skrin telefon yang bernyala menunjukkan ada panggilan yang masuk. Sedar atau tidak sudah sebulan berlalu semenjak kejadian yang tidak diingini menimpa pasangan May dan Harris. Sudah masuk minggu ke tiga mereka kembali pulang tinggal dirumah yang mereka diami selepas perkahwinan.

“ Waalaikummussalam, ada apa Mee?”

Panggilan daripada teman baiknya May angkat dengan hati yang gembira. Dia hanya menghabiskan masa dirumah dan kadang kala keluar ke pejabat pengurusan MaiMay jika Kay memerlukan bantuan. Maklumlah kandungannya kini telah mencecah enam bulan setengah. Dia perlu lebih berhati-hati.

“ Apa?!”

Telefon yang digenggam jatuh. Mujurlah tidak hancur berkecai. May terduduk di birai katil. Perkara yang diberitahu oleh Aimey semasa ditalian tadi merobek hatinya entah buat kali keberapa. Sampai hati Harris memperlakukan dirinya seperti ini.

“ Kenapa? Lelaki semuanya sama. Aku yang silap boleh percayakan dia.”

May menyapu air mata yang jatuh dengan tangannya. Kardigan yang siap digosok dia pakai lalu dia melangkah keluar dari biliknya. Sejak mereka pulang kerumah milik Harris, hubungan mereka suami isteri semakin dingin. Malahan Harris lebih banyak menghabiskan masa didalam. bilik kerjanya. Walaupun lelaki itu tetap menerimanya sebagai seorang isteri tetapi mereka hanya hidup bersama seperti teman serumah. Tiada kata-kata romantis atau perbuatan yang sewaktu dengannya. Malahan rutin membaca Al-Quran untuk anak dalam kandungannya telah dilakukan oleh dirinya sendiri.

...

“ Eh May, kau datang ada apa?”

Jelas raut wajah gembira yang dipaparkan oleh Kay tatkala melihat kelibat May datang ke pejabat. Makin berseri-seri wajah temannya itu.

“ Suka hati akulah. Lagipun aku President kau tu cuma Vice President je.”

May menjawab dengan nada bergurau. Dia duduk di kerusi yang sememangnya merupakan tempat yang disediakan untuknya.

“ Aku ingatkan kau nak datang esok. Ni kau datang siapa hantar?”

Kay bertanya sekadar ingin tahu. Iyalah kebiasaannya suami temannya itu yang akan menghantar May kemari. Tapi hari ini May datang agak lewat maknanya bukan Harris yang menghantar.

“ Aku drive. Lama tak drive apa salahnya.”

Terbuntang mata Harris mendengar penjelasan May.

'Dia boleh drive dengan perut ke depan tu?'

Desis hati Kay perlahan. Mesti ada sesuatu ni. Kay menarik kerusi yang tersedia dihadapan meja temannya itu sebelum duduk mengahadap temannya.

“ Kau ada masalah ke May? Nak aku tolong?”

May tersenyum mesra sebelum menggeleng. Kay dan Aimey menjadi sokongan yang kuat buatnya sepanjang tempoh dia dan Harris cuba kembali seperti dahulu.

“ Aku okey je. Aku masuk pejabat harini sebab aku nak selesaikan semuanya. Aku dah malas nak masuk pejabat. Aku nak bercuti dan rehatkan minda serta badan aku.”

May menyambung membuka dokumen pembelian serta marketing. Dia meneliti setiap maklumat penting. Sekadar untuk pemeriksaan kali kedua. Dia tahu Kay telah memeriksa semuanya dan hanya memerlukan pengesahan dari dirinya. Memandangkan lelaki yang sedang duduk dihadapannya itu sudah arif dan merupakan rakan kongsi perniagaan mereka.

“ Bagus jugak tu. Aku letih dah tengok kau duk seksa diri kau.”

Kay berkata jujur lalu dia bangun untuk kembali ke tempatnya. Dia dapat merasakan ada perkara yang kurang senang berlaku. Lebih-lebih lagi dua hari lepas dia ternampak Harris keluar bersama Lara Qaira. Bekas tunang lelaki itu sebelum May berkahwin dengan Harris. Ingin sahaja dia menumbuk muka Harris agar lelaki itu sedar yang dia sedang melukakan hati wanita yang amat berharga bagi dirinya suatu ketika dulu.

MISI BABY "MAKING" Where stories live. Discover now