Aku datang!

1.3K 55 0
                                    

"Seronoknya! Kyaaa!" jerit Hannie dengan girangnya setelah keluar dari perut kereta. Hannie yang selama ini ingin pergi ke Kem Woollim akhirnya tercapai jua hasrat gadis cilik berumur 15 tahun ini. Walaupun dia orang yang aktif dan lasak daripada Irnie tetapi kulitnya lagi halus dan cerah daripada kakaknya itu.

"Seronoknya omma tengok anak omma ini." kata Puan Aileya sambil mencubit pipi mulus milik Hannie.

"Amboih seronoknya bermanja kat situ. Marilah sini tolong appa dengan Ir angkat beg-beg ini." kata Encik Izi.

"Ops~ Mianhae. Haha." kata kedua beranak itu.

***

Oleh kerana kem kali ini diadakan di Pulau Jeju, Hannie dan Irnie akan tinggal di sebuah rumah inap desa. Mereka tinggal di Secret Garden Homestay. Semua peserta ditempatkan disitu. Hannie dan Irnie akan tinggal disitu selama dua bulan tanpa ibu bapa mereka.

"Jaga diri baik-baik. Selalu telefon kami. Kalau ada apa-apa berlaku cepat-cepat beritahu. Jangan bergaduh dan sentiasa berdua. Ingat pesan omma ini. Faham?" pesan Puan Aileya kepada puteri-puterinya.

"Faham omma." jawab Hannie dan Irnie serentak sambil menganggukkan kepala tanda memahami arahan ibunya.

"Kami dah nak pergi. Ingat apa yang omma cakap tadi. Selalu dengar cakap ketua. Faham?" tambah Encik Izi pula.

"Faham appa." kata mereka lagi sambil mengangguk-anggukkan kepala mereka.

Encik Izi dan Puan Aileya meninggalkan anak mereka selama dua bulan disini dengan harapan mereka akan bergembira dan mendapat pengalaman baru disini.

***

"Yah! Ppalli!" jerit kyuzizi kepada maknae Jonggie yang lambat menaiki kereta.

"Sabarlah. Saya datanglah ini hyung~" balas si maknae.

"Awak ini selalu lambat." kata Dino.

"Mian. Habis itu asyik saya sahaja yang terakhir mandi nak buat macam mana lagi."

"Alasan banyak." kata Namu.

"Sudahlah cepat kita dah nak gerak ini." kata Hoya yang ingin memberhentikan persengketaan yang berlaku pada pagi itu.

Kereta mereka sekarang sedang menuju ke Pulau Jeju dimana Kem Woollim diadakan.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now