“ Assalamualaikum.”May mengangkat telefonnya. Nombor telefon barunya ini hanya diketahui oleh Sherry, Azizah, dan mummynya. Nombor lama pula dia cabut kad sim dan membiarkan sahaja didalam dompet.
“ Akak, petang tadi suami akak datang sini cari akak.”
Sebaik sahaja salamnya dijawab Azizah terus memberitahu tujuannya menelefon. May sekadar mengiakan sahaja. Sebulan baru hendak mencari dia dimana. Bibirnya mencebik sedikir.
“ Owh, tak apa nanti akak balik. Ni Izah sihat tak?”
Sengaja May mengubah topik. Malas membuka cerita yang rumit. Bunyi hon kereta menandakan Sherry sudah pulang dari kerja.
“ Okey lah Izah, kawan akak balik tu. Kirim salam kat semua, jangan bagi nombor ni kat orang lain.”
Sempat May memesan buat kali terakhir sebelum dia menutup talian. Kakinya diatur kepintu rumah dan dia membuka kunci grill. Oleh kerana dia berada dirumah sentiasa, jadi pintu sentiasa dikunci kerana bimbang dengan keselamatan diri.
“ Lama kau bergayut, siapa call?”
Sherry bertanya selepas selesai masuk kedalam rumah. Plastik berisi ayam KFC dia letakkan diatas meja diruang tamu. Kesian ibu mengandung itu kempunan nak makan KFC.
“ Thank you Sherry!!”
Sherry menggeleng kepala. Sebulan lebih temannya itu tinggal bersamanya, sebulan juga dia lihat tabiat makan kanak-kanak. Kadang kala bimbang juga takut terkena kencing manis. Tetapi nasib baik May tidak minum minuman berkarbonat.
“ Aku pula malam ni makan sup tauhu. Kau juga yang best makan KFC.”
Sherry bersuara seperti merajuk. Sengaja membuatkan May rasa bersalah.
“ Aku kalau boleh nak kongsi tapi kau tak makan daging. Sebab tu la aku makan sorang.”
May menjawab perlahan. Sherry menepuk sedikit kuat peha May ayng dilapisi pajama. May menjeling tajam memandang Sherry yang tergelak besar.
“ Aku tak terliur pun dengan ayam kau tu. Cuma aku terliur tengok kau makan. Bersemangat betul!”
Sherry berkata sambil tertawa. Memang food fighter betul ibu mengandung dihadapannya itu.
“ Bukan aku yang nak makan, baby yang nak. Aku tolong kunyah dan telan je.”
Giliran May pula ketawa. Sherry tersenyum lebar. Wajah temannya itu semakin hari semakin ceria. Mungkin tidak lama lagi May akan pulang kerumahnya. Dia hanya mamou bersimpati dengan keadaan May dan suaminya. Itulah, buat sangat plan gila, kan dah dapat balasan.
...
“ Mummy, Harris dah pergi rumah Wan. May memang tak ada kat situ.”
Harris kini sudah seminggu tinggak dirumah Dato' Maisarah. Kehilangan May dia rahsiakan daripada pengetahuan mummy dan daddynya. Mujurlah ibu mertuanya itu memahami keadaannya.
“ Memanglah tak ada mummy dah cakap.”
Dato' Maisarah berkata. Degil juga menantunya itu, sudah dibilang tak perlu menyusahkan diri.
“ Ni dah makan belum? ”
Dato' Maisarah bertanya. Muka menantunya yang pucat itu membuatkan dia terlebih dahulu tahu jawapan yang bakal diberi.
“ Belum. Harris straight drive dari Kuantan tadi.”
Dato' Maisarah menggeleng sambil mengeluh. Letih la dengan kedegilan anak dan menantu. Sorang entah kemana sorang lagi seksa diri sendiri.
YOU ARE READING
MISI BABY "MAKING"
General Fiction[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18...