“ Allahuakbar~ Allahuakbar~ Allahuakbar~ Allahuakbar~~ ”
Syahdu, first time beraya tanpa Mummy disisi sejak Mummy muncul dalam hidup aku.
“ May, kejap lagi turun tau kita nak pergi solat raya. ”
Air mata aku lap sebaik sahaja mendengar ayat yang dituturkan Mummy baru aku yang sedang sibuk turun naik ke bilik dan dapur.
“ Mummy, tolong betulkan butang baju melayu ni. ”
Suara Harris yang sedang turun tangga sempat aku dengar. Tudung sarung bewarna pink aku betulkan sebelum aku turut turun kebawah sambil menjinjing beg telekung.
“ Selamat hari raya daddy. ”
Senyum dibibir tak lekang. Bakal Daddy mertua aku itu turut mengucap sama. Nak salam tak boleh sebab belum rasmi jadi Daughter in Law lagi.
“ Daddy mummy ni lambat la, butang ni buat hal tak selesa ni. ”
Suara Harris kedengaran seperti sedang marah pula. Lebih dari budak nak betulkan butang baju sendiri pun tak pandai.
“ Tu Maysara ada, minta tolong dia la. ”
Aku yang sedang duduk di sofa terkejut. Blushing!!!
“ Err.. awak betulkan sendiri la. ”
Aku berkata selepas si Harris ni elok sahaja terpacak dihadapan aku.
“ Kalau saya dapat betulkan tak adalah saya terpacak depan awak ni. Bangun lah cepat, saya nak ambil wudhuk pula. ”
Walaupun tak rela aku bangun juga. Ingat dia sorang yang nak kena ambik wudhuk? Habis aku ni? Wudhuk dah ada, kalau kena kulit leher dia time nak betulkan butang tu tak ke naya je kena ambik balik.
“ Termenung pula, cepat la. ”
“ Iya-iya, jap la. ”
Tangan aku gunakan dengan berhati-hati. Kalah time aku tengah buat finishing details untuk MaiMay punya collections. Nampaknya sangat tengah nervous takut tersentuh kulit si dia.
“ Bernafas la nanti pengsan naiya. ”
“ Hurmm. ”
Aku sekadar menggumam. Selesai membetulkan butang baju Harris yang senget benget tu sehingga dia tercekik akhirnya aku dapat menarik nafas lega.
“ Saya pergi ambik wudhuk dulu. ”
Sebaik berkata Harris berlalu ke bilik air ditingkat bawah. Aku pula duduk sebentar untuk melegakan si jantung hati yang berdebar.
...
“ Aamiin. ”
Selesai doa dibacakan aku mula melangkah ke tandas. Orang ramai pula berpusu-pusu hendak keluar. Mungkin takut membazir masa, maklumlah nak raya. Nasib baiklah tak ramai memandangkan KL memang kosong bila time raya ni.
“ Maysara, tukar baju boleh? ”
Tanpa semena-mena seorang kakak? ya ada sorang kakak ni tegur aku yang sedang mencuci tangan dan membetulkan kedudukan tudung.
“ Huh? Why? Akak ni siapa? ”
Wanita dihadapan aku sekadar tersenyum nipis. Tangan aku dia tarik untuk ke bilik persalinan. Nasib baiklah semasa berjalan ke bilik itu aku ternampak Mummy si Harris membuat isyarat 'ikut je' so aku pun dengan rela ikut sajalah. Maybe nak bergambar kut, sebab tu lah suruh aku tukar baju lagipun Mummy si Harris pakai warna Baby Blue.
“ Kenapa pakai serba putih ni? Perlu ke touch up make up? ”
Aku bertanya polos. Memanglah dah kenapa suruh tukar baju bagai. Tapi dalam kekeliruan identiti baju pun, akhirnya aku anggun menggayakan mini kurung bersana shawl siap ber'viel' lagi.
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...