자정

895 43 0
                                    

"Ir! Awak nak pergi seorangkah?" tanya Hoya.

"Hmm... Ye tapi..." balas Irnie.

"Kita pergi bersama ya?" tanya Hoya lagi.

"Baiklah, boleh juga." jawab Irnie.

Hoya dan Irnie berjalan di sekitar Hunter House itu sambil melihat-lihat jika terjumpa botol tersebut. Begitu juga dengan ahli yang lain. Mereka berjalan mengelilingi Hunter House di bawah cahaya bulan yang suram.

"Awak, saya nak tanya sesuatu boleh?" tanya Hannie.

"Apa?" balas L selamba.

"Kenapa awak sudi berpasangan dengan saya?"

"Awak yang minta bukan saya. Saya tak kisah pun."

"Tapi awak betul-betul ikhlas ini?"

"Hmm..."

"Kyaa!!! Oppa!!!" jerit Hannie tiba-tiba ada hantu berdiri sebelahnya lalu dia memeluk L.

"Hannie, it's okay. Hantu itu nak bagi misilah." kata L menenangkan Hannie.

"Betul ni?" kata Hannie sambil mendongakkan kepalanya. L membalasnya dengan anggukan lalu dengan segera Hannie melepaskan pelukan itu.

"Maaf~" kata Hannie.

"Tak apa." balas L.

***

"Hyung! Masuklah dulu selepas itu saya masuk." kata Dino.

"Apa? Haha, awak memang pengecut!" kata Kyuzizi.

"Hyung~ Tolonglah!" pujuk Dino.

"Baiklah!" Kyuzizi mengalah dengan keluhan yang berat.

Tiba-tiba sahaja ada sesuatu berada dibelakang mereka. Dino memusingkan kepalanya lalu..

"Omma!!!!" jeritnya dan lari lintang pukang memasuki sebuah rumah meninggalkan Kyuzizi berseorangan.

"Hahahahahaha." gelak Kyuzizi.

"Dia masuk dahulu daripada saya? Huh!" tambah Kyuzizi lalu berpaling kepada hantu dibelakangnya.

"Awak nak saya ambil kertas kuning ini?" tanya Kyuzizi dan hantu itu hanya menganggukkan kepalanya.

Lakukan 10 kali lompat tali dengan hantu yang memberi anda kertas misi ini. Cukup 10 maka anda akan mendapat botol perangkap hantu dari hantu itu.

"Sepuluh?"

"Baiklah! Mari kita lakukan bersungguh-sungguh."

***

'First time I heard she called me oppa. Hannie can you call me oppa again and always?' detik hati L yang masih berbunga-bunga.

"Awak! Nah." kata Hannie setelah menjumpai sebuah botol perangkap hantu.

"Awak ambillah. Awak yang jumpa." balas L menolak pemberian Hannie itu.

"Awak pun jumpa juga tadi tapi awak beri pada saya. Kali ini saya pula beri."

"Awak simpanlah."

"Tak nak! Saya dah ada tiga dan awak cuma ada satu. Ini tidak adil dan saya nak awak cukup tiga, kita cari lagi bersama yang keempat. Okey?"

"Hmm... Awak ini.." kata L sambil mengambil botol itu.

"Mengalah pun my Mr. Midnight!"

"Mr. Midnight?"

"Sebab awak lelaki saya pada tengah malam. Hehe."

'Your Mr. Midnight? OK, I like it my dear Hannie.' detik L.

Hello, Mr. Mystery! [Editing]Where stories live. Discover now